Assalamualaikum dan Salam Juara buat Saudaraku Sekalian…
Izinkan saya untuk berkongsi satu cerita bersama dengan Tuan-Tuan dan Cik Puan-Cik Puan.
Ceritanya bermula begini….
Di dalam hutan sana, telah diumumkan bahawa akan diadakan satu pertandigan iaitu pertandingan lumba dan melompat sepanjang 10km melalui pokok-pokok balak pada ketinggian 100m dari aras tanah. Pertandingan ini diadakan oleh Raja Tupai bagi mencari pewaris kerajaan nya dan juga menantu baginda. Raja Tupai mempunyai seekor anak yang cukup sexy dan cantik ala-ala JLo.

Pertandingan Tupai
Seluruh alam telah diwar-warkan. Banyak yang turut serta. Ada dari Malaysia dan juga negara luar seperti Afrika, Brazil, Germany, Portugal dan lain-lain lagi. Beratus ekor tupai telah mengambil bahagian. Dan lagi ramai yang menjadi penonton dengan muka pucat lesi kerana ini pertama kali diadakan pertandingan seumpama ini pada ketinggian 100m dari tanah. (Sungguh hebat pertandingan ini tapi hebat lagi pertandingan SEO Eyriqazz vs Denaihati )
“Beta bangga dengan keberanian tuan-tuan sekalian. Ingat pemenang akan menjadi menantu dan pewaris kerajaan beta.” Raja Tupai memulakan ucapan aluannya dengan penuh semangat.
“Semua bersedia, ke garisan dan MULA!!!!” Jerit Raja Tupai memulakan perlumbaan.
Bersungguh-sungguh para peserta berlari dan melompat dari dahan ke dahan. Ada juga yang jatuh dan mati. Ya, jatuh pada ketinggian yang amat tinggi.
Melihat keadaan tupai yang mati dalam keadaan ngeri. Ramai penyokong mula menjerit.
“Jangan teruskan. Kamu akan mati. Hadiahnya tidak seberapapun, nyawa kamu lagi penting!!”. Jeritan mematah semangat mula kedengaran.
Mendengar jeritan itu, makin ramai tupai yang hilang kosentrasi dan mula jatuh seekor demi seekor.
“Bodoh!!! Bergadai nyawa sedangkan kamu tahu kamu tidak akan berjaya”. Jerit seekor penonton lain lagi.
Mendengar jeritan itu makin ramai yang jatuh. Hanya tinggal 20 ekor saja lagi yang meneruskan saingan.
“Kamu berusaha pun, Puteri yang cantik belum tentu mahukan kamu!!!” Jerit penonton lagi.
Makin ramai yang jatuh dan gagal meneruskan saingan itu. Hanya kelihatan seekor saja tupai yang meneruskan saingannya. Bagaikan tidak peduli apa yang diperkatakan oleh penonton.
Berulang-ulang kata negetif dilontarkan kepada peserta. Moral peserta kelihatan mula terjejas. Ramai yang mula goyang dan tertewas dek kata-kata negetif.
Tupai itu makin menghampiri garisan penamat. Dan telah berjaya menamatkan saingan itu dengan jayanya. Maka, tupai itu semakin popular dan akan menjadi pewaris Raja Tupai.
“Tuan, boleh saya tanya, bagaimana tuan dapat menghabiskan perlumbaan ini?? Sedangkan semua yang lain telah gagal??” Seekor wartawan tupai bertanyakan tupai yang menang. Tupai yang menang bagai tidak dengar dan tidak mempedulikannya.
“Tuan….” Panggil wartawan tupai itu, mahukan jawapan pada soalannya.
Tetiba cuit seekor tupai lain dari belakang, mencuit tupai wartawan.
“Usah tanya dia, dia tidak akan jawab sebab dia tidak dengar. Dia pekak.” Terang tupai tadi pada tupai wartawan.
Melihat pada cerita diatas tupai itu menang kerana dia pekak. Manakala, tupai yang lain telah gagal kerana telah terpengaruh dek kata-kata negetif para penonton. Tengoklah kesan kata negetif pada tupai. Dan cuba andaikan kita adalah tupai tersebut, adakah kita akan merasai kesan kata negetif? Adakah kita?
Sama juga dalam hidup kita, pekakkan telinga apabila mendengar kata negetif, anggapkan itu cabaran untuk kita lebih berjaya. Ambil semua benda dari sudut yang positif.
Dan elakkan melontarkan kata-kata negetif pada orang lain. Bersama kita membantu memajukan diri dan masyarakat.
Sekian.
boleh jadi panduan kisah tupai ne
beckhr00y recently posted..Keputusan England VS Italy Euro 2012
Ya, ada pengajaran yang boleh kita ambil.
ko reka ke cerita nih? hehe..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
Bukan, saya reka. Cuma ubahsuai sikit dari cerita asalnya.
bagus ceritera ni tp yg aku heran macam mana tupai dari Brazil, Germany, Portugal faham bahasa melayu yang dilaungkan penyokong..educated betul tupai zaman siber ni.
tak larat, malas, tak pandai, segan dll…
semua kata-kata negetif ni kalau selalu ulang akan lekat dalam minda & terjadilah sebagaimana diungkap.
Nazri recently posted..Hilang Kaki Akibat Diabetes
Tupai tu becakap guna bahasa tupai. Kan saya tulis dalam bahasa tupai, Tuan Nazri tak faham, saya lagi la tak faham. Hehehe… Just Kidding.
Betul tu tuan. Kata-kata yang positif akan meransang minda kita.
Assalam..
Yang baik jadikan tauladan untuk kejayaan masa depan..
iza recently posted..Sensitif
Betul tu, Cik Puan Iza. Sama kita kita ambil ingatan.
panjang betul kisah pertandingan tupai ni.
comel je gambar tupai atas tu.
ietams recently posted..si Pemalu di Party Astro On The Go..
Berkongsi cerita yang baik saja. Hehehe
Hahaha… Jangan pekakkan betul2 tau… Pekakkan dari perkara negetif sudah~

Izzuddin Fauzi recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Blogger Hebat Dilaga-Lagakan
Btol tu. Pekakkan telinga dari menda negetif. Ambil yang negetif itu jadikan perangsang untuk terus maju
Ada pengajaran di sebalik kisah tupai nih. Klu x salah mak, mak pernah dgr version katak..:)
Kisah yg sama..watak je yg berbeza
mak lagenda recently posted..MY WISHES AND WISHLIST
Versi asal yang saya dengar adalah cicak tapi saya ubah kepada tupai mengikut keselesaan dan cara saya. hehehe
tupai ada bau kaki ? haha ..
spudin recently posted..Opss Bau Kaki Saya Masam – Tips Kaww Hilangkan Bau Kaki!!
Tak tau la tuan. Tak pernah cium. Hahaha
lebih kurang cerita yg pernah chii kongsikan bersama..cuma chii versi katak
pengajaran yg menarik..kalau kita nak berjaya..harus pekakkan telinga dengn kat
chii recently posted..Peminat Misteri
ya banyak versi kot chii…yang penting maksud dan pengajarannya…
jln cerita sama dgn apa yg pernah chii kongsikan..cuma chii versi katak
pengajaran yg boleh diambil..jgn mendngr kata2 negatif yg boleh mematahkan semangat kita utk berjaya..
chii recently posted..Peminat Misteri