Bersama Kita Membantu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi yang maha esa. Malam ini daddydee masih lagi mampu untuk menaip dan masih lagi bernafas. Tulang empat kerat juga masih sihat dan masih boleh meligat. Sampai bila? Walallahualam…daddydee tak tahu, cuma diharapkan nikmat sihat tidak ditarik.

Dalam entri sebelum ini daddydee berkongsi satu video Nick Vujicic, seorang insan yang hebat. Dan daddydee percaya ramai lagi insan hebat diluar sana. Dan daddydee juga percaya saudara semua juga adalah insan yang hebat.

 

 

Dalam meronda-ronda dalam dunia blog (blogwalking), menggunakan list blog di blog lama, saya menyinggah di blog KakCik Seroja. Dalam seronok membaca entri dari KakCik Seroja saya tertarik pada gambar di sidebar blog KakCik. Dan gambar itu adalah seperti dibawah:

Abil dan Gee

Saudara Abil dan isteri, Gee

Dan saya singgah ke blog saudara Abil Fikri, blog Warkah Buat Isteri. Dan ini adalah petikan dari header blog Warkah Buat Isteri:

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah). Kepada pembaca, doa & semangat dari kalian sangat kami perlukan.

 

Bila saya baca entri blog Warkah Buat Isteri, tersentuh hati saya dan tak malu saya katakan airmata saya bergenang. Untuk lebih lanjut, bolehlah saudaraku rujuk pada blog Warkah Buat Isteri.

Apapun, pada saudaraku yang hebat, yang sudi membantu bagi meringankan beban pasangan ini, bolehlah berbuat demikian melalui:

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258

Dan samalah kita berdoa kehadrat ilahi agar Saudari Fauziah akan kembali sihat. Dan Saudara Abil Fikri akan terus tabah menghadapi dugaan ini. Amin.

 

Jom Selamatkan Penyu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bersama Kita Membantu
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

20 thoughts on “Bersama Kita Membantu

  1. boni kacak

    beliau ada contoh kepada suami yang mithali.. suami seperti inilah yang wajib dicontohi oleh semua lelaki dalam dunia ni.. betapa setianya beliau dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi kepada isteri tercinta.. semoga segala2nya dipermudahkan oleh Allah untuk pasangan tersebut
    boni kacak recently posted..Hanis Zalikha Berlakon FilemMy Profile

    Reply
  2. Abil fikri

    Assalamualaikum..Ucapan ribuan terima kasih dari kami berdua atas sokongan yang di berika. Semoga Allah membalas jasa baik tuan dan sahabat2 yang lain. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge