Daily Archives: June 4, 2012

Berhati-Hati Memandu

Ni adalah gambar yang ditangkap petang tadi semasa perjalanan daddydee bersama keluarga dari Tumpat, Kelantan ke Kuala Lumpur.

Gambar lori terbalik ini di tangkap di Felda Keratong, Kuala Lipis. Sebelah kiri kelihatan sebuah lori terbalik dengan semua tayar ke atas dan sebelah kanan ada sebuah kereta Nissan Sentra terbabas ke dalam parit. Cerita betul tak dapat dipastikan.

Ni pula gambar sebuah van EON-SRT yang dipandu laju dengan lampu kecemasan dinyalakan dan memotong ikut kiri. Disebabkan van ini kami terpaksa brek mengejut dua tiga kali.

Kalau nak laju pun ikut undang-undang, bukan pandu suka hati. Membahayakan nyawa orang lain dan pengguna lain.

Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur selepas 8 jam dalam kereta. Berhati-hati memandu, ingat orang yang tersayang.