Assalamualaikum…
Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh bank-bank di Malaysia. Banyak bank seperti Maybank, CIMB dan easy RHB juga menyediakan perkhidmatan ini.
Saya tahu di luar sana telah banyak blog mengulas soal ini. Tapi saya tetap ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dan pandangan saya. Dan dijelaskan di sini, saya bukan ajen ASB LOAN. Apa yang saya kongsikan adalah pengalaman saya semata-mata.

Sebut saja LOAN, semuanya sama. Takkan menguntungkan kita. LOAN mesti akan menguntungkan pemberi pinjam sebabnya semua LOAN pasti ada faedahnya yang perlu ditanggung oleh peminjam. Sama juga ASB LOAN ni.
Tapi ada sedikit perbezaannya, jumlah pinjaman yang di pinjam kita tidak dapat. Sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun kita dan hanya boleh diambil apablia cukup masanya. Peminjam hanya boleh mengeluarkan dividen sahaja. Senang cakap pinjam duit tapi tak dapat duit la. Pinjam duit dan simpan saja.
Ianya bagus untuk orang macam saya yang agak kurang disiplin dalam menabung. Orang yang pabila tengok duit tabung penuh, saya akan gatal tangan nak keluarkan untuk membeli gadget impian.
Tapi dengan ASB LOAN tak dapat lah. Dapat pun awal tahun bila pengagihan dividen dilakukan.
Contohnya :
Kita pinjam RM15,000. Dan kita perlu bayar RM180 sebulan bagi 10 tahun. Jadi jumlah yang kita bayar adalah RM21,600. Jumlah faedah yang kita bayar pada bank adalah RM6,600.
Katakan dividen tahunan kita dapat dalam RM1,100 setahun. Jadi bagi tempoh sepuluh tahun kita akan dapat RM11,000 jumlah dividen sepuluh tahun. (Ini sekiranya dividen dikeluarkan bagi setiap tahun. Kalau di simpan lagi bagus lah.)
Jadi, jumlah keuntungan kita dapat adalah RM11,000 – RM6,600 = RM 4,400. Jumlah keuntungan kita dapat adalah RM4,400.
RM 4,400 bukanlah banyak sangat kan. Betul tu, tapi baiklah ada dari langsung tiada.
Apabila cukup tempoh dia, 10tahun, jumlah pinjaman kita akan dimasukkan kedalam akaun. Jadi barulah dapat merasa duitnya.
Lambat…… Memang lambat. Tapi biar lambat asalkan selamat.
Sikit-sikit lelema jadi bukit.
Tapi, apa yang paling penting bagi saya bukannya jumlah duit tu. Tapi sebaliknya disiplin menabung yang dipupuk dari ASB LOAN ni.
Kalau kalian semua berdisiplin, sejujurnya saya cakap, tak perlulah ambila LOAN ni. Kenapa nak berhutang. Ye tak?
Semoga apa yang dikongsikan oleh daddydee.net memberi manafaat buat semua.
Sekian, terima kasih.
loan ASB memang bagu untuk orang yang tak blh simpan duit…saya pun buat juge 😀
Shahrul recently posted..Lelaki Kacak Semakin Mengganas
sama la kita…heheheh
ASB Loan bagus tetapi yang seeloknya loan maksimum RM200000,,,rasanya aku ada buat artikel pasal pelaburan ASB nie,,
hatiputera recently posted..LELAKI YANG KACAK LEBIH SAYANGKAN ANAK
Belum pernah buat lagi,tapi jika boleh tak perlulah buat loan cuba simpan terus dengah harga ansuran itu atau separuh pun takpe
onlajer recently posted..KONDOM BIJI KURMA
askm. ramai juga nak buat pelaburan cara ni, pelaburan jangkamasa panjang.
Yup, kalau boleh tak yah la berhutang, pelan-pelan kumpul duit, bayar zakat dan tawakal mudah mudahan murah rezeki akan datang, insyaAllah
Safwan Rahman recently posted..Zakat Pendapatan (Gaji)
Nak cuba… Ntah bila la… 😀
Izzuddin Fauzi recently posted..Blog Report Minggu Ke-3
Nanti da ready leh cuba bro… Heheheeh
Assalam..
Dah lama buat loan ni…Saya bukan jenis yang tak lekat duit tapi kalau tak buat macam tu, orang lain yang tolong habiskan duit dalam akaun saya…huhu…
iza recently posted..Cermin Dan Lelaki Kacak
Wasalam
Tu la orang cam kita yang tak lekat duit mmg sesuai sangat loan ni…heheehe
memang sangat bagus dan bermanfaat ilmu ni. TQ
wandisini recently posted..Anugerah 20 Musim Liga Perdana Inggeris
Sesama wan. Moga kita semua pakat dpat manafaatnya..
ada jugak ciri yang menarik dalam asb loan ni, cuma setakat sekarang ni masih kurang minat nak buat
sabree hussin recently posted..Bagaimana Pendapatan Menerusi Blog Dapat Dihasilkan Dengan Menyertai Program Affiliate
buat masa ni tak berminat lagi nak buat ASB loan..
Suraya recently posted..Wordless Wednesday: Setinggan dalam Mid Valley
Tak mengapa CikPuan Suraya…Tak rugi pun tak buat Loan ASB ni….
Cuma membantu sedikit bagi mereka yang tiada disiplin seperti saya….
ASB LOAN HARAM?….TIDAK BOLEH MEMINJAM UNTUK MELABUR…….RUJUK USTAZ ZAHARUDDIN
asb loan best la, aku buat 200k bulan 12 2009, aku baru je cancel, buat dgn cimb, bulan2 aku bayar 1077, aku cancel tu aku still dapat 63k++, tu dah cmpur dividen semua.. so, kalo kira balik ape yg aku bayar utk total 3 tahun tu, 38k++, untung hampir 25k++ jgk aaaa… nk simpan sendiri 25 ribu selama tiga tahun mmg x aaa.. ni pun plan nk buat balik.. 🙂
Cara untuk terminate asb loan kat cimb camne bro?
Pergi je cimb ckp nak terminate. Kalau ada agreement lama lagi baik. Dan seeloknya buat satu surat yg kata nak terminate loan. Itu yg pegawai cimb ckp masa sy nak terminate duku sebab agreement asal dy dah hilang. Tq
salam semua tahniah lah berjaya buat simpanan dengan cara begini… saya pun dah buat…. 🙂 lagi 3 tahun, dapat lah hasil saya 130K nie… 🙂
wanaz recently posted..Video Kontroversi Harlem Shake Daphne Iking