Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian
Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest Juara Euro 2012 anjuran Tuan Denaihati telah tersingkir iaitu Perancis. Ini bermakna saya juga telah terkeluar dari kontest ini. Tapi tidak mengapa, masih satu lagi kontest SEO iaitu ‘Eyriqazz vs Denaihati’. Teman-teman dah join ke?
Tahniah buat pasukan Spain yang telah layak. Tahniah juga buat Portugal dan Germany. Malam ini penentuan antara Italy dengan England pula.
Semi final Euro 2012, Portugal akan bertemu dengan Spain. Manakala Germany akan bertemu samaada Italy ataupun England.
Perlawanan antara Spain dan Perancis bagi saya, Spain memang layak menang. Spain mempamerkan satu corak permainan yang cantik dan menarik. Dan yang paling penting Spain bermain sebagai satu pasukan seperti Germany.
Kalau di lihat pergerakan Spain lebih teratur dan terancang. Dan pergerakan adalah satu pasukan bukannya bergantung pada individu semata-mata seperti Perancis yang lebih mengharapkan Frank Ribery.
Kehebatan sebenar Karim Benzema memang tiada. Kalau dibandingkan Karim Benzema dengan Theiry Henry memang terlalu jauh sangat. Kemasukan Samir Nasri pun masih gagal mengubah corak permainan Perancis, dan rasanya semalam bukan prestasi sebenar Samir Nasri. Kemasukan dua lagi penyerang iaitu Oliver Giroud dan Jeremy Menez pun masih gagal untuk Perancis menembusi benteng kebal Spain.
Gol awal dari Xabi Alonso pasa minit ke-16 memang menjadi bekalan pada Spain untuk bermain lebih defensive. Dan ditambah satu lagi gol pada minit 86 oleh Xabi Alonso melalui sepakan penalti memang cukup menamatkan saingan Perancis.
Spain dilihat cukup cemerlang dengan gerakan cantik yang dimainkan oleh semua pemain dari defend, midfield sampailah ke attacking. Kalau dilihat keserasian bahagian tengah gandingan antara Xavi, Inesta dan Fabregas dari Barcelona FC ditambah lagi dengan kelincahan David Silva. Memang menjadi dan mantap sangat.
Kalau dari segi taktikal memang nampak Spain dan Germany mempunyai kelebihan, sebab mereka lebih bermain dalam satu pasukan bukannya individu.
Untuk perlawanan malam ni, saya pilih Italy untuk menang. Bukan England tak kuat tapi lebih suka tengok cara permainan Italy. Tua-tua Italy yang cukup berisi, taktikal Italy boleh dikatakan sama seperti zaman Roberto Baggio dulu. Still defensive and counter attack. Yang pastinya Pirlo, De Rossi, Di Natele dan Buffon akan menjadi nadi utama Italy.
Sekian, terima kasih banyak-banyak.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Terjahan Alonso membuat pihak lawan terkedu.
akubiomed recently posted..Aeon Rawang tempat famili berjimba-jimba
Membuktikan dia adalah salah sorang defensive midfielder yang hebat. Mesti Rafa Benitez nyesal jual dia dulu.
Seriusly,chii x tgk dan kenal pun ngan nama2 dan corak permainan. Tp yg pasti,chii nk sokong german. Hehe
Tak perlu kenal Cik Puan Chii. Tidak pernah ditanya dalam soalan UPSR, PMR ataupun SPM. Dalam temuduga pun tak pernah ditanya. Hehehe…
go go team spain….
cik tom recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Blogger Hebat!
penyokong tegar nampak cik tom?
suri recently posted..Ayuh Berkopiah
CikTom mmg tegar Spain..
Wah bersemangat betul CikTom.
saya berjaga sekejap jer heee sb kurng sihat tapi mana menag mmg sakan gmbria ar pasni
suri recently posted..Dua Hari Sudah Rindu
Suri memang kira bersemangat sungguh. Orang rumah saya mmg tak tengok pun
hey you all..jangan nak sokong sgt pasukan you all tu !! Spain akan mara ke final dan menang eh… Malaysia petang ni, saya predict malaysia u22 menang 3-1 lawan Filipina
spudin recently posted..Melayu Ni Dicekup Menari Berbikini
Malaysia akan menang…Insyallah..
FAM kena ambil balik TSAM..
italy dan spain telah mara. tahniah!
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
Ya, tahniah buat Italy dan Spain.
takpe2, jgn bersedih.. huhu.. SPAIN lawan portugal pulak ..
muazfaris recently posted..Sekali Gunting Rambut Harga RM10
Spain akan mara harapnya. Hehehe