Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.
Kalau dulu saya pernah berbicara tentang ‘loan ASB’. Kali ini saya ingin membicarakan lagi sedikit hal ini dengan lebih terperinci. Harap sudilah membacanya. Dan diingatkan sekali lagi saya bukanlah agen untuk ‘loan ASB’ berminat silalah ke bank yang berdekatan. Bank yang menyediakan khidmat ‘loan ASB’ setahu saya adalah Maybank, CIMB dan RHB Easy. Setakat yang saya tahu.
Hebat sangat kah ‘loan ASB’? Bagi yang tak berduit seperti saya sudah tentu hebat. Dalam masa boleh mendisiplinkan saya yang tidak pandai menabung.
Walaupun saya tahu, adalah berlawanan dengan prinsip ‘Financial Freedom’ iaitu berhutang untuk menabung, saya tetap pilih jalan ini. Kenapa?? Kerana ianya boleh menggandakan wang kita dalam jangka masa yang panjang.
ASB LOAN
Perihal Pinjaman
Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00
Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)
Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun
Jumlah Keseluruhan yang Dibayar kepada Bank : RM 52,500.00
Keuntungan yang Bank Dapat : RM 22,500.00
Banyakkan keuntungan bank dapat iaitu RM22,500.00. Kalau jumlah itu dimasukkan kedalam poket kita lebih bagus dari dimasukkan ke poket Bank. Bukan begitu ke?
Tunggu dulu, tengok ini pula dan ini adalah cara saya buat :
Tabungan dalam ASB : RM 30,000.00
Anggaran Dividen Tahunan ASB (+- 10%) : RM 3,000.00 setahun
Jumlah Pendapatan + Jumlah Pinjaman selepas 25 tahun (sekiranya pendapatan tidak dikeluarkan) : RM 295,491.98*
*Pengiraan terperinci tak dapat saya tunjukkan kerana saya gunakan Excel. Maafkan saya.
Keuntungan pelabur : RM 295,491.98 – RM 52,500.00 = RM 242,991.98
Pendapatan : RM 242,991.98 – RM 30,000.00 = RM 212,991.98
Dalam masa 25 tahun kita telah berjaya menyimpan sebanyak RM 30,000.00 dan mendapat bonus tambahan sebanyak RM 212,991.98 jadi jumlah terkumpul yang kita dapat adalah RM 242,991.98. Banyakkan??
SIMPANAN BIASA (Bukan ASB Loan)
Dan sekiranya kita hanya menyimpan dengan kaedah biasa (bukan loan ASB) dengan jumlah yang sama RM 175 sebulan pula :
Tabungan Kaedah Biasa
Simpanan Bulanan : RM 175.00
Jumlah Simpanan selepas 25 tahun (Tanpa Pendapatan/Diveden) : RM 175.00 x 12 bulan x 25 tahun = RM 52,500.00
Dan sekiranya pelaburan adalah kedalam akaun ASB
Jumlah pendapatan (+-10%) selama 25 tahun tanpa dikeluarkan pendapatan : RM 68,250.00
Jumlah tabungan selepas 25 tahun dalam ASB : RM 120,750.00
CARA SAYA
Saya pula tidak memilih untuk memaksimumkan pendapatan seperti pengiraan pertama yang saya tunjukan. Sebabnya saya mahukan menggunakan modal minimum sahaja. Itulah sebabnya
Jumlah Pinjaman : RM 30,000.00
Kadar Pembiayaan Asas (KPA) : 6.60% (-1.65%)
Ansuran Bulanan : RM 175.00 selama 25 tahun
Anggaran Dividen Tahunan (+-10%) : RM 3,000.00
Jumlah perlu dibayar setahun : RM 2,100.00
Saya memilih untuk menggunakan pendapatan tahunan saya untuk membayar balik pijaman ASB saya. Jadi saya hanya akan perlu mengeluarkan duit RM 2,100.oo untuk tahun pertama. Pada tahun kedua saya akan menggunakan hasil dari dividen untuk membayar balik pinjaman saya. Dan begitulah pada tahun berikutnya.
