Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…
Antara Ilmu atau Harta ?? Mana akan saudaraku sekalian akan pilih. Pasti akan ramai memilih harta, dan akan ada juga yang memilih ilmu. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lagi penting antara ilmu atau harta. Masing-masing ada hak.
Mari kita lihat satu kisah bagaimana Saidina Ali ra, menjawab apabila diajukan satu soalan iaitu Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Ilmu atau Harta
Rasulullah saw pernah bersabda: “ Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali ra, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali ra, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.
Soalan Kesepuluh Ulama’ itu adalah sama iaitu:
Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Jawapan pertama Saidina Ali ra
“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi,sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.”
Jawapan kedua
“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu,sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”
Jawapan ketiga
” Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh,sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyia banyak sahabat.”
Jawapan keempat
“Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarka akan semakin bertambah.”
Jawapan kelima
” Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yangbanyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.”
Jawapan keenam
“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.”
Jawapan ketujuh
“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang,sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.”
Jawapan kelapan
” Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.”
Jawapan kesembilan
“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut,sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.”
Jawapan kesepuluh
“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh allah Taala,sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).”
Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali(Imam Ali) yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama.
Lihatlah betapa hebatnya ilmu Saidina Ali ra, walaupun diajukan dengan soalan yang sama tapi jawapan yang berbeza diberikan tapi memberi maksud yang sama. Renung-renungkan mana lagi penting ilmu atau harta. Fikirkanlah.
Iklan jap : Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati… Jom ramai-ramai sertainya.
Kalau kita sekarang mampu juga memberi jawapan berbeza bagi soalan yang sama tapi membawa maksud juga berbeza. Malah amat ramai sekarang ini. Iaitu Penipu.
Bersamalah kita renungkannya.
ilmu adalah ibu kepada kehidupan kita… sebab tu lah ilmu sangat penting
boni kacak recently posted..Orang Tua Yang Tercirit-cirit
betul tu Tuan Boni… Ilmu sangat penting dalam hidup ini…
betul3….ilmu lebih baik …

spudin recently posted..Aliff Aziz Artis Jemputan – Peluang Berniaga Di UiTM Dungun
sudah tentu ilmu dari ilmu akan bawa harta…dari harta akan bawa ego hehehe…:) renung-renungkan bersama
budak felda recently posted..Mencuba Nasib dengan Google AdSence
Walaupun kaya biarlah rendah diri..jangan bongkak apabila kaya…
aku hanya ada sedikit ilmu juga sedikit harta
tehr recently posted..Ketagih
Balance tuan tehr…sama juga dengan saya…
kalau pilih dua2 tamak plak jadinya. kalau pilih ilmu ia akan jadi harta paling berguna.
eiela recently posted..Resepi Ketupat dan Kuah Kacang Istimewa
Ya ilmu tiada nilainya…
kl ciktom of cos pilih ilmu..yg tue lg penting xternilai harganya…
cik tom recently posted..Pre-order Running Man Tshirt Only at Pretty Heisei
pilihan ciktom selalunya memang tepat…
eh mana tau??nujum pak belalang??hahaa
cik tom recently posted..Tips Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan
lebih kurang gitu la…tp saya nujum pak belang…hahahahha
pilih cendol.
titan recently posted..Komisen ke 3 dari Pakarzakar.com
cendol pulut tapai satu…..
tanpa ilmu..kita akan sesat
ilmu yg akan membawa kita ke arah kebaikan sedangkan harta boleh melalaikan kita
chii recently posted..Peminat Misteri
tepat sekali kata chii tu…
ilmu ada kita akan guna utk pelbagai tujuan..klu ada harta tapi tak tahu nak uruskan payah gak sb tak der ilmu ke arah nak uruskan harta apa lagi nak mulakan pernigaan dan sbgnya
suri recently posted..Terima Kasih Cikgu..
betul tu suri…
untuk hidup di dunia dan akhirat dengan aman dan damai memerlukan ilmu…