Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku
Sempena tahun ke dua nya, Cik Tomato (CikTom…. Bukan Cik Tom Tom Bak ataupun Cik OngBak ok) ingin memberikan hadiah. Hadiah free? Jadi anda tak mahu kah? Saya mahu. Nak tunggu menang untuk contest Seo Eyriqazz vs Denaihati belum tentu lagi. Persaingan tengah sengit sangat jadi tak salah saya mencuba nasib dalam Giveaway Kedua Dari Cik Tom.

Tapi dalam peraduan mana pun semua ada syaratnya walaupun pertandingan mewarna buaya darat pun ada syaratnya, begitu juga untuk GiveAway Kedua Dari CikTom ini.
1. Syarat yang Pertama? Ya, Syarat yang pertama adalah bagaimana saya kenal blog CikTom.
Panjang ceritanya, sukar untuk saya meluahkan semua ini setelah sekian lama saya memendam. Mahu diluahkan atau dibiarkan menjadi satu rahsia hati semata-mata? Mahu tak mahu saya tetap kena story juga sebab syarat kena cerita.
Ceritanya bermula begini, sebelum wujud blog ini saya ada beberapa kali terserempak dengan blog CikTom semasa saya bersama bini lama (blog lama). Dan masa tu, dek kerana malu…malu…tapi mahu (bak kata Ramlah Ram). Saya hanya mengintai dari tirai kamar sahaja. Melihat dari kejauhan dan menjadi pembaca sepi saja.
Dan bila saya sudah berbini baru (blog baru), bini inilah (daddydee.net), bini baru yang lain belum sempat lagi saya masuk meminang lagi, sibuk melayan yang ini. Nanti dah meminang yang baru akan saya war-warkan juga. Barulah saya ada sedikit kerberanian nak beri salam kat Blog Cik Tomato ini. Ya lah, dulu takut tegur takut kena baling dengan Tomato.
Aku bukan abang toiyib yang berkelana tidak pulang-pulang. Ternyata saya pulang lagi ke blog CikTom apabila bersama bini baru. Beri salam, ternyata saya tidak dibaling dengan Tomato. Saya dihidang dengan Tomato.
Cerita berjumpa rumah CikTom ini pun, ketika saya bersiar-siar jalan berpimpin tangan dengan bini baru (blog saya). Dari rumah (blog) ke rumah (blog), lompat punya lompat ternampak pula blog CikTom. Termasuk lah kedalam rumah CikTom. Dan kalau tak silap saya melompat dari rumah Titan (earncent.com) ke rumah CikTom.
Jadi cerita pendeknya saya tersinggah ke blog CikTom ketika saya blogwalking. Situlah mulanya saya menyinggah ke blog CikTom, sekali singgah terus sangkut.
2. Syarat yang ke-2? Artikel terbaik blog ni??
Saya rasa entri ini adalah yang terbaik iaitu ‘ASB Loan : Cara Saya’ kerana entri ini adalah entri paling jujur yang saya tulis. Entri ini ditulis hasil dari kajian dan pengalaman saya sendiri. Bukan mengikutkan kata orang lain atau pun entri orang lain. Tiada sebab lain entri ini ditulis melainkan agar dapat membantu pembaca blog saya dan kongsikan pengalaman saya sendiri. Saya pun bukan lah seorang perancang kewangan. Saya masih juga belajar dan terus belajar.
3. Syarat yang ke-3? Perlu ada penutupnya.
Buah mempelam buah mangga,
Makan strawberi bersama laksa,
Kalaulah menang amatlah bangga,
CikTom memberi kita lah merasa.
Jom kita pakat join. Moh…Moh….
Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer,Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.
Good luck bro,
aku ingat nak join jugak la hehehe
budak felda recently posted..Cinta Jarak Jauh : Kalau Ia Milik Kita Tetap Milik Kita
hebatnya sastera..kiasan diatas betul2 yang mengancam kalbu pembaca
Nazri recently posted..Kos rawatan swasta dijangka naik
wah penutup yg makn laska sama berry mah dasyat… 😛
suri recently posted..Doa Ketika Marah
tomato suka warna dia .klu mkn beger sama tomato best.
suri recently posted..Doa Ketika Marah
siap ada pantun untuk cik tomato kita ini
onlajer recently posted..Mengayat Cik Tom
gud luck… pernah juga terjah blog tu..cuma sekarang masa blogging kurang
adamfaiz recently posted..WW 39 – Tangkap Pasangan Curang
Terbaiklah bro! Cara ulas yg mmg ada gayanya yg tersendiri =)
Nak2 bab penutup yg ada laksa tuh…fuuuh!
Selamat berjaya yer bro 😀
hafizmd recently posted..9 Keistimewaan Bulan Ramadhan
Adehh.. baru siap JebengOtai nya… CikTom nya on the way.. huhu.. Cantik la bro.. senyum sokma membaca tatkala menunggu waktu untuk melangkah sambil berpimpin tangan ke juadah Ramadhan..
irsah recently posted..Eyriqazz Vs Denaihati : Pendapat Team Irsah
gud luck boh
captain JACK sparrow recently posted..Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka
gud luck juga..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway JebengOtai : Hadiah Sudah Sampai
Hahaha…cik tom tak baling tomato nyer jangan takut…saya pun memang nak masuk juga,belum ada masa nak karang cerita lagi…
azman recently posted..Semangat 1 Malaysia Yang Hampeh
Pantun akhir sekali tu terbaik bro..haha..semoga berjaya ya!!
Blog Asyraf recently posted..Lagu Tema Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke 55 Tahun 2012
cecece. siapa berpantun lagi. good luck!
Oh! budu recently posted..(gambar) upacara pembukaan sukan olimpik london 2012
kat blog aku rupanya.hoho..
titan recently posted..Komisen ke 19 dari Innity
wah.. macam teringin je nak join ni..
boni kacak recently posted..Aku Rindu Dia
Aku nak masuk ke tak, ta ke nak, nak ke taknak.. hmmm
all the best bro
samdaddycool recently posted..Atlit Malaysia Olimpik London 2012 di Yahoo.com
oh rupanya kenal dr blog titan..hehee
tq suka pantun last tue…entry pn menarik..hiii
tq join GA cik tom…penyertaan diterima..
Sama-sama ciktom. Ya melompat dari blog Titan.
hehe,ramai yg kenal cik tom melalui jejaka kacak tu..ehehe..
chii recently posted..Wordless Wednesday #28 – Miss Little Cinderella
Psstt…agak-agak abang kacak tu dengan ciktom ada pape ke?? hahahhah
jangan marah abang kacak titan dan ciktom comel…
salam perkenalan daddydee… ye kalau menang merasa same2 kan? =p
btw gudluck ye
beauty lover recently posted..Review: Garnier BB Cream! Pilihan saya!
Salam perkenalan juga buat beauty lover
gudluck yer…
apa nama bini lama tu? 😉
Ummi Hanie recently posted..Si Peramah di bulan Jun ’12
selamat maju jaya buat dadddy 🙂 entri yg kreatif 😀
chii recently posted..Wordless Wednesday #28 – Miss Little Cinderella
Terima kasih banyak-banyak chii…
kemah keming entry daddydee ni.. terbaeekkkkk!!!
sohoque recently posted..Hubungan Seks Punca Keruntuhan Rumahtangga
Contest SEO sekarang ni dah tak baik untuk blog.
Kemungkinan untuk kena denda lebih tinggi 🙂
Agak2nya contest lama macam ni nak kena delete x?
Mazni Azmi recently posted..Beli Tudung Online Koleksi Labuh Bidang 60 Inspirasi Hana