Baki dividen sebanyak RM 900.00 saya kekalkan dalam akaun ASB saya.
Dan sekiranya berjaya :
Selepas 25 tahun saya akan mengumpulkan : RM 109,647.59
Menggunakan modal RM 2,100.00 untuk mengumpulkan RM 109,647,59 selepas 25 tahun sudah cukup lumayan bagi saya.
KESIMPULANNYA
Semua cara adalah betul dan tidak salah, sama ada anda mahu simpan secara bedisiplin tanpa membuat pinjaman. Atau ingin membuat secara pinjaman ASB dari bank terdekat. Tepuk dada tanyalah hati, buatlah keputusan yang bijak dan tepat demi masa depan kita.
Apa yang saya kongsikan adalah sebahagian dari pengalaman hidup saya. Harap maaf sekiranya maklumat yang saya berikan adalah tidak tepat dan menyinggung perasaan saudara sekalian.
Moganya apa yang saya kongsikan ini bermanafaat bagi semua pembaca blog Daddydee.net.
*Semua pengiraan saya lakukan dengan menggunakan Microsoft Excel dan tidak dapat saya paparkan disini. Maafkan saya.
Sekian, Terima Kasih
penerangan yang sangat terperinci.. terima kasih bro.. aku pon ada bercadang nak buat loan asb tapi kena hold dulu kot sebab pendapatan tak tetap lagi..
topo recently posted..5 Cara Memanfaatkan Bulan Ramadhan Sebagai Seorang Penulis Blog
Salam.
Saya hanya berkongsikan pengalaman saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau bermanafaat ambil, jika tidak tinggalkan saja.
Tak mengapa tuan. Yang penting stabilkan diri dulu.
Apa jua yang namanya LOAN tatap beban… heehehe
pada sy kalo nk wat loan asb ni bgus amik yg besar terus..huhu, cuma kene modal tahun pertama jer la.. 🙂
Jebeng Otai™ recently posted..Realiti Krisis Air Selangor
betul tu lagi tinggi lagi untung.. Cuma pengiraan saya ambil tahap mampu milik untuk orang seperti saya saja..
Kalau mampu lagi tinggi lagi baik…heheheh
btul2..ikut keadaan semasa kita 🙂
Jebeng Otai™ recently posted..Kurang Pahala Puasa
interesting… tq for the info
sha recently posted..Raya Sale !! Sale !!
ni di namakan pengalaman kita blh cedok dri sini bila masa akan dtg memerlukannya
suri recently posted..Homemade By Suri
Sama-sama CikPuan Sha
salam..sy setakat ni tidak buat mana pinjaman pula.tu last pinjaman mara aduh byk kene byr lagi, ni kes kena cri kerja baur pula huhu
Tak pe slow-slow. MARA tak hantar surat warning ke?? untung dapat loan MARA daripada loan yang satu lagi…hehehe
Bagaimana kalau BLR lebih tinggi daripada dividen tahunan ASB…ataupun beza antara BLR dan dividen kurang dari 1%. Masih untung lagi tak?
hatiputera recently posted..Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2012
Maafkan saya tuan. Saya tidak berapa arif pasal isu ini sebenarnya.
Tapi pada pandangan saya sekiranya situasi ini berlaku, pihak bank pun tidak akan meneruskan produk ini lagi kerana pastinya tiada pelanggan yang akan melanggan lagi dek kerana tiada keuntungan lagi. Dan saya rasa sesiapa yang telah membeli produk ini pastinya akan menjual semula kerana tidak sanggup rugi.
Maaf sekali lagi sekiranya maklumat saya salah.
Nice info. Ramai yang dah buat macam ni. Tapi bila dividen yg mereka dapat mereka tak dapat kawal nafsu joli katak maka selamanya menanggung beban hutang.
Cikgu Hairul recently posted..Hacked by NoEntryPhc : Terima Kasih
Hahaha…. Biasalah tu bila awal tahun itu ini semua mahu dibeli. Tu yang jadi joi kata tu.
terima kasih atas infonya..
