Saya Mahu Kurus : Seminar Jom Kurus

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian…

Berat badan atau badan berat?? Mana satu, saya pun tak tahu. Dulunya BMI saya adalah sihat. Dulu tu bia… Ok la, sebelum saya berkahwin. Ketika zaman bujang.

Zaman bujang kerja yang agak sibuk dan selalu saja ada kerja ad-hoc. Tak kurang juga masalah-masalah yang tiba-tiba datang melanda dan perlu diselesaikan segera. Jadi jadual makan agak tak teratur. Lagipun, hari-hari makan kedai, mana lalu yob… Tak gitu. 

Asyik makan Nasi Goreng Kampung di warung sebelah UMT saja belah malam. Bertukar-tukar warung juga lah. Tiadalah di warung yang sama saja. Nak masak malas, semuanya membujang jadi makan saja di kedai sampai mencuci mata dengan skodeng awek-awek UMT gitu.

Belah petang je tidak boleh tidak pergi menyantap di ICT (Ikan Celu Tepung) di Teluk Ketapang sesekali adalah beralih angin makan belah UMT. Melantak dan mentekedarah memang kerja kami. Makan memang tak teratur. Tapi badan tak naik juga. Maintain.

Lepas saja kahwin, usah di tanya, badan naik bak mentadak laut (binatang apa saya pun tak tahu). Bagai di pam-pam. Rasanya ramai juga kawan-kawan saya yang nai badan selepas kahwin. Termasuklah saya. Dan sekarang ni status BMI saya adalah ‘Overweight’.

Saya inginkan berat badan yang dulu. Walaupun wife saya kata saya lebih hensem begini. (Saya tak cakap ok). Saya lebih selesa dengan badan saya yang dulu yang lebih slim melim gitu.

Itulah sebabnya kenapa saya ingin kurus. Ingin kembali ke berat badan normal.

Dan untuk mendapatkan inspirasi dan langkah, kaedah serta cara terbaik untuk kurus, saya ingin sertai Kursus Jom Kurus oleh Kevin Zahri.

Anda juga mahu sertai kursus ini, jom sertai kursus percuma ini.

Jom Kurus

 

 

  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
  • Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.

Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kursus Jom Kurus dianjurkan oleh  Prince Court Medical Centre, KevinZahri dan PuanBee.
 
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua... The only Glamorous MrJocko dengan bermurah hati ingin menawarkan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Sememangnya saya ada menyimpan impian semasa saya bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Konvesyen Usahawan Muslim 2013
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

19 thoughts on “Saya Mahu Kurus : Seminar Jom Kurus”

    1. Betul tu PuanBee. Insyallah saya akan cuba menghadirkan diri. Harap tiada halangan.

      Leh jumpa blogger GANAZ cam PuanBee. Tak gitu.

    1. Tak. Saya orang Kelantan. Cuma pernah terlibat dengan satu projek kat KT. Dekat setahun juga duduk dekat Tok Jembal tu. Hehehe…

      Dari 28 tahun hidup, 3 tahun saya di KT. 1 tahun berkerja dan 2 tahun belajar. Banyak kenangan di KT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge