Dua minggu lepas, kita semua dikejutkan dengan penyebaran video penderaan bayi oleh seorang ibu muda dalam Facebook dan blog. Ramai yang meluahkan kata-kata ketidakpuashatian terhadap tindakan ibu muda itu. Itu baru satu kes, sebenarnya banyak lagi kes sebegini terjadi di negara kita.
Pendapat Daddydee pun semua ini tidak patut berlaku. Terlalu kejam sangat. Kesian pada anak kecil yang masih belum mengerti. Memukul untuk mengajar tidaklah salah tapi kalau sampai mencederakan itu adalah satu kesalahan.
Memukul untuk mendidik dan mengajar tidak salah tapi kalau sampai memudaratkan dan mencederakan adalah suatu yang tidak patut.
Semasa saya kecil dulu (umur 7-8 tahun) bapa saya pun selalu memukul saya. Tapi pukulan itu sekadar mengajar saya supaya tidak melakukan kesilapan itu lagi. Saya tidak salahkan bapa saya kerana itu salah saya.
Dalam umut 7-8 tahun kita sudah boleh mula menilai baik dan buruk. Kalau umur 0-3 tahun, mereka masih tidak mengerti. Hidup mereka pun masih banyak dalam khayalan mereka sahaja. Mahu seronok saja.
Kalau di lihat pada statistik kes penderaan kanak-kanak di Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menunjukkan negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang paling banyak kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.
Dimanakan silapnya?? Adakah kerana kemajuan menyebabkan kita semakin hilang sifat perikemanusiaan? Seperti mana yang kita tahu, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan lubuk emas bagi penduduk negara ini mencari rezeki.
Atau benarkah seperti yang dilaporkan bahawa semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah tekanan mental. Sama ada sedar atau tidak.
Apa pun puncanya. Tepuk dada tanya hati. Sampaikah hati kita untuk melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dihukum. Selamatkan mereka. Bantulah mereka, perjalanan mereka masih panjang. Ayuh kita bersatu hentikan penderaan kanak-kanak ini. Jadilah masyarakat yang penyayang dan bersatu demi generasi akan datang.
Sekian.

tengok sttaistik memang kenaikan mendadak yg merisaukan. samada betul bertambah atau banyak kes tidak dilaporkan.
Rasanya banak lagi kes tidak di laporkan
Seriously, sedih tengok statistik nie. Kalau nk tau sy pernah berkerja sebagai jururawat dan posting dekat ward kanak2 mangsa dera dan rogol. Sedih amat~~
Izzuddin Fauzi recently posted..Hadirnya Bulan Rejab Dan Kisahnya
Bto tue bro. Isu ini amat merisaukan. Bagaikan satu wabak yang tersebar di Negara kita
institusi keluarga itu sendiri memainkan peranan penting…kalau keluarga dah tunggang langgang, maka hancur la masyarakat
Shahrul recently posted..Lelaki Kacak Kelantan
btol tue bro. Institusi keuarga tunjang utama keutuhan masyarakat
cik tom xtgk video tue sbb xsgup..
manusia skang makin xberperikemanusiaan..
anak sendiri pn xsyg smpi sgup dera n rogol..
mmg gila agaknya..
itulah jadinya bila tiada pegangan agama dlm asas kehidupan..
cik tom recently posted..Pengalaman Cik Tom Berniaga Semasa Sekolah
Itu lah jadi bila kurangnya imam di dada.. Saya tengok anak nak jentik pun x sanggup. Masa kecil la besar pukul utk mendidik.