Euro 2012 : Final Spain vs Italy

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat SaudaraKu Semua.

Euro 2012 telah sampai ke kemuncaknya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan penentuan Juara Euro 2012.

Awal pagi esok, 2 Julai 2012, jam 2.45 pagi akan berlangsungnya perlawanan Akhir Euro 2012, antara Spain vs Italy.

Pastinya satu perlawanan menarik akan dihidangkan buat semua peminat. Ya, dua corak permainan yang amat ketara sangat dan itulah suatu yang amat mengasyikkan untuk ditonton.

Spain pastinya ramai yang memilih Juara Bertahan ini, sebagai pasukan pilihan untuk menjadi Euro 2012. Spain pasukan yang dibarisi bintang dari Goalkeeper hingga ke Striker pastinya akan menyajikan satu persembahan hebat. Antara pemain yang akan diturunkan iaitu Cassilas, Pique, Arbeloa, Jordi Alba, Sergio Ramos, Xavi, Basquets, Ineasta dan juga Fabregas. Pastinya akan mempamerkan satu permainan terhebat. Dengan Fabregas yang berada di prestasi terbaik.

Italy pastinya akan mempamerkan permainan terbaiknya. Walaupun dari segi umur pemain Spain jauh lebih muda berbanding dengan Italy. Majoriti pemain Italy telah berumur dan mempunyai pengalaman yang cukup luas. Dan pastinya tonggak utama Italy iaitu Pirlo yang terkenal dengan freekick dan passing nya yang cermerlang. Pirlo juga bijak menyusun dan mengatur permainan. Italy akan dibarisi oleh Buffon, Bazagli, Chellini, Pirlo, De Rossi, Cassano dan Balotelli.

Pastinya yang paling menarik perhatian adalah persembah dua penjaga gol terbaik Eropah iaitu Buffon dan Cassilas. Dua penjaga Gol terbaik dari La Liga dan Sirie A.

Dan tak lupa juga persembahan Budak Nakal Balotelli pastinya akan mencuri perhatian semua.

Saya meramalkan Italy akan jadi Juara Euro 2012. Italy akan menang 2-1 ke atas Spain.

PS : Saya sokong Italy, wife pula pilih Spain. Nasib baik Tuan Kecil di rumah tak tahu memilih lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini,
Euro 2012 telah berlangsung 8 hari. Malam ini pusingan terakhir bagi Kumpulan A akan berlangsung
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai
(Visited 12 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

4 thoughts on “Euro 2012 : Final Spain vs Italy”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.