Tindakan Tanpa Sedar

Assalamualaikum dan Salam Juara Buat Semua Saudaraku Semua

Teman, pernahkah kalian bertindak tanpa sedar? Jujur saya katakan, saya pernah beberapa kali berniat dan cuba bertindak tanpa sedar. Tindakannya adalah suatu yang nekad.

Apabila amarah menguasai diri, kita akan bertindak tanpa sedar. Bentindak luar kawalan. Bentindak diluar batas norma seorang manusia.

Sama juga apabila kita terlalu bersedih, terlalu kecewa. Bayangan tindakan nekad yang bodoh, ngeri dan sadis akan bermain difikiran kita. Kekecewaan yang terlampau menyebabkan akal akan dikuasai oleh hati yang sedih.

Kenapa begitu jadinya? Kerana apabila terjadinya suatu musibah kita mula menyalahkan diri sendiri serta menyalahkan takdir. Kekadang lebih parah apabila kita mula menyalahkan pencipta kita, Allah swt.

Menyalahkan Allah swt kerana tidak membantu kita. Kita fikir Allah swt melupakan kita. Walhal, kita sebenarnya yang sering melupakan Allah swt.

Apabila amarah dan sedih menguasai diri, Syaitan yang tidak pernah lupa akan janjinya pada Allah swt untuk memusnahkan anak cucu Nabi Adam as, akan memainkan peranan utamanya. Menghasut kita supaya melakukan tindakan nekad.

Sebaiknya, apabila marah atau sedih, ambillah wudhuk, solat sunat dua rakaat dan bacalah Al-Quran. Berdampinglah dengan Allah swt. Insyallah kita akan tenang.

Saya sendiri hanya mampu Istigfar apabila tersedar. Semua terjadi adalah silap saya sendiri. Maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya.

Bersamalah kita menjadi insan yang lebih hebat dari semalam.

Ps : Jangan sertai kontest SEO ‘Eyriqazz vs Denaihati’ .
(Kajian telah membuktikan bahawa Manusia lebih suka membuat sesuatu yang dilarang)

Posted with WordPress for BlackBerry.

28 May - Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

14 thoughts on “Tindakan Tanpa Sedar”

  1. Tndakan tanpa sdar atau d luar kawalan. Kadang2 bila da x mampu berfikir secara waras,ini yg akn terjadi.

    Eh eh,jgn sertai contest tu ya. Ni yg terasa mcm nk wt entri ni .hehe

    1. Itu lah, kalau mudarat diri sendiri ok lagi tapi lagi parah sampai kes bunuh orang lain.

      Ya Cik Puan Chii, jangan sertai contest itu. Hehehe….

      Manusia suka buat apa yang dilarang. Jiwa manusia adalah memberontak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge