Daily Archives: July 25, 2012

Tetapkan Visi Kita

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian…

Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan. Angan-angan akan melahirkan satu idea yang kreatif. Tapi sekiranya idea yang kreatif tidak dimanupulasi dengan visi dan misi yang tepat ianya akan menjadi sia-sia. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi satu lagi cara saya, iaitu tetapkan visi kita.Tetapkan visi kita secara harian itu lebih baik.

Jalan jaya, kejayaan, kehebatan

We makes our own path of glory.

Dalam hidup kita, kita selalu mendengar istilah VISI dan MISI dalam piagam pelanggan mana-mana orginisasi swasta mahupun kerajaan. Mengapakah perlu ada semua ini? Salah satu tujuannya adalah untuk memotivasikan pekerja dan menyakinkan pelanggan.

Maksud VISI dan MISI

  • Visi - tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan
  • Misi -  tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan

Dalam kehidupan seharian kita pun perlu ada matlamat sebenarnya. Apakah visi kita? Apakah visi kita untuk jangka panjang mahupun jangka pendek?

Sebagai insan yang berwawasan kita pun mesti ada visi kita yang tersendiri. Sebagai contoh :

Contoh 1 : Blogger 

Visi : Ingin Memperolehi Unique Visitor 10,000 per hari dan Mencapai Alexa Rank > 10

Misi :

  1. Membuat entri yang menarik secara konsisten
  2. Pingkan entry ke ping website 
  3. Mengadakan kontest menarik untuk menambahkan jumlah backlick

Contoh 2 : Suri Rumah Tangga 

Visi : Membuatkan Suami Bertambah Sayang

Misi :

  1. Memasak makanan kegemaran suami
  2. Menjaga tutur kata ketika bertutur
  3. Sentiasa membuatkan suami tersenyum
  4. Menghormati suami serta menerima seadanya
  5. Menyayangi suami seikhlas hati

Contoh 3 : Site Supervisor

Visi : Memastikan Project Sentiasa Maju 10% dari Perancangan

Misi :

  1. Memastikan pekerja bekerja dengan efisien
  2. Penggunaan masa yang terancang, teratur dan mengikut perancangan
  3. Setiap pekerja mesti tahu visi mereka pada hari itu
  4. Meningkatkan produktiviti kerja
  5. Sentiasa peka dengan perubahan cuaca
Pilhan kita, pilih mana satu

Failure or Success, you decide??

Sebenarnya, dalam kehidupan seharian sebolehnya kita mestilah mempunyai VISI HARIAN. Tidak kira samaada kita berkerja ataupun belajar, tetapkan visi harian kita setiap awal pagi ataupun sebelum tidur. Tetapkan apakah yang ingin kita capai pada penghujung hari keesokan harinya.
Dengan penetapan visi harian ini, hari kita tidak akan terasa kosong. Dan kehidupan kita akan teras lebih terisi dan terancang. Setiap detik yang kita lalui pasti kita akan rasa lebih berharga.
Entri ini bukan menegur orang lain, tapi diri saya sendiri juga. Dahulu, saya sering datang kerja dengan kepala yang kosong tanpa matlamat. Saya akan ‘follow the flow’. Pergi kerja dan balik kerja. Saya tidak tahu apa yang saya capai pada hari tersebut. Tiada ertinya. Waktu 8 hingga 5 saya bagaikan tiada pengisiannya. 
Tapi kini, saya mula merangka apakah yang ingin saya capai pada jam 5 petang nanti seawal pagi. Dan Alhamdulillah, masa saya lebih terisi dan tiada waktu-waktu lompong. Pengisian yang baik dapat memberikan saya satu kepuasan selepas menghabiskan 8jam di pejabat. Saya juga merasakan diri saya lebih berguna dan mampu memberi manafaat pada orang lain.
The path of glory is yours. Ayuh tetapkan visi kita, biar hidup lebih berisi.

Perkongsian ini hanyalah penceritaan pengalaman saya. Tidak lebih dari itu. Tiada langsung niat untuk menyakitkan hati sesiapa. Moga-moga perkongsian kali ini memberi manafaat pada kepada semua.

Sekian terima kasih