Monthly Archives: July 2012

Pentingnya Populariti

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku…

Popular? Ramai yang mahu popular. Mahu menjadi seorang popular pasti cita-cita ramai orang. Apa pentingnya populariti?

Saudaraku sekalian bagaimana? Mahu jadi popular ke? Saya tak mahu popular. Begini sudah cukup.

Memang ramai yang mendapat durian runtuh hasil populariti. Sebagai contoh ramai blogger yang mendapat pendapatan yang tinggi dari blog dek kerana populariti seperti penmerah, benashaari, eyriqazz, redmummy dan ramai lagi.

popular,

Lebih menyerlah dari biasa

Ya lah, mana tahu kot rezeki saudaraku sekalian seperti blogger cantik Hanis Zulaikha yang telah berjaya menjadi pelakon. Ya tak?

Memang populariti penting dalam dunia sekarang tidak dapat dinafikan. Populariti memainkan peranan dalam pengaruh seseorang.

Kekadang bila sudah popular ada juga yang mula menggunakan populariti yang mereka ada dijalan yang salah. Sampaikan ada yang menganggap kita semua perlu hormat kepada mereka kerana mereka lebih popular.

Saya sendiri menjadi mangsa dalam keadaan seperti ini, yang mana saya perlu melayan aduan yang bukan-bukan dari penyewa yang berstatus ‘Dato dan Datin’. Bila bercakap dengan kita insan biasa bagai langsung tiada rasa hormat? Cara minta bantuan bagaikan satu arahan? Pening mahu melayan permintaan yang bukan-bukan dari mereka. Dan paling memanaskan hati bila terselit kata-kata penghinaan dan cacian di situ.

Sebenarnya saya hanya yang menurut perintah. Saya tiada kuasa membuat keputusan. Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.

Tidak kurang juga yang menjaja populariti mereka untuk mendapatkan projek. Sampai kekadang sanggup mencantas rezeki orang lain. Menabur pasir dalam periuk nasi orang. Keji bukan?

Itulah yang terjadi bila populariti tidak digunakan pada jalan yang betul.

Jika popular adalah wawasan saudara semua, teruskanlah. Terus mengejar wawasan hidup saudara itu. Sekiranya sudah popular, jadilah insan popular yang berjasa yang dikenang disebut seluruh ceruk dunia kerana kebaikannya. Jadilah hebat seperti Ustaz Don atau Ustaz Azhar Idrus yang popular kerana  pendekatan yang digunakan untuk mendidik seluruh umat Islam di Malaysia.

Tapi, jangan kesal kalau tidak popular, dan jangan terdesak untuk popular sampai gadai maruah diri. Tidak popular tidak apa, biarlah orang lain kenal kita kerana kebaikan kita.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Jangan Jadikan Bazaar Ramadhan Medan Eksperimen

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku….

Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan ibadah puasa. Sudah seminggu jugalah Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Lagi 3 minggu Ramadhan yang tinggal.

Bila bulan Ramadhan tiba, pasti akan tumbuhnya bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Ramai yang cukup teruja untuk berniaga di bazar Ramadhan ni. Apa taknya berniaga cendol pun boleh dapat RM 120,000. Banyak tu?

Bazar Ramadhan

Ada yang balik dari pejabat sambung berniaga di Bazar Ramadhan. Ada juga yang sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan Ramadhan untuk berniaga. Tidak dinafikan pendapatan perniagaan memang mengagumkan. Dalam Islam pun ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.

Sesiapa yang pernah berniaga atau ada pengalaman berniaga pasti rasa cukup hebat dan teruja. Saya sendiri pernah menolong ma abah dan saudara saya berniga di tapak pasar malam dan expo. Memang satu pengalaman yang hebat.

Berbalik kepada cerita bazar Ramdhan, setiap kali bazar Ramadhan saya lihat pasti ada muka-muka baru yang berniaga. Yang cuba bereksperimen.

Bagi yang berniaga juadah berbuka, janganlah berniaga syok sendiri. Masakan yang disediakan biarlah kena rasanya. Jangan berniaga untuk mengaut keuntungan saja kelak nanti sendiri juga yang rugi.

Masaklah masakan yang hendak diniagakan dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas. Barulah masakkan itu lebih mengancam.

Pernah saya membeli satu bungkus nasi Tomato semasa bujang dulu. Nampak macam okey je masakannya. Tapi bila makan memang hampa, memang membantutkan selera.

Candangan saya yang tidak pernah berniaga masakan atau kuih ini kepada yang nak berniaga, sebelum memasarkan masakan anda buat lah seperti di bawah:

  1. Masak dan makan sendiri dahulu, sedap tak?
  2. Kalau anda rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada keluarga, sedap tak?
  3. Kalau keluarga rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada sahabat, sedap tak?
  4. Kalau sahabar rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada tetangga, sedap tak?
  5. Kalau tetangga rasa sedap, masaklah dan pasarkan, insyallah akan dapat sambutan.
Kalau tak sedap, ulang masak sampai sedap dulu. Masakan yang sedap orang suka.

Rugi buat seperti yang saya cadangkan? Ingat dalam Islam menggalakkan kita untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.

Teknik yang saya cadangkan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan produk yang ingin dipasarkan. Bila orang dah kenal masakan kita kerana keenakkannya, pasti akan ada yang membeli, dan pasti ada yang ulang beli.

Lakukan eksperimen dulu sebelum berniaga, jangan buat eksperimen semasa berniaga.

Kepada yang berniaga, saya ucapkan selamat berniaga dan selamat berjaya.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Cik Tomato Memberi Saya Gembira Menerima

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku

Sempena tahun ke dua nya, Cik Tomato (CikTom…. Bukan Cik Tom Tom Bak ataupun Cik OngBak ok) ingin memberikan hadiah. Hadiah free? Jadi anda tak mahu kah? Saya mahu. Nak tunggu menang untuk contest Seo Eyriqazz vs Denaihati belum tentu lagi. Persaingan tengah sengit sangat jadi tak salah saya mencuba nasib dalam Giveaway Kedua Dari Cik Tom.

Giveaway CikTom

Tapi dalam peraduan mana pun semua ada syaratnya walaupun pertandingan mewarna buaya darat pun ada syaratnya, begitu juga untuk GiveAway Kedua Dari CikTom ini.

1.  Syarat yang Pertama? Ya, Syarat yang pertama adalah bagaimana saya kenal blog CikTom.

Panjang ceritanya, sukar untuk saya meluahkan semua ini setelah sekian lama saya memendam. Mahu diluahkan atau dibiarkan menjadi satu rahsia hati semata-mata? Mahu tak mahu saya tetap kena story juga sebab syarat kena cerita.

Ceritanya bermula begini, sebelum wujud blog ini saya ada beberapa kali terserempak dengan blog CikTom semasa saya bersama bini lama (blog lama). Dan masa tu, dek kerana malu…malu…tapi mahu (bak kata Ramlah Ram). Saya hanya mengintai dari tirai kamar sahaja. Melihat dari kejauhan dan menjadi pembaca sepi saja.

Dan bila saya sudah berbini baru (blog baru), bini inilah (daddydee.net), bini baru yang lain belum sempat lagi saya masuk meminang lagi, sibuk melayan yang ini. Nanti dah meminang yang baru akan saya war-warkan juga. Barulah saya ada sedikit kerberanian nak beri salam kat Blog Cik Tomato ini. Ya lah, dulu takut tegur takut kena baling dengan Tomato.

Aku bukan abang toiyib yang berkelana tidak pulang-pulang. Ternyata saya pulang lagi ke blog CikTom apabila bersama bini baru. Beri salam, ternyata saya tidak dibaling dengan Tomato. Saya dihidang dengan Tomato.

Cerita berjumpa rumah CikTom ini pun, ketika saya bersiar-siar jalan berpimpin tangan dengan bini baru (blog saya). Dari rumah (blog) ke rumah (blog), lompat punya lompat ternampak pula blog CikTom. Termasuk lah kedalam rumah CikTom. Dan kalau tak silap saya melompat dari rumah Titan (earncent.com) ke rumah CikTom.

Jadi cerita pendeknya saya tersinggah ke blog CikTom ketika saya blogwalking. Situlah mulanya saya menyinggah ke blog CikTom, sekali singgah terus sangkut. 

2. Syarat yang ke-2? Artikel terbaik blog ni??

Saya rasa entri ini adalah yang terbaik iaitu ‘ASB Loan : Cara Saya’ kerana entri ini adalah entri paling jujur yang saya tulis. Entri ini ditulis hasil dari kajian dan pengalaman saya sendiri. Bukan mengikutkan kata orang lain atau pun entri orang lain. Tiada sebab lain entri ini ditulis melainkan agar dapat membantu pembaca blog saya dan kongsikan pengalaman saya sendiri. Saya pun bukan lah seorang perancang kewangan. Saya masih juga belajar dan terus belajar.

3. Syarat yang ke-3? Perlu ada penutupnya.

Buah mempelam buah mangga,

Makan strawberi bersama laksa,

Kalaulah menang amatlah bangga,

CikTom memberi kita lah merasa.

Jom kita pakat join. Moh…Moh….

Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtaiPapa MifzAmnaKak MahhDania EryatiOnlajer,NazriHatiputeraEielaRina AvailAkhiyyHafizulPuanbee dan KeretaHitam.

Kejamnya Manusia : 248 Janin Dibuang Di Temui Di Russia

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.

Dalam entri sebelum ini, Kejamnya Manusia, saya ada berkongsikan tentang kes penderaan kanak-kanak di Malaysia dimana ‘Teman lelaki si ibu telah mendera seorang kanak-kanak sehingga pecah ususnya’.

Ini satu lagi entri berkenaan kejamnya manusia. Saya sempat melihat berita tentang ‘Penemuan 248 Janin Dibuang Di Nevyansk, Russia’ dalam Buletin 130 tengahari semalam. Hari ini saya cari dalam internet dan ini yang saya temui dan saya kongsikan untuk pengajaran kita bersama.

janin ditemui di Rusia

Janin yang di buang.

A fishing trip in Russia’s Urals ended with cries of horror as a man found canisters filled with human fetuses, some already shaped to baby bodies.

Lids on the bright blue containers apparently unlocked as the canisters hit the ground, and many fetuses spilled out. The little bodies, no longer than 15 centimeters, shrank, turning into mummies.

A friend of mine called at night and said he went fishing and wanted to get some wood for his fire. He found some abandoned water canisters and wanted to take them for his house. And when he came up, he saw… little baby bodies,” a local told Russia’s Channel 4.

Arriving Monday morning, police found 248 fetuses aged 12-16 weeks in and around the four canisters. Labels attached to tiny hands and legs listed family names of assumed mothers and some digit codes, which may refer to the pregnancy period, date of abortion or the hospital where the body originated from.

248 janin dibuang. 248 fetus had been dumped

Fetus had dumped

The 50-liter canisters filled with formalin seem to have been thrown out of a vehicle not far from a road leading to Nevyansk, a town on the slopes of the Ural Mountains.

Nevyansk authorities immediately said the canisters could not have originated in their town.

Our area is too small; we can’t have so many stillborns, miscarriages or artificial abortions,” they said.

Later it was revealed that the horrifying content was “biological waste” from at least three hospitals in Ekaterinburg, the region’s major city.

It appears a waste disposal company has failed to carry out its duties properly,” remark local authorities as the investigation continues. The Ministry of Health has been requested to determine which companies provide biological waste disposal services to Ekaterinburg hospitals.

Fetus had dumped.

In Russia, embryos and fetuses are subject to immediate disposal as they are classified high hazard waste. Prior to disposal, they are to be kept in special packages, not in canisters with formalin. It is also out of practice to attach labels with any information, at least in Ekaterinburg hospitals.

But the bodies found near the Urals not only fall out of this description – the labels show they may have been stored for over ten years.

Some medical experts believe the fetuses might have been meant for studies or other purposes, as they contain stem cells. The cells are widely used for immune illnesses treatment and in cosmetic procedures.

Prosecutors are talking tentatively of criminal charges, but most probably the guilty party will bear an administrative punishment.

(Sumber :  rt.com)

Mungkin ini kes keguguran dan bukannya pengguguran haram. Tapi cara pelupusan yang tidak terurus ini sememangnya tidak patut. Janin-janin ini ada maruah nya, uruskan lah dengan sempurna.

Semoga ini semua dapat menjadi pengajaran buat kita semua.

PS: Tersentuh hati saya sebagai seorang ayah apabila melihat ini terjadi. Kejam…Terlalu kejam semua ini bagi saya walaupun saya mendokong kata-kata ‘Biar Kejam Jangan Keji.

Kejamnya Manusia : Harimau Pun Tak Sekejam Manusia

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat saudaraku…

Pagi ini, belek-belek HMetro jumpa tajuk ini..DERA HINGGA PECAH USUS antara petikannya adalah:

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.
Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.
(Sumber : HMetro)
Dulu saya pernah kongsikan statistik penderaan kanak-kanak yang sememanya tengah meruncing di negara kita. Sekali lagi saya tampalkan disini statistik tersebut :
statistik penderaan kanak-kanak di malaysia

Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia

Kenapa kejam sangat manusia hari ini? Tiadakah perasaan perikemanusian dalam diri mereka walaupun secebis? Mengapakah sanggup mereka mengorbankan dan mencederakan insan kecil yang masih tidak mengerti? Salah apakah mereka?

Sedangkan Harimau pun sanggup melawan sang Buaya untuk mempertahankan nyawa anaknya.

harimau

Keluarga harimau

Harimau vs Buaya

Harimau vs Buaya

Terkaman Harimau

Harimau terkam Buaya

harimau vs buaya

Serangan Sang Harimau

Serangan harimau

Selamat keluarga harimau

Inikan pula kita manusia yang dikurniakan akal fikiran. Dan merupakan sebaik-baik ciptaan Allah swt. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah di bumi Allah bukan untuk membuat kehancuran.

Tidakkah kita mampu berfikir sejenak sebelum melakukan satu-satu tindakan? Kita semua ada akal fikiran.

Semoga kes sebegini tidak lagi berulang. Pukul untuk mengajar tidak mengapa tapi janganlah sampai memudaratkan. Dalam Islam pun menyarankan merotan anak yang berusia 7 tahun yang masih enggan solat. 

Kasihilah anak-anak kita sebagaimana kita dikasihi oleh ibu bapa dan masyarakat semasa kita kecil. Kalau kita tidak dikasihi tidak mungkin kita akan membesar sampai ke usia sekarang. Tidak gitu ke?

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Tetapkan Visi Kita

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian…

Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan. Angan-angan akan melahirkan satu idea yang kreatif. Tapi sekiranya idea yang kreatif tidak dimanupulasi dengan visi dan misi yang tepat ianya akan menjadi sia-sia. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi cara saya, iaitu tetapkan visi kita.Tetapkan visi kita secara harian itu lebih baik.

Jalan jaya, kejayaan, kehebatan

We makes our own path of glory.

Dalam hidup kita, kita selalu mendengar istilah VISI dan MISI dalam piagam pelanggan mana-mana orginisasi swasta mahupun kerajaan. Mengapakah perlu ada semua ini? Salah satu tujuannya adalah untuk memotivasikan pekerja dan menyakinkan pelanggan.

Maksud VISI dan MISI

  • Visi - tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan
  • Misi -  tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan

Dalam kehidupan seharian kita pun perlu ada matlamat sebenarnya. Apakah visi kita? Apakah visi kita untuk jangka panjang mahupun jangka pendek?

Sebagai insan yang berwawasan kita pun mesti ada visi kita yang tersendiri. Sebagai contoh :

Contoh 1 : Blogger 

Visi : Ingin Memperolehi Unique Visitor 10,000 per hari dan Mencapai Alexa Rank > 10

Misi :

  1. Membuat entri yang menarik secara konsisten
  2. Pingkan entry ke ping website 
  3. Mengadakan kontest menarik untuk menambahkan jumlah backlick

Contoh 2 : Suri Rumah Tangga 

Visi : Membuatkan Suami Bertambah Sayang

Misi :

  1. Memasak makanan kegemaran suami
  2. Menjaga tutur kata ketika bertutur
  3. Sentiasa membuatkan suami tersenyum
  4. Menghormati suami serta menerima seadanya
  5. Menyayangi suami seikhlas hati

Contoh 3 : Site Supervisor

Visi : Memastikan Project Sentiasa Maju 10% dari Perancangan

Misi :

  1. Memastikan pekerja bekerja dengan efisien
  2. Penggunaan masa yang terancang, teratur dan mengikut perancangan
  3. Setiap pekerja mesti tahu visi mereka pada hari itu
  4. Meningkatkan produktiviti kerja
  5. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca
Pilhan kita, pilih mana satu

Failure or Success, you decide??

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian sebolehnya kita mestilah mempunyai VISI HARIAN. Tidak kira samaada kita berkerja ataupun belajar, tetapkan visi harian kita setiap awal pagi ataupun sebelum tidur. Tetapkan apakah yang ingin kita capai pada penghujung hari keesokan harinya.
Dengan penetapan visi harian ini, hari kita tidak akan terasa kosong. Dan kehidupan kita akan teras lebih terisi dan terancang. Setiap detik yang kita lalui pasti kita akan rasa lebih berharga.
Entri ini bukan menegur orang lain, tapi diri saya sendiri juga. Dahulu, saya sering datang kerja dengan kepala yang kosong tanpa matlamat. Saya akan ‘follow the flow’. Pergi kerja dan balik kerja. Saya tidak tahu apa yang saya capai pada hari tersebut. Tiada ertinya. Waktu 8 hingga 5 saya bagaikan tiada pengisiannya. 
Tapi kini, saya mula merangka apakah yang ingin saya capai pada jam 5 petang nanti seawal pagi. Dan Alhamdulillah, masa saya lebih terisi dan tiada waktu-waktu lompong. Pengisian yang baik dapat memberikan saya satu kepuasan selepas menghabiskan 8jam di pejabat. Saya juga merasakan diri saya lebih berguna dan mampu memberi manafaat pada orang lain.
The path of glory is yours. Ayuh tetapkan visi kita, biar hidup lebih berisi.

Perkongsian ini hanyalah penceritaan pengalaman saya. Tidak lebih dari itu. Tiada langsung niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Moga-moga perkongsian kali ini memberi manafaat pada kepada semua.

Sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...