Buku Jutawan – Untuk Jutawan Saja Ke??

Assalamualaikum dan Salam 1Inspirasi buat semua sahabat….

Hal ini terjadi dua tiga minggu lepas, di MPH Bookstore, Mid Valley. Ketika itu saya sedang membelek buku-buku di bahagian pengurusan, dan adalah buku-buku jutawan di bahagian tersebut. Masa saya menyelak satu buku berkenaan pelaburan saham, datang dua orang perempuan Melayu. Dan saya dengan perbualan mereka :

“Ini buku-buku jutawan saja ni. Dah kita kesebelah sana, sini untuk orang yang nak jadi jutawan saja. Kita nak cari buku exam kan?”

Lalu mereka bergerak ke bahagian sebelah, dan saya lihat mereka membelek buku Tips Lulus Ujian kalau tak silap. Mungkin mereka ni nak ambil ujian untuk kemasukan ke sektor awam.

Sentap hati daddydee bila dengar mereka kata buku tu untuk jutawan je, pasal daddydee pun orang makan gaji je. 

Tamat disitu.

Menangi pelbagai hadiah menarik dari Ambank.

Jadilah yang pertama memiliki iPhone5. 

————————————————————————————

Jutawan menurut definisi dari Kamus Dewan adalah bermaksud orang yang mempunyai wang (harta benda) yang jumlahnya (nilainya) berjuta-juta ringgit.

Dalam dunia ini, semua orang mahu jadi jutawan. Daddydee pun mahu jadi jutawan. (Kalau rezeki, insyallah) Semua orang mahukan wang yang banyak, yang berjuta-juta. Hidup mewah dan kaya raya mesti impian semua orang. Ramai sangat orang yang suka kalau dapat jadi kaya, dapat jadi jutawan.

jutawan,
Mungkin beginilah rupa wang yang berjuta-juta.

Siapa tak mahu jadi jutawan angkat tangan? Mesti kalian tipu kan.

Jom kita buat duit tabung.

HyppeTV….Memang hype.

Internet terlaju di Malaysia

Kalau tak ramai yang mahu jadi jutawan tiadalah orang yang kena tipu dek skim cepat kaya, tiadalah orang yang kena tipu dek saham internet, tiadalah orang yang kena tipu dek MLM dan bermacam-macam skim lagilah. Sebab ramai yang nak jadi jutawan lah, banyak skim penipu yang di buat.

Dan bila pasal skim ini biasanya kita akan dibutakan mata dek kereta mewah seperti BMW mata setan, Mercedes mata belalang, AUDI R3, Nissan Skyline dan pelbagai lagi. Dan gambar wajib dalah berdiri depan kereta mewah tersebut ataupun berdiri tepi pintu kereta mewah terbut. Dan biasanya no pendaftaran akan di hitamkan. (Kenapa?? Wallahualam…) Mungkin itu kereta mereka dan mungkin juga bukan. Kalau pun kereta mereka, dah habis loan ke? Kalau beli cash daddydee, tabik mereka. Terutama yang MLM ni.

Kalau tak ramai nak jadi jutawan, tiadalah buku-buku, ebook-ebook dan seminar panduan jutawan begitu banyak ditulis. Saya pun ada membeli beberapa buah buku jutawan dan juga ebook AbangEnsem.

Sebenarnya buku, ebook atau seminar jutawan ini bukan untuk jutawan tapi untuk kita semua yang ingin berubah. Membaca buku, ebook dan seminar itu tidak akan membuat kita menjadi jutawan. Buku itu tidak mengajar kita secara A to Z tentang cara untuk menjadi jutawan. Tetapi buku tersebut ditulis untuk panduan kita, sebagai panduan kita. Memberikan kita idea untuk berfikir dengan lebih jauh dan lebih positif. Bukan hanya terperap dalam minda yang sama kelompok yang sama.

Sebenarnya bila kita duduk dalam keadaan yang terlalu selesa dan tidak ingin berubah, itulah menyebabkan diri kita tidak maju. Orang yang berjaya selalu merancang apa yang mereka akan lakukan dan lakukan apa yang mereka rancang. Walk the Talk and Never talk, wait and see.

Tapi ingat, tiada jalan mudah untuk menjadi jutawan.

 Samsung S3 Murah…Murah…

PS: Teringin masuk kelas seminar hebat seperti Dr Azizan.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bagaimanakan diri kita hari ini? Adakah hari ini
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian... Sebelum ini, saya ada membicarakan tentang angan-angan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

37 thoughts on “Buku Jutawan – Untuk Jutawan Saja Ke??”

  1. tak pnh dgr lagi seumur hidup nih yg buku jutawan hanya utk jutawan jek, bukan ke buku tu dibuat tuk berkongsi ilmu macam mana nak jd jutawan..jd tak salah kut nak belek, nak baca buku tuh.apadaa~

    1. Kalau betul apa yang tuan katakan…Alangkah indahnya…hahaha…

      Tapi hari tu saya belek buku sambil dukung Tuan Kecik.. Tak mungkin…hehehe

  2. Rasanya begitulah DD. sebab memang betul apa diterangkan. memang xda jalan mudah. yang penting kita mangambil rujukan. mambaca bagi memantapkan minda kita.

    psst: gadis comel tuh macam azaman cakap – nak ngorat DD le tuh.

      1. saya tambah sikit lagi….Bukan senang untuk senang dan bukanya susah untuk susah…Fikir-fikirkan…hehehe

    1. Indahnya kalau mereka nak ngorat saya. Dalam hidup saya tak pernah ada perempuan ngorat saya..hahahaha

      Betul tu tuan. Kita perlu memantapkan minda dalam menghadapi dunia yang mencabar ini.

  3. saya punya objective bukan nak jadi jutawan. tp nak mencapai status financial and time freedom. kalau ada duit juta2 pun tp hutang pon juta2, sama jer kot networth nya. financial ni tak byk duit sgt pon tak per, tp hutang tadak. very high net worth. time freedom pulak, kita boleh keje ikut time kita. nak bercuti pon takder masalah. masa utk family pon byk.
    sohoque recently posted..Tips: Selawat Menjadikan Kita Seorang Yang Hebat!!!My Profile

    1. Saya pun tidak mensasarkan wang berjuta sebenarnya…cukup lah sekiranya saya bahagia dan mampu membahagiakan keluarga…hehehe

  4. Sape tak nak jadi jutawan kan……..memang aku sendiri pun selalu simpan angan-angan utk jadi jutawan..haha..hidup sekarang memang perlukan duit yang mencukupi…nanti boleh la share tips utk mengekalkan status jutawan pulak yer..
    Hafizul recently posted..Rakan Blogger Baca NiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.