Euro 2012 : Hadiah Terbaik Untuk Suami Kaki Bola

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini, kelayakan Greece ke peringkat seterusnya dan kepulangan awal Russia dan pasukan bintang Belanda. Kejutan demi kejutan berlaku.

Saya agak ramai juga Isteri mengeluh dek kerana suami yang kaki bola yang sanggup bersengkam mata untuk tengok bola. Pagi-pagi pula susah nak bangun pagi nak pergi kerja dan nak uruskan anak-anak.

Disini Daddydee.net nak mencadangkan beberapa hadiah yang sesuai untuk suami tercinta pada musim bola ini:

Jersi Euro 2012
Hadiahkan suami anda jersi pasukan Euro 2012 yang disokong suami. Tapi jangan hadiahkan awal-awal, hadiahkan apabila pasukan Euro 2012 suami anda terkeluar dari saingan. Barulah sentimental dan sentap. Heheheeheh…

Kalau pasukannya menang, hadiahkan juga. Pasti kasih akan berbunga. Kelas kau Kiah.

Belikan Bola
Hadiahkan suami anda bola Euro 2012 yang limited edition punya. Pasti suami anda akan terkedu, terduduk dan terharu. Untuk lebih keharuannya itu, hadiahkan 11 biji bola. Kenapa 11 biji supaya setiap pemain dapat seorang sebiji bola. Konfirm suami anda bahagia.

But Bola
Sekiranya suami anda meminati bola dan suka bermain bola, sudi-sudikan lah belikan but bola baru buat mereka. Ye la, gantikanlah but bola yang telah bertahun tidak bertukar. Dan lagi baik jika dihadiahkan but bola model terbaru yang dipakai oleh bintang bola sepak yang suami anda minati. Pasti suami anda akan bertambah sayang dan ceria walaupun pasukan Euro beliau telah kalah.

Toto
Hadiahkan tilam Toto supaya senang dan selesa untuk suami anda berjaga depan TV. Sebab dia dah konfirm tak berminat nak tido dalam bilik bersama anda sepanjang Euro 2012 berlangsung. Jadi belikan tilam supaya dia boleh berjaga. Dan boleh juga dibawa ke pejabat untuk tidur dalam stor.

Bantal Kecil Berbentuk Bola
Hadiahkan bantal kecil supaya senang untuk dibawa kemana-mana. Supaya suami anda senang nak tidur di mana saja. Dalam kereta boleh, dalam pejabat boleh. Heheeheh…. Jangan kantoi ponteng kerja sudah.

Keputusan Kumpulan C (Pusingan ke-3)
Italy 2
– 0 Ireland
Sepanyol 1 – 0 Croatia

Sepanyol dan Italy telah layak ke peringkat perlawanan kalah mati. Seperti yang diramalkan oleh ramai peminat dan pengkritik.

Sekian untuk kali lain. Lain kali kita cerita lagi. Tata-tata-titi-titu.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... [caption id="" align="aligncenter" width="180"] Bila isteri membebel Hari ini,
Satu hari daddydee ke Pejabat POS PJ SS14, untuk urusan ASB anak. Saja tambah sikit
(Visited 29 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

22 thoughts on “Euro 2012 : Hadiah Terbaik Untuk Suami Kaki Bola”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.