Daily Archives: June 9, 2012

Buat Apa Yang Kamu Suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Kita sering diajar supaya mengikut acuan yang telah ditetapkan. Dari sekolah rendah itulah yang diajarkan pada kita. Untuk berjaya kita mesti mengikut peraturan dan ikut acuannya iaitu bermula dari UPSR, PMR, SPM dan Universiti (Diploma, Ijazah, Master atau PHD).

Sekiranya kamu lulusan Undang-Undang, jadilah kamu seorang peguam atau majistret yang berjaya. Itu mengikut acuannya.

Now on, we must break this mentality, Do Whatever You Like and You Want.

Ini adalah antara petua kejayaan yang dikongsikan oleh Donald Trumps.

Dan ada beberapa orang yang berjaya juga mengikut cara ini antaranya Chef Wan.

Melakukan apa yang kita suka akan menimbulkan kesungguhan, keikhlasan dan keseronokan. Dan yang pastinya hasilnya akan menjadi suatu yang menakjubkan.

Apabila kita berkerja dalam suatu bidang yang benar-benar kita suka pastinya kita akan lebih seronok dan tidak jemu. Malah minat untuk mendalami potensi diri dalam bidang itu akan menjadi lebih menebal.

Apabila suatu perkerjaan dilakukan dengan ikhlas, rezeki akan lebih berkatnya. Sememangnya keikhlasan dalam melakukan suatu pekerjaan adalah suatu yang dituntut dalam Islam.

Melakukan sesuatu yang kita suka pastinya memberikan kita kepuasan yang maksima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...