Tunang : Menuntut Kesabaran

‘Bila mau ajak makan nasi minyak ni, bro? Tak sabar ni?’ Tanya pada sorang kawan lama, Usop semasa dia menelefon.

‘Ada rezki nanti aku jemput’ jawab Usop dengan nada macam kecewa.

‘Huh, nape plak, bro. Gaduh ke? Ke dah bertukar angin?’ Tanya saya pada Usop.

‘Ehh… Mana kau tahu ni? Sape cerita?’ Tanya Usop yang agak terkejut bila saya bagai tahu hal yang terjadi antara dia dan tunang.

‘Aku tak tahu. Tiada siapa pun cerita. Aku agak je. Aku dah lalu semua tu’ jawab saya dan meminta Usop menceritakan hal sebenar yang terjadi.

Ok, cukup setakat itu perbualan saya dan Usop.

Sememangnya dugaan bertunang agak berat. Lagi lama tempoh bertunang lagi lah teruk dugaannya. Itulah sebab orang tua cukup marah kalau tunang lama.

Bertunang tidak seperti bercinta yang selalu nya indah. Dialah segalanya bunga, madu dan racun. Masa bercinta kentut pun wangi.

Tapi bila bertunang, sikit-sikit kita nampak perangai tunang yang kita tidak berkenan di hati. Senang kata perangai sebenar.

Kekadang kita nampak orang lain lagi bagus dari tunang kita. Dan kemungkinan juga lah masa ini akan datang lah bekas-bekas skandal merujuk kembali.

Kalau berjauhan lagi banyak masalah, perasaan cemburu dan curiga akan makin menebal. Kadangkala dek kerana tidak balas SMS pun boleh jadi punca gaduh.

Itulah yang dikatakan ‘Darah Manis’

Untuk yang berjauhan, daddydee nak share satu tips iaitu sibukkan diri dengan kerja atau kawan (kawan sejenis). Bila sibuk kita kurang fikir pasal pasangan dan rasa cemburu insyallah kurang. Sibukkan dengan kawan sejenis bukan apa nanti tidaklah terjatuh cinta dengan kawan pula nanti. Opss… Jangan terjebak dengan gejala songsang.

Dugaan semasa bertunang memang lah sikit kalau dibanding dugaan lepas kahwin. Kalau dugaan bertunang pun kita dah tak boleh sabar. Macamana kita nak berdepan dengan dugaan lepas kahwin.

Pada yang sedang bertunang, banyakkan berSABAR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tunang : Menuntut Kesabaran
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

10 thoughts on “Tunang : Menuntut Kesabaran

  1. sweetkurma

    masa bercinta dugaannya lain, masa bertunang dugaannya lain, bila dah kawin dugaannya lagi lah lagin…

    moga tabah dan dapat bertahan sehingga ke pernikahan….aamiinn

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge