Daily Archives: July 20, 2012

Selamat Berpuasa dan Beribadah

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian….

Daddydee ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca blog daddydee.net.

Bersama kita mengerjakan ibadah puasa dan selamat mengejar fadilat-fadilat yang besar yang dijanjikan oleh Allah swt di bulan Ramadhan ini.

Kejar sehabis mampu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu?

Dalam mengerjakan ibadah sunat, jangan tinggalkan ibadah wajib pula.

Selamat Berpuasa Buat Semua Sudaraku. Amin.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Nak Untung Tapi Rugi

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi…

Nak Untung Tapi Rugi. Ini saya ingin berkongsi pengalaman saya. Nak kata pengalaman ditipu memang tak, sebab ianya silap saya dalam membuat keputusan. 

Adaptor Laptop HP

Laptop Compaq saya telah hampir 4 tahun lebih menabur bakti kepada saya. Banyak telah saya gunakan dan buat dengan laptop ni, dari benda elok sampai lah kepada benda yang tak elok. (Saya bukan budak baik).

4 tahun jugalah saya menggunakan laptop ini untuk berblog. Ya jasanya sememangnya amat besar pada saya. Dari bujang sampai bertiga sekarang ini dia masih lagi berjasa.

TV terbaik ketika ini

Laptop power?? Laptop saya spec biasa saja. Rank Windows7 pun 3.5 saja kerana tiada grafik card. Memang laptop ini ada masalah untuk mainkan game atau sebarang perisian bergrafik tinggi.

April tahun 2012, laptop ini mula meragam. Bukan masalah apa pun. Adaptor laptop ni dah blow. Dah meletup. Almaklum lah dah sampai ajalnya setelah lama berkhidmat.

Nak dijadikan cerita, disebabkan nak sangat untung. Nak jimat punya pasal. Saya mencari lah adaptor baru di Low Yat. Dapat 1 adaptor RM60. Murah kan?? Memang murah. Semua nya ok dan lancar. Khidmatnya tiptop.

Checkup Kereta guna Twiiter?? Boleh caya ke??

Prestasi cermerlangnya tidak lama. Dua bulan sahaja. Waranti adaptor murah ini hanya sebulan. Jadi dah tak boleh nak buat apa. Masalah adaptor ini adalah lambat tangkap current. Kadang terpaksa menunggu hampir 30minit baru boleh on power laptop. Kekadang langsung tak boleh on. (Bateri laptop memang dah lama kong.)

Julai 2012, saya nekad. Dah tak tahan dengan adaptor murah, lalu saya pecat adaptor murah dari jawatannya. Lalu saya mencari pengganti baru di Digital Mall, PJ SS14.

Mencari punya mencari saya jumpa 4 pilihan :

  1. Original Hp : RM139.00
  2. Adaptor multi purpose (Brand A…brand sebenar lupa) : RM110.00
  3. Adaptor multi purpose (Brand B…brand sebenar pun lupa) : RM89.00
  4. Adaptor murah : RM69.00

 

Pilihan no.4 memang saya reject terus sebab dah ada pengalaman lalu. Tinggal pilhan no 1, 2 dan 3. Disebabkan tak yakin dan tak berani ambil risiko sekali lagi saya nekad untuk reject pilihan 2 dan 3. Jadi saya beli pilihan 1, original HP.

Walaupun mahal, kualitinya lebih terjamin. Dan sekarang beliau sedang ceria menjadi bini baru Laptop Compaq saya.

Dek kerana nak jimat sangat. Saya telah kerugian RM60.00, kalau dari awal saya pilih original HP selamatlah RM60.00 itu dan boleh buat belanja. Itulah kesilapan dalam membuat keputusan nak untung tapi rugi.

Membuat keputusan yang tepat dalam apa jua keadaan adalah penting dalam hidup ini.

 

PS: Sekarang memikirkan untuk menukar bateri Blackberry yang sudah kong. Kawan ada suggest bateri China RM60.00….Tapi saya dah serik rasanya, sekarang tengah kumpul untuk beli bateri original.

 

Galaxy S3 murah..murah..murah bangat..