Review Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku,

 

Perihal Buku
Tajuk : Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Penulis : Shamsuddin Kadir
Terbitan : PTS
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-369-010-7

 

 

Ulasan :
Buku ini menyentuh perihal kehidupan kita yang tidak boleh dipisahkan dari hutang. Berhutang boleh menjadi racun dan penawar.

Buku ini memberi panduan kasar kepada kita agar untuk lebih bijak menguruskan wang. Saban hari, kekeliruan antara keperluan dan kehendak menyebabkan ramai yang terjerumus dalam perangkap maut ‘Hutang’. Sama ada kita sedar atau tak.

Terikut dengan trend dan mengejar kepuasan tanpa penghujung menyebabkan kita terjebak dalam hutang.

Jangan dilupakan kenyataan akhbar baru-baru ini bahawa Golongan Belia Paling Ramai Muflis. Jadi buku ini penting bagi orang seperti saya yang kurang bijak menguruskan kewangan. Dapat membantu kita lebih clik dan bijak dalam menguruskan kewangan.

Peringatan: Buku ini tidak akan membuatkan kita jadi jutawan. Tidak akan menekankan cara mana untuk cepat kaya. Tapi buku ini menekankan cara yang lebih efisien dalam merancang perbelanjaan kita agar kita lebih bahagia dan lebih kaya.

Dengan contoh yang ringkas dan padat mungkin dapat membantu kita lebih jelas tentang pengurusan wang. Banyak juga situasi kehidupan seharian digunakan bagi memudahkan kita menggambarkan keadaan semasa.

Buku ini juga membetulkan kaedah salah yang banyak diamalkan oleh pemimjam (staf kerajaan terutamanaya… Pinjaman Peribadi) iaitu ‘Gali Lubang Untuk Tutup Lubang’. Dimana berhutang demi membayar hutang. Ramai yang memikirkan ini betul walhal ianya hanya menambah hutang yang sedia ada. Ini di ibaratkan ‘Keluar Mulut Buaya Masuk Mulut Harimau’.

Tanpa sedar kadangkala kita berbelanja lebih dari pendapatan. Macamana, gaji adalah RM 2000. Dengan kad kredit, kita boleh berbelanja sehingga RM 4000. Jadi perbelanjaan kita akan lebih dari gaji sekiranya tidak dikawal.

Dapatkan buku ini, sekiranya Tuan-Tuan dan Cik Puan-Cik Puan merasakan diri memerlukan panduan dan ilmu untuk lebih bijak menguruskan wang. Kalau dah cukup ilmu mungkin ini bukan bukunya.

 

 

Biar kita jadi tuan wang bukannya hamba wang.

 

 

PS: Buku pertama yang saya beli dapat autograf dari penulis. History of my life
Sekian Terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Gambar di atas antara kes yang saya jumpa
Ni la bab yang paling tak best dalam kerja 'maintanance' pagi-pagi lagi sudah main air
Nampak tak naga tu? Garang tak? Nampak tak logo Espirit tu? Stapler tu bukan hadiah,
Assalamualaikum dan salam inspirasi... Ada sesiapa yang berminat untuk Lihat Persembahan Kumpulan Rabbani di Sekolah
(Visited 21 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

23 thoughts on “Review Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang”

    1. Boleh dapatkan. Dan ada satu lagi buku kewang terbaru keluaran beliau ditujukan pada yang belum berkahwin. Saya lupa akan tajuknya. Nanti saya akan dapatkan dan buat sedikit review. Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge