Daily Archives: July 6, 2012

Antara Ilmu atau Harta

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Antara Ilmu atau Harta ?? Mana akan saudaraku sekalian akan pilih. Pasti akan ramai memilih harta, dan akan ada juga yang memilih ilmu. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lagi penting antara ilmu atau harta. Masing-masing ada hak.

Mari kita lihat satu kisah bagaimana Saidina Ali ra, menjawab apabila diajukan satu soalan iaitu Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

ilmu atau harta, ilmu, saidina ali, teladan

Ilmu atau Harta

Rasulullah saw pernah bersabda: “ Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”

Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali ra, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali ra, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Soalan Kesepuluh Ulama’  itu adalah sama iaitu:

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Jawapan pertama Saidina Ali ra

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi,sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.”

Jawapan kedua

“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu,sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”

Jawapan ketiga

” Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh,sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyia banyak sahabat.”

Jawapan keempat

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarka akan semakin bertambah.”

 Jawapan kelima

” Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yangbanyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.”

 Jawapan keenam

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.”

Jawapan ketujuh

“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab   ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang,sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.”

 Jawapan kelapan

” Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.”

Jawapan kesembilan

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut,sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.”

 Jawapan kesepuluh

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh allah Taala,sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).”

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali(Imam Ali) yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama.

Lihatlah betapa hebatnya ilmu Saidina Ali ra, walaupun diajukan dengan soalan yang sama tapi jawapan yang berbeza diberikan tapi memberi maksud yang sama. Renung-renungkan mana lagi penting ilmu atau harta. Fikirkanlah.

Iklan jap : Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati… Jom ramai-ramai sertainya.

 

Kalau kita sekarang mampu juga memberi jawapan berbeza bagi soalan yang sama tapi membawa maksud juga berbeza. Malah amat ramai sekarang ini. Iaitu Penipu.

Bersamalah kita renungkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...