Jalan sehala.
Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang kalian semua.
Doktor adalah merupakan satu cita-cita saya pada zaman kanak-kanak dulu, tapi apakan daya saya agak lemah semangat tengok darah. Darah sembelih ayam boleh la saya tengok, tapi kalau darah orang kena operate memang tak sanggup saya tengok. Saya jarang sangat tengok video pembedahan dan memang tak sanggup nak tengok movie horror cam series SAW tu. Saya akui.

Perubatan Moden
Berbalik kepada perubatan moden vs perubatan tradisional, yang manakah lebih releven bagi anda semua? Adakah perubatan moden atau perubatan tradisional.
Perubatan moden adalah perubatan yang biasa di praktikkan di klinik dan hospital sekarang ini dengan menggunakan segala kemajuan teknologi dan sains. Manakala, perubatan tradional atau alternatif yang saya maksudkan adalah perubatan secara Islam yang menggunakan ayat suci al-Quran, bukannya perubatan cara Melayu lama menggunakan kemenyan, bomoh, puja, seru, ‘tok’ dan sebagainya.
Saya pernah menggunakan kedua-dua perkhidmatan tabib moden dan ustaz ini. Alhamdulillah. Pada pandangan saya, perubatan moden dan perubatan tradisional tidak dapat dipisahkan. Bagi saya ada penyakit yang boleh dirawat menggunakan kaedah moden tapi ada kalanya perubatan tradisional (Islam) adalah lebih baik. Terpulang pada keadaan dan penyakitnya. Contohnya, penyakit yang melibatkan gangguan Jin kita memerlukan ustaz untuk mengubatinya. Bukan begitu?
Saya mempercayai kewujudan jin walaupun saya tidak pernah melihatnya secara terus ini kerana saya mempunyai beberapa pengalaman dan juga dalil yang sahih yang terang dan nyata dalam al-Quran:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” Surah al-Dhariyat :56)
“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”( Surah al-Jinn :6)
Pada saya, tidak salah kita mencuba kedua-dua kaedah bagi merawat penyakit yang kita hadapi. Jika gagal cara moden mungkin kita boleh cuba cara tradisional, rawatan Islam. Jika gagal cara perubatan tradisional kita cuba pula perubatan moden. Tidak salah kita mencuba. Kita berikhtiar dan berubat. Ingat Rasulullah saw ada berpesan:
“Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim )
Tiada sakit yang tiada penawarnya kecuali tua dan mati.
Cuba berusaha dengan kedua kaedah perubatan moden mahupun perubatan tradisional pasti akan membuahkan hasil jika tepat. Yang penting kita berusaha dan mencuba. Jangan putus asa.
Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Pandangan saudara mungkin berbeza. Jadi apa fikir saudara?
Cinta ubat migrain
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Migrain adalah sejenia sakit kepala yang amat menyakitkan. Biasanya serangan migrain akan menyebabkan kepala pesakit berdenyut sebelah. Biasanya ketika serangan migrain pesakit tidak suka akan cahaya dan bunyi bising. Sebab-sebab migrain antaranya adalah resah, tekanan perasaan, kurang makan atau tidur dan pendedahan pada cahaya silau.
Dari segi perubatan pula doktor percaya migrain berpunca dari salur salur darah di dalam kepala yang mengembang dan menguncup secara mengejut. Kebanyakannya adalah berpunca dari keturunan.
Hari ini terbaca pula dalam akhbar Kosmo iaitu ‘Bercinta Ubat Migrain’. ‘Sebanyak 60% pesakit mengatakan sakit kepala mereka sembuh sebaik sahaja bercinta’ kata pakar neurologu Universiti Munster, Jerman, Stevan Evers. Evers mengatakan ia berlaku disebabkan lonjakan horman endorin semasa bercinta sekali gus menghilangkan rasa sakit kepala. Hormon endorfin merupakan bahan kimia yang menghilangkan kesakitan tubuh. Aktiviti senaman juga dapat menbantu kurangkan migrain dan sakit kepala.
Cinta ubat migrain, bagi saya mungkin juga kerana cinta boleh menghilangkan stress seseorang. Biasanya bercinta kita akan berasa tenang dan aman. Jadi logiklah cinta ubat migrain. Yang paling penting kita kena bijak tangani stress. Jangan biarkan stress menghantui diri kita.
Penang – Sup Hameed
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua…
Awal Mei 2013, semasa saya berkursus di Jawi, Pulau Penang sempat juga saya menjengah ke Pulau Penang. Sudah lama tidak pijak kaki ke pulau ini ada dekat 2 tahun saya rasa, dulu datang pun setakat sampai Padang Kota. Merasa Rojak Pesemboq Padang Kota. Itu cerita dua tahun lepas.
Tapi kali ini, sekali lagi saya berpeluang menjejak kaki ke Pulau Pinang. Dengan 3 orang sahabat kami menuju ke destinasi kali ini iaitu Sup Hameed. Kedudukan Restoran Sup Hameed ini betul-betul bertentangan dengan Hotel Malaysia.
Inilah rupa papan tanda kedai Sup Hameed ini. Dibuka di deretan kedai lama. Saya suka Penang ini sebab bangunannya masih banyak yang historical. Vintaj bab kata orang zaman sekarang. Betul ke?
Nampak tak menu dan harga sup yang di sediakan di Restoran Sup Hameed ni. Ada sup ayam, sup kambing, sup puyuh dan sup lembu. Sup lembu pula dari sup lidah sampailah ke sup torpedo. Semua ada, bilang saja.
Sup kambing yang menjadi pilihan saya.Sup nya memang best. Pekena dengan roti paun saja sudah cukup menyelerakan. Sup Torpedo belum lagi, insyallah lain kali saya datang lagi untuk mencuba sup torpedo di Restoran Sup Hameed.
Mural art beca yang cukup menarik bagi saya. Memang kreatif habis. Memang best membidik di Pulau Pinang ini banyak yang menarik. Kalau bawa DSLR pasti lagi seronok.
Kabinet Malaysia 2013

Senarai Kabinet Malaysia 2013
Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2013
PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN
MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI
MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI
MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI
MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR)
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN
MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN
Terima Kasih Para Pendidik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Terima kasih buat para pendidik
16 Mei, sempena Hari Guru saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua guru-guru dan pendidik saya yang pernah mengajar saya di TASKI Kg. Telaga Bata (sekarang ini PASTI), Sekolah Rendah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, MRSM Kuala Terengganu, Kolej MARA Kulim, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia. Terima kasih buat guru-guru dan pendidik semua, yang selama ini:
- Mengajar saya
- Mendidik saya
- Mendenda saya
- Merotan saya
- Menampar saya
- Mengejar saya
- Mengherdik saya
Terima kasih kerana semua yang di atas, kerana semua itu saya berada di sini hari ini. Kerana ajaran, didikan, denda, rotan dan segalanya itu telah mematangkan diri saya menjadi seorang manusia. Terima kasih.
Tak lupa buat dua grandmaster saya, Ma Abah, guru terbaik dan idola daku sepanjang zaman.




