Seperti biasa, bila musim bola menyerang, wabak demam bola pasti akan melanda pejabat.
Mula Euro 2012, Isnin ni kita bolehlah lihat kesannya dipejabat masing-masing. Terutama pada pekerja lelaki.
Apa yang akan jadi ketika Euro2012 di pejabat:
1. Pekerja Perempuan Akan Buat Duit Kopi
Pekerja perempuan boleh buat duit kopi. Dan boleh jana pendapatan sampingan dengan jadi tukang ketuk kad perakam waktu dan juga tukang cover kalau bos cari.
2. Mesyuarat Lebih Lancar
Menyuarat akan lebih senang dan lancar. Tiada lagi baling-baling fail, tiada tikam lidah. Sebab ramai yang akan pakat hangguk saja. Kerana tersengguk-sengguk mengantuk tak cukup tidur.
3. Summer Camp
Pasti akan terdapat Summer Camp ataupun setinggan di bawah meja masing-masing. Dan mungkin juga akan ramai yang berjemaah beriktiqaf dalam surau. Hehehehe
4. Banyak Racing Haram
Pasti akan banyak racing haram akan berlaku. Akan ada bunyi NOS, turbo, twincam dan macam-macam lagi bakal menghiburkan halwa telinga. Mungkin sesekali akan dengar macam muzik ‘I’m sexy and I know it’
Apapun, selamat melayan Euro 2012 tetapi jangan dilupakan tanggungjawab kita pada keluarga dan pejabat.
Euro 2012 sebagai hobi saja. Kerja adalah punca pendapatan kita. Jadi jangan kerana hobi, periuk nasi kita tidak berasap lagi.
Posted with WordPress for BlackBerry.
haha.. itu semua normal maa..bos pun sama. kekadang tidur gak. haha..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 6
Boss tido anak buah apa lagi. Hahaha
hehe macam2 gelagat orang
puanbee recently posted..Food Blogger
Mmg macam2 smpai tak terlyan. Hehehe
EURO 2012 ini bermusim jadi bagi peminat bola sepak tegar sanggup bersengkang mata untuk menonton.
akubiomed recently posted..Coconut Shake pantai Klebang
Tu la. Aku tgk kat ofis aku pun pepagi tenang je. Semua pakat dok bawah meja.