Satu hari daddydee ke Pejabat POS PJ SS14, untuk urusan ASB anak. Saja tambah sikit tabungan untuk si kecik kat rumah tu. Semasa di kaunter tunggu urusan ASB tu selesai, masuk sorang lagi pelanggan lelaki.
Terus menuju ke kaunter. Agak kelam kabut gayanya. Pengjaga kaunter tu seorang perempuan (akak) yang agak berisi sikit.
“Ya, encik. Boleh saya bantu?” tanya akak comel dengan senyuman manis.
“Wang hantaran berapa?” tanya abang tu pada akak tu.
“Apa encik? Wang hantaran?” tanya akak tu mahukan kepastian.
Saya di sebelah dah perasan muka akak tu dah lain bila di tanya wang hantaran. Tak tahulah mukanya merah kerana malu atau merah kerana tahan nak gelak. Saya kat sebelah pun rasa nak tergelak tapi tak berani nak tegur takut karang makan penumbuk. Jadi senyum sinis je la. Hehehehehe
“Aah…. Wang Hantaran.”
“Ehh….. Silap wang pos. Wang hantaran pula”.
Cepat abang tu betulkan kesilapan dia bila sedar dia dah tersalah cakap. Tersenyum simpul agak kaunter tu. Abang tu buat muka steady je. Kontrol macho.
Saya rasa mungkinlah abang tu tengah berkira-kira untuk wang hantaran, tu yang tersasul nak wang pos tersebut wang hantaran tu.
Saya pun selalu macam tu. Bila fikiran kelain dan mulut kelain. Mula la tersasul benda yang bebukan. Tapi tak pernah lagi tersasul nama perempuan lain depan isteri, karang makan parang daddydee. Heheheh
Kalian penah jadi macam ni tak?
haha sabar je lah
nak masukkan duit ASB guna je lah maybank2u , wat ponat2 g bank …
pernah gak tersasul macam2 di pejabat pos tu
puanbee recently posted..Bueno Dan Lelaki Kacak Romantiknya
Jenis terlebih rajin, suma urusan sy lebih suka guna cara trandisonal. Beratur di pejabat pos. Untung-untung leh cuci mata skali. Hahahahah
kihkihhh… malunyeee tershashul ke situ… :p
Ummi Hanie recently posted..15 tips supaya solat jadi khusyuk
Heheheeh… Memang agak memalukan..