Mus recently posted..Tiket Penerbangan Menyaksikan Perlumbaan F1 Singapura Serendah RM49
sama-sama tuan…
saya pun buat loan asb , disebabkan sy suri rumah maka tk banyak lah malabur , RM10K saja ..
puanbee recently posted..TOP 12 Ranking Blog Malaysia 2012 ( Mengikut Alexa)
ok lah tu…simpanan untuk masa depan…
kalau pandai manage dan tetap memang boleh jana pendapatan yg baik
Juan recently posted..Buka Puasa dan Bazaar Ramadhan 2012
betul tu..setuju sangat…
Memang setuju loan lagi tinggi sebenarnya pulangan memang lebih. macam bro buat memang hasilnya akan berlebih lebih berbaloi dan tidak membebankan. thnks bro.
irsah recently posted..MaltechPro 1 Malaysia Pad: Skandal atau Gula-gula
Sama-sama tuan…Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu…
Berdasarkan pengalaman saya+isteri buat loan ni ada kena bayar upfront (ala ala security deposit). Kalau ambilkira yang tu, simpan sendiri lebih tinggi pulangannya.
Financial Guide recently posted..Best Money management Tips For Students
owh…Ye ke. Saya tak update info. Sebab masa saya buat loan ni memang tiada upfront.
Apapun terima kasih atas info tuan.
aku lebih suka buat simpanan macam biasa je rasa macam tak terbeban dengan konsep wajib bayar
onlajer recently posted..Tolong komen Aku
itu pun pilhan yang bijak. Keputusan tuan adalah tepat jangan risau..
kalkulator online asb http://myrakan.com/misc/asb.php
terima kasih kerana berkongsi
saya baru je buat loan asb ni. baru setahun. saya nak tanya bagaimana nak guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa byk dividen kita dapat?
Pertamanya saya ingin meminta maaf sekiranya jawapan saya tidak menepati apa yang saudari ingin tahu.
ASB Loan konsepnya adalah berlainan dari loan lain. Apabila kita memohon ASB loan dan diluluskan, amaun yang dimohon tidak akan dipaparkan pada buku simpanan ASB kita. Kita hanya akan melihat amaun tersebut setiap kali semasa pembayaran dividen. Ini kerana, amaun pinjaman kita tidak boleh diguna pakai oleh peminjam sehingga peminjam menyelesaikan hutangnya atau kita menjual kembali pinjaman tersebut kepada bank (tamatkan pinjaman).
Dividen akan dibayar mengikut jumlah simpanan kita (simpanan kita + amaun pinjaman). Dividen boleh kita keluarkan setiap tahun selepas pengummuman pengagihan dividen dilakukan di ajen-ajen ASB.
Jumlah dividen adalah mengikut jumlah simpanan kita (simpanan + amaun pinjaman) per dengan masa. Makin lama kita menyimpan makin banyaklah dividen kita (kuasa kompaun).
Dividen = (simpanan + jumlah pinjaman)(dividen)
Ini formula untuk anggaran yang saya guna ataupun boleh juga gunakan kalkulator ni
Harapnya saya membantu. Insyallah saya akan buatkan entri pasal ini. Terima kasih kerana bertanya.
tadi baru je dpt panggilan dr agen cimb..offer utk loan..tp blurr patut ke buat loan..pas bace artikel u ni faham sikit..tp tgh berkira2 berapa banyak nak buat loan n brape lame..
Buat setakat yang termampu. Dan sebolehnya buat sebagai simpanan masa depan dan jangan sampai terbeban.
Loan tetap hutang walau macamana pun…
Saya nak sangat-sangat buat loan. maybe saya nak loan RM 30K n pjgkan tempoh pembyaran. nak buat loan sbab nak kawin n nak start bisness… cuma yg saya rasa mgkn problem ckit sbab gaji saya tak sampai RM 1500. g pun dah ada buat loan keta.. so amacam tu tuan empunya blog????
Salam.
Ni untuk personal loan atau loan ASB? loan ASB duit kita tak dapat guna.
loan ASB duit kita tak dapat guna? maknanya kena perap dlm acc ASB 25 thn la yer
Ya, tak boleh guna tapi boleh ambil dividen.
sy buat loan asb 50k utk 25thun..
sy bru start bulan 8 2013..
berapa ye dividen yg akn sy dpt utk tahun ni?
dan cukup x dividen tu utk sy buat byran pnjaman utk tahun 2014?
ika recently posted..Projek Food For Hunger Baitul Fiqh- Nilai Seketul Roti
sy buat loan asb 50k utk 25thun..
sy bru start bulan 8 2013..
berapa ye dividen yg akn sy dpt utk tahun ni?
dan cukup x dividen tu utk sy buat byran pnjaman utk tahun 2014?
maaf mencelah…bg saya cara yang terbaik adalah simpannan sendiri setiap bulan..cara ini memerlukan komitment dan disiplin…memg kne kuatkan dri la..heheh…ok…next…simpanan sendiri lebih baik…itu jawapan saya..kerana satu kita tak kan rugi dengan risiko akn dtg…cara kene betol..adlah baik dan bagus jika kita wat asb ni untuk keuntungan kiter masa depan…bukan untuk amek tiap2 tahun dividen…jumlah asb tu xkn jd namenye asb simpanan..mind set kite kne betol…kesimpulannye… ( byr bulan2..disiplin kan dri..jgn sentuh dividen or bonus..tunggu mase tempoh hbs matang baru kuarkan…bru namaenye simpanan asb…inila cara yang betol untuk menyimpan da menguntungkan…) maaf mencelah…hehe…saya bg pandagan saya kerana saya telah lakukannya…dan dalam masa tempoh 20 tahun di asb saya telah kumpul sebanyak 700,000k dalam asb…byar 250 je bulan2..heheh…cube renung2kan dan selamt mencube… change your mindset as a millionare mindset… 🙂
Terjumpa satu blog yg agak informatif berkenaan loan ASB. saje kongsi2..
http://asbclub4u.blogspot.com/2014/06/lebihan-cash-dalam-asb-simpan-sendiri.html
saya tak paham lar kiraan diatas.. sebenar nya yang untung simpan sendiri duit dalam asb ke atau wat loan asb?? minta penjelasan.. tq..
Boleh untuk semua sama ada simpanan atau loan.
#asbgenius #max #roi
Teknik ASB Genius akan ajar anda teknik2 khusus secara terperinci kaedah manipulasi kewangan melalui instrumen ASB. Dijamin sah!
Anda akan terima :
#1 unit Ebook ASB Genius
#8 video Teknik ASB Genius
(Lihat Contoh : https://www.facebook.com/video.php?v=793098707394336&set=vb.100000826433136&type=3&theater)
#1 unit Ebook Pencen Mewah Dengan Hartanah
Boleh klik untuk tempahan >>>>>> http://bit.ly/asbgenius
Semoga bermanfaat untuk semua,
a’kum jika anda membuat pinjaman asb dah tentu dividen kena tolak interest….
cth dividen 10% – interest 5%= 5% jer anda untung…..saya ada satu skim simpanan keuntung 18-35% setahun…..tak payah buat loan just simpan 250 …seolah anda menyimpan…..30k …..setiap 2 tahun anda akan dapat bonus 1800…
jumlah simpanan 2 tahun 5652 bahagi 1800 = 0.31 …..bersamaan 31/100 = 31% lagi untung dari anda buat pinjaman asb…..
jika simpanan 24 tahun ….campur bonus dah RM 104,182
kalau simpanan anda
250 x 12bln x 24tahun = 72000
jika mati@hilang upaya….tak yah simpan…semua simpanan anda dikembalikan….pampasan RM30,000 akan diberi… bonus setiap 2 tahun (RM1800) tetap jalan….kalau mati….duit ini boleh diwariskan kepada ahli keluarga…kalau tak mati cukup 24 tahun boleh kuar semua duit anda berserta bonus….anda dinasihatkan supaya tidak ambik bonus tu…supaya duit anda berganda…menarik bukan …berminat sila whatapss ker 017-2883886 atau layari blog saya http://my-prudential-agent.blogspot.com/p/pru-cash.html
Byk juga teknik asb loan ni yer….
Introducer maybank recently posted..Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga