Daily Archives: May 18, 2012

Pelajar : Belajar atau Berpolitik?

Menjadikan pelajar sekolah sebagai mangsa politik adalah sesuatu yang kejam. Sesuatu yang tidak patut.

Itu yang aku alami dahulu. Dek kerana ayah aku adalah penyokong B, aku sukar untuk mendapat sebarang bantuan. Untuk memohon tandatangan sokongan dari penghulu kampung pun (parti A), aku dihalau buta-buta oleh penghulu tersebut dengan alasan ayah aku penyokong parti lawan. Ayah aku hanya menyokong parti B bukannya ahli KOMUNIS. Ayah aku sama bangsa, sama agama dengan penghulu itu. Dia makan nasi kami pun makan nasi. Tiada bezanya.

Tapi sekarang ini heboh di surat khabar arus perdana, akan keberanian pelajar universiti yang lantang bersuara. Menceburkan bidang dalam politik. Aku respek mereka kerana lantang bersuara dan berani.

Sejujurnya, pada pandangan aku kalau masa belajar sebolehnya elakkan berpolitik. Gunakan sepenuh masa belajar untuk berlajar. Belajar segala benda disekeliling kita.

Jangan sebab kelantangan suara kita dan kegilaan untuk berpolitik menyebabkan pelajaran terjejas. Ingat tujuan kita datang belajar adalah untuk belajar.

Biar orang tua kita di kampung bangga kerana kita berjaya dalam pelajaran. Lepas itu, kalau nak berjaya dalam politik teruskan usaha mu. Pasti kamu akan jaya.

Fikir-fikirkan….