Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi.
Sebelum ini saya ada bercerita tentang Buku Jutawan : Untuk Jutawan Ke??. Hari ini saya ingin berkongsi kenapa saya membeli buku-buku jutawan.
Buku yang bertajuk Jutawan ni boleh saya katakan satu niche yang menarik untuk kita beli dan baca. Beberapa contoh buku jutawan:

Jutawan Dari Planet Jupiter

Rahsia Jutawan Internet – Irfan Khairi

Minda Jutawan Gaya Trump – Shah Kadir
Bila tengok tajuk ketiga-tiga buku di atas pasti ramai yang akan tergoda apabila niche Jutawan diletakkan disitu. Saya pun sama juga. Tapi ketiga-tiga buku di atas saya belum milikki, insyallah suatu hari nanti.
Saya miliki buku ini :

Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf – Aizuddinur Zakaria
Pernah seorang saudara dan kawan datang ke rumah saya, dan terlihat atas meja buku di atas iaitu Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf.
“Wah, baca buku jutawan lagi dia. Hebat. Nak jadi jutawan ke?”
“Ya, saya nak jadi jutawan“
Terus terdiam saudara saya itu.
Memang saya ingin jadi jutawan kalau ada rezeki. Tapi buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf, saya beli kerana saya kagumi sahabat rasulullah tersebut. Sedikit petikan dalam buku ini yang menggambarkan betapa hebatnya Abdul Rahman bin Auf (RA) adalah:
Dalam sejarah hijrah, Rasulullah telah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf (RA) dengan sorang hartawan Madinah iaitu, Sa’ad bin Rabi‘. Sa’ad bin Rabi’ telah menawarkan harta dan istierinya untuk saudara barunya, tetapi Abdul Rahman bin Auf (RA) telah menolaknya tawaran suadara Ansar beliau. Lalu Abdul Rahman bin Auf (RA) berkata :
“Tolong tunjukkan saya jalan ke pasar”
Hebat bukan??
Sebenarnya saya membeli buku sebegini tiada sebab lain lagi tapi adalah kerana saya suka membaca. Membaca buku mahupun blog adalah salah satu hobi saya. Saya juga suka melihat koleksi buku saya bertambah. Sebenarnya, semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita tidak tahu dan merasakan kita semakin kecil. Ilmu tidak akan habis untuk kita pelajari, jadi belajarlah sehingga ke liang lahad.
Walaupun saya tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan, saya tidak pernah kecewa sedikit pun. Sekurang-kurangnya jadilah saya seorang berilmu. Itu lagi bermakna dan bahagia.
ingat nak dapatkan juga la satu
boni kacak recently posted..Lyssa Faizureen Tetap Kesayangan Aku
dapatkan tuan…tak rugi..
Wahh hobi membaca yer..bagus2..jutawan yang berilmu pun ok jugak tu..nanti tak susah untuk hidup di dunia yang penuh pancaroba ni..daddydee tak mengantuk ke bila membaca??sy mata ni pantang..asaljer nak baca buku, mata pun buat hal lah..kalau baca entri blog tak buat hal pulak..hahaha..
Hafizul recently posted..Aku, Cik Tom dan Alexa
saya baca apa jua buku pun saya anggap kan ianya novel yang best walaupun memang tak best…. hahah..
yeahh !!! hahhaa…. bagus3..
spudin recently posted..Hot Travel Packages – (All In Here)
aik rasanya smlm sy ada komen asal tak der ya..?
sy rasa semua org harus ada ilmu.bukan ilmu nak kaya jer tpi ilmu utk maju dlm hdup.baru le ada mptivasi nak jadi jutawan heee
suri recently posted..Bidadari Tunggu Di Bawah Lampu
suri komen di entri yang lain…entri sebelum ni…heheheh
saya publishkan semua komen…semua pandangan….
rupanya org2 melayu kita masih ada berstatus kaya ya.cayalah.
suri recently posted..Tipu Kiri Tipu Kanan
memang ramai yang kaya…lagi ramai yang berangan saja…hehehe
Hmm….mungkin jg saya akan berusaha tuk memiliki buku2 mcm ni satu hr nanti….
yas recently posted..Wordless Wednesday – JUAL TUDUNG JATUH HARAM?
membaca buku apapun tak akan pernah rugi..insyallah…
Buku2 seperti ini bisa memotivasi kita ya mas bro, aku jadi pengen beli juga buku tentang bisnis dan internet marketing
sukses selalu..
Ramzi recently posted..Cara Memasang / Menampilkan Author Blog di Google SERP
ya betul tuan…buku ini memang memotivasikan kita semua…
Buku yang memberikan ilmu berguna untuk kita. memang bagus
zool recently posted..Keputusan perlawanan playoff Liga Super 2013, 19 Julai 2012
aah…membaca tidak pernah merugikan..
jutawan ilmu?..bgus juga tu

Jebeng Otai™ recently posted..Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPress
ya itu yang terbaik…kaya dengan ilmu..
setakat ni saya belum beli lagi buku jadi jutawan..tapi sudah ada buku tips dr steve jobs aje..huhu..kena slow2..kalau beli tapi tak baca pun tak boleh kan?
farahaznil recently posted..Harapan Ramadhan – Tahun demi tahun.
buku steve jobs tu memagn best juga…saya pun belum ada lagi…
yup…bila beli kena baca…mesti baca…
Minat membaca perlu selalu dipupuk kalau tidak pengetahuan yang ada bakal ketinggalan dan lapuk.
akubiomed recently posted..Selamat menjalani ibadah puasa
setuju dengan pandangan tuan tu…
ilmu dah ad.. tapi platform yang tak jumpa.. teramat rugi