Daily Archives: July 17, 2012

Seminar Duit Pantas oleh Jootawan.com

Seminar Duit Pantas oleh Jootawan.com pasti suatu yang ditunggu oleh semua. Siapakah jootawan.com? Jootawan adalah salah satu produk AmmarZahar. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi siapa AmmarZahar. Kalau belum tahu boleh lah bertanyakan CIKPUANGOOGLESERBATAHU.

empayar perniagaan internet, jutawan, jootawan, ammarzahar

Empayar Perniagaan Internet – AmmarZahar

Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Seminar Duit Pantas

Tarikh : 28 Julai 2012

Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat : Menara PGRM

 Harga tiket adalah seperti berikut:

  •  Pakej Basic : RM 99.00 untuk 1 tiket
  • Pakej Premium : RM 299.00 untuk 5 tiket (tempat duduk adalah di bahagian hadapan)
Berminat untuk menimba ilmu dan mengubah diri, boleh lah sertai Seminar Duit Pantas (klik sini).
Cepat daftar sebelum terlambat.

Pelajar Sekolah Di Benarkan Membawa Handphone

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi…

Juara masterchef selebriti malaysia, dato fazli

Juara Masterchef Selebriti Malaysia

Tadi menyempat menonton Buletin Utama seketika sebelum menonton kemenangan Dato’ Fazley sebagai 1st Malaysia’s MasterChef Celebriti. Tahniah Dato’ Fazley. Tahniah juga buat Angah Raja Lawak. Saya tak nak ambil port sangat perihal perhimpunan oren ke, hijau ke, pink ke, merah ke, biru ke, kelabu ke, atau berwarna-warna suram sekalipun sebab bagi saya itu tidak seberapa menarik perhatian saya. Saya lebih suka kalau warta berita di Malaysia memaparkan realiti sebenar kehidupan rakyat kita dari fantasi yang dikejar bagai menembak bulan dengan lastik. Belum tentu akan kena. Sekadar membuang masa kami yang menonton.

Walau apa pun cara yang digunakan untuk menyembunyikan fakta. Lama-lama semua akan ketahuan jua. Kerana rakyat kini lebih banyak pilihan, bukan bergantung 100% surat khabar atau media massa arus perdana semata-mata. Fikir-fikirkan lah. Rakyat sekarang sudah bijak menilai.

Maaf, terpanjang pula pengenalan dan terpesong pula dari tajuk. Berbalik kepada tajuk asal, tadi saya terlihat ada satu usul untuk membenarkan pelajar sekolah membawa handphone ke sekolah. 

Dark Knight arise…Tak sabar nak layan.

Wow, ini sudah hebat. Kalau zaman saya belajar dulu, handphone tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar yang membawa handphone, boleh dirampas handphone nya dan hanya akan dikembalikan kepada ibu bapa pelajar. Tapi sekarang, pelajar dibenarkan membawa handphone. Mungkin zaman sudah berubah.

Ini memang bagus sekali. Kenapa saya kata bagus :

  1. Memudahkan ibu bapa, girlfriend dan boyfriend untuk menghubungi pelajar. Cikgu mengajar didepan, pelajar dibelakang akan sibuk lah berfesbuk atau ber’YM’. Dan mungkin juga ber’viber’. Hehehe
  2. Memudahkan pelajar untuk mencari maklumat yang diperlukan di alam maya. Silap hari bulan budak lelaki layan ‘redtube’ dibelakang.
  3. Memudahkan pelajar merakam apa jua gambar atau video yang diperlukan. (Pasti lebih banyak 3gp pelajar akan boleh didapati di pasaran gelap)
  4. Memudahkan pelajar untuk lebih berlagak dengan cikgu-cikgu kerana mereka pakai iPhone5 manakala cikgu hanya pakai Nokia 3310.
  5. Memberi tekanan moral kepada pelajar yang tidak mampu memiliki handphone canggih. (Jarang pelajar mampu mengambil tekanan menjadi pendorong untuk lebih maju)
  6. Menambahkan bebanan kepada cikgu dan pengawas untuk mencari handphone yang hilang.

Itu saja yang saya mampu senaraikan setakat ini.

Unifi… Internet terlaju di Malaysia.

Secara peribadinya, memang saya tak setuju dengan usul ini. Kerana saya tak rasa ianya membantu proses pembelajaran pun. Saya rasa ianya akan lebih kepada mengganggu kosentrasi pelajar itu sendiri untuk belajar. Ada baiknya kalau larangan membawa handphone di kekalkan. Ini kerana pelajar ke sekolah adalah untuk belajar bukan untuk bergaya. Untuk akses internet rasanya semua sekolah sekarang sudah dilengkapi dengan makmal komputer yang canggih dan boleh digunakan oleh pelajar. Malah sesetengah sekolah juga ada komputer di dalam perpustakaan.

Budak sekarang pun sudah tak kenal akan BUKU SIFIR.