Angan-Angan

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi…

Angan-angan? Semua orang pun ada angan-angan. Dan rasanya semua orang suka berangan. Saudaraku suka tak?

Angan-angan
Angan-angan

Saya akui saya jenis budak yang suka berangan-angan dari kecil sampai ke dewasa. Dulu saya suka sangat berangan-angan untuk jadi kuat dan jadi hero seperti Gavan, Masked Riders, Superman dan lain-lain. Watak-watak dalam komik Hong Kong juga mempengaruhi saya seperti Ji Fat, Tiger Wong, Sang Merah, Xinan, Penjejak Neraka Pendekar Laut dan lain-lain. Saya bayangkan saya menjadi hero yang menyelamatkan dunia. Itulah sebab bila ditanyakan apa cita-cita saya, dengan yakin dan pasti saya akan jawab ‘ASKAR’.

CIMB hadiahkan Galaxy S3 setiap bulan. Mahu??

Seringkali juga semasa sekolah, saya berangan-angan dalam kelas. Terutama bila kelas yang subjeknya saya tak suka atau gurunya tidak menarik, pasti saya tidak fokus pada apa yang diajar. Maafkan saya cikgu.

Kena denda dek cikgu sudah biasa untuk budak cam saya. Sudah lali dengan semua itu.

Sebenarnya, angan-angan bagus sebenarnya jika kena pada tempatnya. Angan-angan akan melahirkan satu idea yang kreatif, inspirasi, cita-cita dan tekad. Dari angan-angan kita akan merangka jalan hidup kita yang seterusnya. Menentukan laluan mana yang akan kita pilih.

Sokong atlet negara untuk emas olympik.

Saya tidak tahu ada atau tidak manusia dalam dunia ini tiada angan-angan? Setahu saya semua orang ada angan-angan. Baik atau buruk mereka yang tentukan.

Angan-angan untuk berjaya. Sekiranya digerakkan angan-angan itu, dengan cara yang efektif untuk menuju tepat pada kejayaan, Isyallah kejayaan itu pasti milik kita. Tetapi sekiranya hanya berangan, tunggu dan lihat, maka makin menjauhlah kejayaan itu.

Pecutan emas negara. 

Tapi ingat, Tiada kejayaan yang datang bergolek, tanpa usaha dari kita.

Jangan jadi sepertiMat Jenin sudah.

Bulan puasa ni lagi lah banyak angan-angan nya, angan-angan nak buka puasa makan apa petang ni, angan-angan raya tahu ni nak pakai baju apa. heheheeh

Posted with WordPress for BlackBerry.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Angan-Angan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge