Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku
Sebagai pekerja lapan hingga lima, lima hari seminggu, hidup saya kadangkala penuh dengan jadual yang agak padat. (Agak padat kerana saya rasakan kerja sekarang agak rileks sedikit dari dahulu.) Memang agak memenatkan. Melayan kerenah pegawai atasan dan melayan kerenah pelanggan. (Bukan ingin mengeluh sekadar berkongsi).
Blogging… Adalah salah satu cara saya melepaskan tension kerja dan kehidupan seharian saya. Dengan menulis dan membaca blog, hidup saya terasa sedikit berisi. Ya dengan blogging.
Mungkin sekarang saya masih bersemangat untuk berblog, dan saya sendiri sampai bila saya akan terus bersemangat. Saya harap semangat ini akan kekal dan tidak akan luntur.
Mengeluarkan wang untuk hosting dan domain, bagi saya suatu yang tidak membeban setakat ini. Ya lah selagi saya masih berminat untuk berblog saya sanggup keluarkan duit walaupun duit dikeluarkan adalah lebih banyak dari duit yang masuk (income). Jealous juga melihat blogger berjaya mendapat income yang tinggi dari blogging, tapi jealous bukan buat saya ingin plagiat, atau hack mereka tapi buatkan saya lebih bersemangat untuk terus maju ke depan.
Lihatlah bagaimana blogger berjaya seperti denaihati.com, eyriqazz.com, redmummy.com, ariffshah.com dan ramai lagi. Mereka semuanya hebat-hebat belaka. (Dah join kontest eyriqazz vs denaihati)
Dengan berblog saya rasa saya lebih ramai kawan. Walaupun hakikatnya saya tidak kenal mereka secara realiti tetapi secara maya saya kenal mereka. Tak ramai pun sebenarnya blogger yang saya pernah jumpa, hanya beberapa orang sahaja. Ada yang telah berhenti blogging, ada yang masih aktif berhubung melalui facebook / twitter. Apapun semua blogger adalah hebat. Kerana tak semua orang mampu menulis. (Tulisan saya pun masih lemah)
Membaca blog dapat menambahkan sedikit ilmu. Ya, tak semua yang dalam dunia ini kita tahu. Tapi dengan berkongsi dapatlah menambahkan ilmu saya yang kurang ini.
Dalam blog, macam-macam yang kita boleh temui seperti tempat makan yang baru, tips-tips hebat (blogging, parenting, working, gadget, photograph dan lain-lain), nasihat yang berguna dan panduan hidup. Macam-macam, boleh dikatakan semua ada. Sama ada kita mahu ataupun tidak saja. Kalau nak carilah, banyak yang boleh kita dapat.
Dunia blogging tidak pernah membosankan bagi saya walaupun sudah 4tahun berlalu. Pasang surut itu biasa, norma seorang manusia.
Sekian dulu, buat masa ini.
setuju ngan pendapat awak.. berblogging salah satu cara redakan stress buat saya..
KesumaAngsana recently posted..Rose Tu Kan Warna Merah ! Lucu2
Terima kasih.
best kan kalo ada blog..
dgn blog kite leh dpt ramai kawan
kawan di alam maya, maybe kan jumpe di alam nyata…
berkongsi cerita suka dan duka..
sgt prihatin..
kite kongsi pengalaman dgn bloggers lain…
yup! leh release tension kan…
pst: thx singgah blog saya En DaddyDee..
Setuju dengan pendapat Cik Puan Emme. Yang paling penting kita happy.
Yup, saya berblog utk lepaskan lelah bekerja..disamping dapat menambah kenalan…dan saya tak pasang pun iklan kat blog..hehehehe
da recently posted..WW: Demam 3 Hari Straight Make Sure Terus Check Darah Jangan Tunggu Keluar Ruam – ini Denggi !!
Ya tau blog Doc memang tak pasang iklan. Hehehe
Saya pasang je iklan tapi income sikit je. Berblog hanya untuk berkawan.
tapi kena heppyy juga kan
onlajer recently posted..Wordless Wednesday : cemil-cemilan
happy itu mesti.
mcm2 kerja dah saya buat,kerja blogging ni memang mengasyikkan bagi setakat ni,walaupun hasil blog saya tak la sehebat mana setakat ni,namun ianya masih membuatkan saya happy
Zarul Umbrella recently posted..Akihabara – Bandaraya ‘Elektronik’ Jepun
Btol tu Tuan Zarul. Berblog membuatkan saya rasa saya teroka dunia. Terutama dengan blog tuan zarul yang selalu terbang. hehehe
jadi, teruskan menulis blog. yehh!
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
Terima kasih tuan titan
wah dah 4 tahun blogging?? mmg hebat!
cik tom recently posted..Nak Jual Blog Ciktom.com
Tak hebat mana. Tak sehebat CikTom. Dulu saya berblog untuk berkawan saja dan berkongsi. Blog dulu masih wujud tapi tiada fokus.
Dan wujudkan blog ini dengan tujuan yang sama iaitu berkawan dan berkongsi sesuatu yang lebih bermanafaat dan positif. Blog ini memang akan membosankan. Sekian.
Salah satu tujuan saya blogging ada untuk bersantai.
akubiomed recently posted..Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia
Yeah, mmeang rasa cukup rileks dan puas bila dapat berblog.
GK setuju la dengan entry nie…GK pun berblogging sebab GK memang minat menulis..GK suka berkongsi info dengan semua…kalau dapat income tue rezeki..GK tak mengharap sangat sebab sedar diri hanya blogger pinggiran saja…
gadis kampung recently posted..SINOPSIS: FILEM MAEL LAMBONG
Teruskan berblog GK.
Blog tempat meluahkan perasaan…. hahahahah
zack recently posted..Ginilah Rupanya Robot Tu!
Setuju dengan Tuan Zack
good thing always happen. nk release tension? jom semayg..
Aah.. Ambil wudhuk dan solat sunat.