Daily Archives: June 5, 2012

Belia Paling Ramai Bunuh Diri

Memetik dari Laporan Akhbar Harian Metro (5 Jun 2012) yang bertajuk ‘Golongan Muda Paling Ramai Bunuh Diri’

Golongan berumur antara 24 hingga 44 tahun adalah golongan paling ramai membunuh diri.

Golongan Muda Paling Ramai Bunuh Diri

Golongan Muda Paling Ramai Bunuh Diri

Lebih menyedihkan golongan lelaki adalah lebih ramai iaitu 75% berbanding dengan kaum perempuan 25%. Manakala, kaum Cina adalah yang teramai berdasarkan etnik.

Laporan Kajian Kebangsaan menunjukkan 1,136 kes bunuh diri dilaporkan antara 2007 hingga 2010, dengan kadar 1.3 bagi setiap 100,000 populasi rakyat di negara ini.

Kajian juga menunjukkan 1.7% dari kalangan masyarakat dewasa pernah berniat untuk bunuh diri; 0.9% pernah merancang untuk bunuh diri dan 0.5% pernah mencuba untuk membunuh diri.

Dari apa yang dilaporkan diatas, ia adalah suatu yang cukup membimbangkan. Generasi yang sepatutnya meneraju dan mengemudi negara di masa depan adalah golongan paling ramai membunuh diri.

Mungkin mereka mempunyai alasan dan sebab mengapa mereka berbuat sedemikian. Tapi apapun alasanya, ia tetap tidak boleh diterima.

Hukum membunuh diri dalam Islam adalah berdosa besar. Nyawa adalah amanah Allah swt kepada kita. Hanya Allah swt yang layak menentukan ajal maut kita, bukan kita yang menentukannya.

Sebaiknya kita tangani stress yang kita hadapi sebaiknya. Jangan sesekali bertindak mengikut hawa nafsu dan syaitan.

Berkongsilah masalah dan rasa anda dengan teman-teman. Ini mungkin dapat mengurangkan bebanan yang kita tanggung.

Sekiranya, malu ataupun segan untuk bercerita dengan teman. Carilah kaunselor bagi memberikan anda bantuan sebaiknya.

Dan cara terbaik adalah mengadu dan berdoa mohon ketenangan serta bantuan dari Allah swt. Itu yang sebaiknya. Hanya Dia yang maha esa dan maha kuasa. Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali.

Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...