Misteri Bukit Gantang

Assalamualaikum dan Salam Aspirasi Salam Juara Buat Semua Saudaraku Sekalian

Izinkan saya berkongsi satu pengalaman yang bagi saya amat menarik dan pelik yang telah berlaku pada saya pada minggu ini. Ya cerita yang saya ingin kongsikan ini tidak sehebat novel ‘Ombak Rindu’, tidak semisteri cerita ‘Jangan Pandang Belakang’, dan jangan risau misterinya tidak perlu saudara saudari berfikir dengan stress.

 

18 Jun 2012
Isnin lalu saya menaiki Bas Ekspress Cosmic dari Hentian Duta ke Butterworth untuk berkursus di Bukit Mertajam, Penang. Sesampai di Butterworth saya merancang untuk mengambil teksi pula ke Bukit Mertajam.

Sepanjang perjalanan, saya sempat membaca beberapa blog berselang seli dengan facebook dan twitter. Dalam perjalanan talian U Mobile handphone saya tidak sebagus mana. Jadi, tidaklah lama saya menghabiskan masa dengan blog.

Saya ambil pula Harian Metro yang saya beli. Seperti biasa, ruangan sukan dituju dahulu kemudian bahagian Rencana dan ekonomi menjadi pilihan. Gosip saya tidak suka baca gosip, cukup sekadar belek sekali lalu saja.

Habis baca Harian Metro, saya belek pula buku WTF? yang saya bawa. Sempat satu bab saya habiskan, bab ke-2. Buku ini baru saja saya beli di Kedai Buku Pertama.  (Memang hobi saya akan membawa sekurangnya sebuah buku setiap kali berjalan….Baca atau tidak itu hal no dua, yang penting niat untuk membaca itu ada)

Sambil membaca kepala memikirkan plan apabila sampai ke Butterworth, apa yang akan saya lakukan? Sesekali terbayang bagaimana rupa Bukit Mertajam sekarang, adakah sama seperti 10 tahun lalu semasa saya belajar di Kulim.

Plan berfoya-foya tiada dalam kepala keran kelas sampai malam mengikut jadual.

Sampai di Ipoh, saya terima panggilan dari seorang kawan yang sama berkursus mengajak saya menaiki kereta bersamanya ke Bukit Mertajam. Beliau meminta saya untuk turun di Kawasan RnR Bukit Gantang, dan dia akan ambil saya disana. Lalu saya bersetuju.

Pabila bas berhenti rehat di RnR Bukit Gantang, turun bas dan menaiki kereta dengan kawan saya menuju ke Bukit Mertajam. Jutaan buat Tuan Fendi sahabat saya kerana menumpangkan saya dan menjadi teman sebilik saya sepanjang berkursus.

 

21 Jun 2012
Hari ini Khamis setelah tamat kursus saya terus mengambil bas dari Bukit Mertajam ke Butterworth. Dari Butterworth saya mengambil tiket Bas Ekspress Pancaran Matahari ke Kuala Lumpur. Tiket saya adalah pada jam 2.30petang.

Dalam bas, seperti biasa blog dan akhbar Berita Harian (free hotel berikan) menjadi teman dalam bas. Hilang juga bosan dalam perjalanan.

Sesampainya di RnR Bukit Gantang, bas berhenti untuk rehat seketika. Saya turun melegakan sikit urat yang tegang. Selesai solat saya pergi membeli air, ketika hendak membeli air saya bertemu dengan Tuan Shamsuddin Kadir iaitu trainer saya sepanjang kursus.

Saya menegur Tuan SK dan duduk berbual dengan Tuan SK. Tuan SK telah mempelawa saya untuk bersamanya ke Kuala Lumpur. Lalu saya bersetuju walaupun berasa amat segan tapi saya rebut peluang itu kerana bukan senang untuk bersama dengan orang hebat seperti beliau. Saya yakin dengan peluang ini banyak ilmu yang dapat saya timba dari beliau.

Memang benar perjalanan saya dari Bukit Gantang ke Kuala Lumpur bersama Tuan SK adalah amat berisi, banyak ilmu yang amat berharga dapat saya timba.

Jutaan terima kasih saya ucapkan pada Tuan SK kerana menumpangkan saya, mengajar saya dan membuka minda saya. Saya suka. Jasa Tuan Selamanya Saya Kenang.

Antara hasil tulisan Tuan Shamsuddin Kadir di pasaran

Tuan Shamsuddin Kadir

 

Tuan Shamsuddin Kadir
Buku yang mesti ada….
Buku yang akan aku dapatkan….

Hebat… Amat hebat… Saya merancang perjalanan menaiki bas ekspress, tapi Allah swt sudah menetukan perjalanan saya hanya sampai di Bukit Gantang menaiki bas. Selebihnya perjalanan saya adalah bersama dua insan hebat yang berbeza.

Saudara saudari ku sekalian bagaimana? Pernah alami situasi seperti ini, jom kita kongsi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Memetik dari Laporan Akhbar Harian Metro (5 Jun 2012) yang bertajuk 'Golongan Muda Paling Ramai
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 38 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Misteri Bukit Gantang”

    1. Memang best. Buku kedua belum saya beli lagi. Buku pertama telah habis baca. Memang buat saya sedar akan kepentingan pengurusan kewangan yang teliti.

  1. Err,bc tajuk,misteri bkt gantang. Tp dr apa yg chii bc adalah kisah perjalanan. Ke chii yg terlepas pandang eh. Hehe

    seronok kan dpt peluang berkongsi ilmu dgn org yg hebat. Ilmu yg d perolehi mmg amat berharga

    1. Ya, hanya kisah perjalanan. Tiada hantu atau thriller dalam cerita tu.

      Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah swt.

      Perjalanan saya pergi dan balik hanya sampai ke Bukit Gantang menaiki Bas Ekspress. Selepas itu perjalanan saya adalah menumpang dua insan hebat yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.