Assalamualaikum dan Salam 1 Ispirasi buat semua saudaraku.
Makin hebat makin mantap. Itu saja yang boleh saya ungkapkan apabila melihatkan kerancakan Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati ni. Memang cukup hebat, ya siapa tak nak menang hadiah hebat. Makin ramai blogger yang update mengenai kontest ini untuk terus berada di 1st page google.
Blog saya, belum tahu lagi. Tapi saya sememangnya kosong ilmu HTML dan SEO ini. Memang bukan bidang saya. Saya tidak pernah belajar perihal HTML dan SEO ini secara formal.

Saya terjebak dalam dunia blogging ini pun secara tidak sengaja, iaitu pada tahun 2007, dengan bermula daripada menggunakan blogspot.com, memang lama saya berblog menggunakan nama domain blogspot sebelum beralih kepada domain sendiri pada 2011 dan membuat satu blog menggunakan hosting pada 2012 (wujudnya daddydee.net yang baru berusia 3bulan).
Ianya bermula apabila saya berkerja di Bandar Selesa Jaya, Johor, selama hampir setahun. Saya tinggal dan kerja di sana, yang mana pejabat adalah rumah dan pejabat saya. Tinggal seorang macam orang gila. Siang malam mengadap internet saja.
Dek kerana sudah bosan main limewire, chatting, online gaming, saya cuba explore pekara baru dalam internet ini, dan terjumpa blogspot.com, terus saja saya register. Memang awal saya menulis memang saya tidak tahu apa yang patut saya tulis. Rasa malu, takut dan segan untuk menulis masa itu terlalu menebal pada masa itu. Kalau dibaca balik tulisan saya memang agak kelakar.
Selepas bertahun setia dengan blogspot.com, saya beralih pula kepada domain sendiri. Itupun setelah beratus entri yang saya baca menyarankan blogger mempunyai domain dan hosting sendiri, termasuklah dalam entri Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati. Nak memulakan hosting sendiri belum bersedia lagi saya rasa pada masa itu. Sebab memang saya tak reti ilmu HTML dan SEO, saya tau pakai blogspot je. Nak berhijrah kepada wordpress dan hosting sendiri rasa berat je.
Bulan Mei 2012, setelah beribu kali berfikir. Saya mengeluarkan sedikit wang untuk memilikki hosting sendiri. Maknanya saya akan menggunakan perisian baru iaitu wordpress. Memang saya gamble saja lakukan ini. Memang saya kosong sungguh. Tapi alhamdulillah sikit sikit saya belajar, dan pengalaman memang mengajar saya untuk lebih maju.
Tujuan saya sertai kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati tiada lain melainkan untuk mencuba pengalaman baru. Ini adalah pertama kali saya sertai kontest SEO. Tanpa ilmu SEO. Saya main redah je.
Pengalaman adalah guru terbaik saya. Yang mengajar saya untuk terus mencuba dan mencuba. Dalam hidup ini sememangnya kita kena mengambil risiko. Tiada kejayaan tanpa suatu pengorbanan.
Hidup Harus Berani Mencuba. Jangan pernah bosan untuk mencuba dan mencuba.
all d best utk contest ni.. tak pe, kdg2 ia dpaat bantu utk kita belajar lebih baik dan dpt ilmu2 seo ni.. saya pun tak tau sgt, tapi kena blajar jugak, sbb dah minat sikit2 de..
fiezaradzi recently posted..Ahli Baru
Terima kasik Cik Puan Fiezaradzi…
samalah kita belajar terus belajar..
chaiyok daddy
spudin recently posted..Harga RM10.17 Juta, Tapi Tenggelam ..
terima kasih tuan..
salam singgah,
dh lama tak aktif blogging sampai contest denaihati pn dh berubah jd nama lain.
memacam konstes ada kat dalam dunia blog ni. saya pun tak terkejar kekadang…
pelan-pelan kayuh, insyaAllah sampai juga
Nazri recently posted..Claim Kena Gigit Semut RM700
sikit-sikit lama-lama makin maju…
dulu aku suka main2 dengan ayat selesa jaya hehe,
Tahun 2004 blog pertama yang aku jumpa cyclonmaster pasal aku cari dan nak baca komik2 hongkong, time tu aku tak tahu yang fungsi blog macam sekarang ni, aku ingat hanya tempat untuk download je
onlajer recently posted..Wordless Wednesday : Israeli Dates
dulu saya juga suka lepak kat blog cyclonmaster atas tujuan yang sama…hehehe…
saya pun peminat komik hongkong…
sekali dah cuba ada hosting sendiri..malas dah nak ada blog percuma.hoho..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
betul Tuan titan…ada hosting sendiri sememangnya suatu kepuasan…
Sama lah kita… baru gak lagi ni.. main redah jer.. apapun, good luck yer…
AkmaOmar recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
Terima kasih Cik Puan AkmaOmar…
Samalah kita memajukan diri..
aku dah tertinggal jauh dah
Juan recently posted..Beli Samsung Galaxy S Advance
Kalau Tuan Juan dah jauh.. Saya lagilah jauh…hahaha
a’a pengalaman memang guru terbaik. jangan takut untuk mencuba kata mak saya.
eiela recently posted..Cerita Eyriqazz Vs Denaihati
gud luck bro.. lagipun, kebaikan hosting sendiri ni, 100% adalah milik kita. berbeza dengan blogspot. walaupun dah ada domain, tapi kita tetap berada di bawah google.. jadi, bila2 masa blog kita boleh diremove oleh google
boni kacak recently posted..Dek Kerana Bisul, Aku Mendapat Ilham
betul tuan Boni… setuju sangat…
ni kalau pekena durian semangkuk panas ni ..haha
spudin recently posted..Harga RM10.17 Juta, Tapi Tenggelam ..
durian semangkuk ek?? cukup ke??
sebaya la kita baru 3 bulan sahaja..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..CPU Overload : Keburukkan Tag Berlebihan
la sebaya rupanya…salam dulu…hahaha