Bila Isteri Membebel, Apa Laki Patut Buat?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Bila isteri membebel

Bila isteri membebel

Hari ini, daddydee nak kongsi pengalaman dan tips (boleh panggil tips ke? Hentam sajalah labu) tentang kehidupan berumah tangga. Kalau rasa nak pakai ambil lah ye.

Biasa kita dengar kes perceraian sebab tak tahan isteri membebel. Hari ni daddydee nak kongsi ‘apa yang suami patut buat bila isteri membebel?’

1. Membebel Sama
Bila isteri membebel, suami membebel lah sama. Lawan balik. Barulah riuh dan meriah sikit. Tapi kemungkinan nak gaduh lagi tinggi lah. Ye lah, lawan balik umpama menuang minyak petrol dalam api. Dan jangan marahlah kalau anda kena kejar dengan isteri anda guna parang.

2. Dengar Lagu Guna Ipod
Bila isteri membebel, ambillah ipod anda dan sumbat lah ke telinga anda. Kasi layan sikit lagu seperti Nightwish ke, Cromok ke, Langsuyr ke, Disturbed ke, kalau tak pun layan Maher Zain insaf sikit. Ditambah pula dengan headphone Beat pasti lagi layan. Isteri membebel sudah tak jadi masalah lagi kerana anda dah tak dengar. Dan lepas tu jangan marah kalau dua bulan isteri tak layan anda untuk bersama.

3. Ambil Kunci Motor Keluar Merempit
Bila isteri membebel, ambillah kunci motor anda. Keluar lah merempit bersama kawan-kawan anda. Pasti anda lebih bahagia, dan tak perlu dengar isteri membebel. Tapi kalau balik isteri tak buka pintu rumah, tidur lah anda diluar.

4. Buat-buat Bersembang Dengan Binatang Peliharaan
Bila isteri membebel, buat-buatlah berborak dengan binatang peliharaan anda. Kalau anda hamster bersembanglah anda dengan hamster dalam bahasa hamster. Kalau ikan emas buat lah memek muka macam ikan emas dan guna bahasa ikan emas. Dan lepas tu confirm anda akan ada bodygaurd dan makan free, pasal isteri anda akan hantar anda ke Hospital Gila.

Itulah antara tips yang terbaik bagi para suami gunakan bila isteri membebel. Tapi yang di atas semua adalah sekadar humor sahaja. Tiada niat memerli atau mengata.


Sejujurnya, seandaiannya Isteri membebel, sebaiknya Suami DIAM saja. Dengar saja apa yang isteri ingin katakan. Isteri kita membebel dan perlukan pendengar jadi kitalah pendengar itu. Dengar dan iyakan saja.

Bila dah penat membebel, Isteri anda akan diam juga nanti. Isteri ni kekadang hanya perlukan sedikit PERHATIAN suami. Tu sebab dia membebel.

Anda kira bertuah sebab Isteri suka membebel. Cuba bayangkan kalau isteri anda bisu, betapa sunyinya hidup anda.

Sekian.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bila Isteri Membebel, Apa Laki Patut Buat?
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

12 thoughts on “Bila Isteri Membebel, Apa Laki Patut Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge