Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku
Tuan Denaihati telah bermurah hati untuk memberikan satu tiket untuk ke acara Nuffnang Blogopolis. Menarik bukan? Sesuai sangan ngan motto blog Denaihati.com iaitu Hidup untuk Memberi.
Dari entri-entri blog Tuan Denaihati banyak ilmu dan pengetahuan baru yang saya dapat. Memang banyak infomasi yang telah Tuan Denaihati kongsikan dalam blog beliau, denaihati.com. Memang salah satu blog yang hebat yang pernah saya baca dan follow selama saya berblog. Dan banyak juga yang telah Tuan Denaihati kongsikan dengan pembaca dan follower setia blog beliau seperti ilmu, duit dan pelbagai lagi. Dan kali ni sekali lagi suatu yang menarik Tuan Denaihati ingin dikongsikan.
Dapat tiket percuma ke Nuffnang Blogopolis dan meluangkan masa untuk bersama blogger hebat seperti Tuan Denaihati sememangnya suatu yang hebat dan rasanya semua blogger mahukan. Termasuklah diri saya sendiri. Kalau dapatlah, memang saya teramat sangat sudi menerimanya.
Apakah itu Nuffnang Blogopolis??
Nuffnang Blogopolis adalah satu acara perkongsian yang sangat menarik bagi semua blogger. Event ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 14 July 2012 (Saturday)
Masa : 8.00am – 7.00pm
Tempat : Ballroom, Concorde Hotel Kuala Lumpur
18 blogger ternama Malaysia dan Singapura akan berkongsi rahsia kejayaan mereka di Blogopolis. Antaranya Nara (beautifulnara.com), Kenny Sia (kennysia.com), Vivy Yusof (proudduck.com), James Yeang (friedbeef.com), Pramesh Cahndran (malaysiakini.com), Firdaus Haris (netccentric.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), KY (kyspeaks.com), Ernest Ng (dontlikethatbro.blogspot.com), Sue Anna Joe (bududanbelacan.blogspot.com) dan Xiaxue (xiaxue.blogspot.com).

Pelbagai tajuk yang pastinya akan menarik akan dikupas oleh Top-Top Blogger dari katagori masing-masing. Untuk maklumat lanjut leh klik sini.
Dan apa yang menarik lagi, bukan sekadar tiket untuk ke Nuffnang Blogopolis yang ditawarkan olen Tuan Denaihati untuk dimenangi. Tetapi masih ada lagi hadiah menarik yang ditawarkan oleh Tuan Denaihati iaitu:
- 1 tiket Nuffnang Blogopolis 2012.
- Menginap di Hotel Concorde, KL 3H2M.
- Buku bertajuk “Keajaiban Rezeki”
- T-Shirt Denaihati.
Menarik bukan? Tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai kita mencuba nasib. Cara-caranya adalah seperti berikut.
- Buat satu entri paling best bertajuk “Nuffnang Blogpolis 2012 bersama Denaihati”.
- Tinggalkan link entri di ruang komen dan email di contact.
- Penyertaan akan ditutup pada jam 11.59 pm, 11/7/2012.
- Cara pemilihan pemenang akan diumumkan esok.
Sekian, Terima Kasih.


