Daily Archives: July 15, 2012

Harga Rokok Dijangka Naik Lagi

Rokok...

Rokok…

Menurut penganalisis, berdasarkan anggaran kenaikan duti cukai itu harga sekotak mengandungi 20 batang rokok dijangka naik kira-kira 60 sen. TA Securities, dalam laporan analisisnya menjangka kerajaan akan mengumumkan kenaikan sebelum pembentangan bajet 2013 pada 28 September ini bagi mengelak peniaga menyorok rokok.

(Sumber : Berita Harian)

 

Harga rokok dijangka akan mengalami kenaikan harga sebanyak 60 sen bagi sekotak 20 batang rokok. Berita ini pasti akan merisaukan perokok tegar.

Tapi dari pengalaman lalu kawan-kawan saya (perokok tegar) yang merokok, kenaikan harga rokok akan memberi kesan sementara bagi mereka. Kesan sementara tersebut ialah :

  • Kurang mengisap rokok. Kurang jumlah batang. Bukan berhenti.
  • Beli rokok yang harga lebih murah.
  • Kurang membeli rokok. Lebihkan paw kawan punya rokok.
  • Kurang makan, sebab nak save duit untuk beli rokok.

Itu adalah antara kesan sementara yang biasa saya lihat kawan-kawan saya apabila harga rokok naik. Kenapa saya katakan kesan sementara adalah kerana kebanyakan mereka akan kembali kepada tabiat asal dalam masa 2-3 bulan. Ini kerana, perokok tegar memang sukar untuk mengubah tabiat merokok mereka. Tetapi akan berubah sekiranya terpaksa.

Sesetengah kawan saya ada yang sanggup tak makan asalkan dapat rokok. Ini kes kritikal dimana ketagihan yang tahap melampau. Tak dapat rokok sehari bagai nak hilang nyawa. Ada kawan saya zaman belajar sanggup gulung kertas bakar dan hisap untuk hilangkan gian merokok sebab rokok habis stok. Hurmm… Macam-macam ragam mereka.

Apapun, saya tak nampak kenaikkan harga rokok ini akan mengurangkan jumlah perokok pun. Malah dari pemerhatian saya, jumlah perokok biasanya meningkat bukan berkurangan. Ini kerana sudah menjadi trend, pelajar sekolah dalam lingkungan umur 12 tahun akan mula mengenali dan mendekati rokok.

Dan apa yang lebih mengecewakan pelajar sekolah sekarang seolah berbangga kalau orang lain lihat mereka menghisap rokok. Zaman saya dulu, biasanya merokok sembunyi-sembunyi. Dalam semak, dalam jambat, bawah jambatan memang jadi port untuk merokok.

Apapun, tahniah buat perokok kerana mereka antara penyumbang besar pendapatan kilang rokok. Tanpa mereka tak kaya tokey rokok.

 

Jom Buat Duit Dengan Says.

 Checkup Kereta Guna Twiteer Dan Facebook

Samsung Galaxy S3….Murah!Murah!

Swipe dan Menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...