DikirZikir: Amanah

Amanah seperti yang kita semua tahu amanah adalah salah satu sifat wajib bagi rasul.

Hari ni daddydee.net nak share pasal amanah. Hari Sabtu (kalau tak silap) hari tu saya secara tak tersengaja tertengok DikirZikir di TV AlHijrah. First time tengok terus sangkut.

Pendekatan DikirZikir ni memang menarik. Program ni dikendalikan oleh UNIC. Dan ada panel jemputan serta artis. Apa yang menarik cara penyampaian program ini adalah secara santai. Dialog santai. Bukan seperti forum yang biasa kita lihat.

Selain topik yang dibincangkan adalah suatu yang menarik. Pendekatan muzik dan lagu juga digunakan dalam program ini. Suatu yang bagus dan lain dari yang lain. Cara yang mampu menarik jiwa anak muda untuk melihat program ini.

Berbalik pada tajuk yang di bincangkan amanah. Amanah suatu yang mudah tapi sukar dilakukan.

Amanah adalah berpucuk pangkal dari hati. Dari hati ia mengawal minda dan tindak tanduk kita supaya amanah. Sekiranya hati kita bersih dan jujur insyallah amanah akan dapat dilaksanakan dalam kehidupan kita.

Amanah bukan sahaja dalam kerja seharian. Kerja yang kita terima gaji untuk melakukan kerja tersebut. Setiap sen yang kita terima biarlah berpadanan dengan keringat yang kita keluarkan. Usah harapkan lebih, bersyukur adalah lebih baik.

Teringat kata-kata Ustaz dalam program DikirZikir “Kerja adalah amanah. Hidup adalah amanah. Masa adalah amanah. Anak adalah amanah.”

Kesimpulanya kehidupan kita didunia ini adalah satu amanah dari Allah swt.

Seperti yang kita tahu. Tugas kita di muka bumi ini sebagai Khalifah adalah terlalu berat dan penuh dengan amanah yang perlu dilaksanakan.

Lepas lihat program ini, terlintas dalam hati ini.

“Amanahkah aku sebagai seorang pekerja. Amanahkah aku sebagai seorang anak. Amanahkah aku sebgai seorang suami. Amanahkah aku sebagai seorang ayah.”

Aku berharap aku menjalankan tanggungjawab aku sebaiknya.

Semoga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada kita semua bagi menjalankan amanah kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Amin.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berperang dengan diri -
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kejayaan tidak mengenal siapa, tapi siapa yang mahukan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat semua adik-adik yang baru mendapat keputusan
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “DikirZikir: Amanah”

  1. cik tom rs sbgi manusia byk perkara yg kita kurang amanah..yg plg besar sekali amanahkah kita pada diri sendiri?? amanah dr Allah utk diri beribadat.. amanah utk diri menutup Allah.. betapa kerdilnya hambaNYA yang selalu terleka..itu pntgnya kita sesama umat Islam utk slng ingt memperingati..thanks utk entry ni 🙂
    cik tom recently posted..Pengalaman Cik Tom Berniaga Semasa SekolahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.