Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku….
Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan ibadah puasa. Sudah seminggu jugalah Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Lagi 3 minggu Ramadhan yang tinggal.
Bila bulan Ramadhan tiba, pasti akan tumbuhnya bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Ramai yang cukup teruja untuk berniaga di bazar Ramadhan ni. Apa taknya berniaga cendol pun boleh dapat RM 120,000. Banyak tu?

Ada yang balik dari pejabat sambung berniaga di Bazar Ramadhan. Ada juga yang sanggup ambil cuti tanpa gaji sebulan Ramadhan untuk berniaga. Tidak dinafikan pendapatan perniagaan memang mengagumkan. Dalam Islam pun ada menyatakan 9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan.
Sesiapa yang pernah berniaga atau ada pengalaman berniaga pasti rasa cukup hebat dan teruja. Saya sendiri pernah menolong ma abah dan saudara saya berniga di tapak pasar malam dan expo. Memang satu pengalaman yang hebat.
Berbalik kepada cerita bazar Ramdhan, setiap kali bazar Ramadhan saya lihat pasti ada muka-muka baru yang berniaga. Yang cuba bereksperimen.
Bagi yang berniaga juadah berbuka, janganlah berniaga syok sendiri. Masakan yang disediakan biarlah kena rasanya. Jangan berniaga untuk mengaut keuntungan saja kelak nanti sendiri juga yang rugi.
Masaklah masakan yang hendak diniagakan dengan kasih sayang dan hati yang ikhlas. Barulah masakkan itu lebih mengancam.
Pernah saya membeli satu bungkus nasi Tomato semasa bujang dulu. Nampak macam okey je masakannya. Tapi bila makan memang hampa, memang membantutkan selera.
Candangan saya yang tidak pernah berniaga masakan atau kuih ini kepada yang nak berniaga, sebelum memasarkan masakan anda buat lah seperti di bawah:
- Masak dan makan sendiri dahulu, sedap tak?
- Kalau anda rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada keluarga, sedap tak?
- Kalau keluarga rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada sahabat, sedap tak?
- Kalau sahabar rasa sedap, ulang masak dan hidangkan pula pada tetangga, sedap tak?
- Kalau tetangga rasa sedap, masaklah dan pasarkan, insyallah akan dapat sambutan.
Rugi buat seperti yang saya cadangkan? Ingat dalam Islam menggalakkan kita untuk memberi. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima.
Teknik yang saya cadangkan juga secara tidak langsung dapat mempromosikan produk yang ingin dipasarkan. Bila orang dah kenal masakan kita kerana keenakkannya, pasti akan ada yang membeli, dan pasti ada yang ulang beli.
Lakukan eksperimen dulu sebelum berniaga, jangan buat eksperimen semasa berniaga.
Kepada yang berniaga, saya ucapkan selamat berniaga dan selamat berjaya.
Sekian, terima kasih.
Posted with WordPress for BlackBerry.
kena hati hati membeli di pasar ramadhan.. paling penting sebelum beli perhatikan dahulu kebersihan makanan tu.. kalau terlalu terdedah jangan di beli.. sakit perut nanti
rahman recently posted..Minggu ke17 kehamilan
Betul tu tuan, kebersihan memang penting sangat. Saya pun hanya beli di kedai yang saya yakin kebersihannya.
Yea stuju eksperimen DD. hidangkan kat yang terdekat dulu seblum hidangkan kepada org tak kenal… beri ruang untuk org kritik supaya masak lagi sedap dari biasa kan?
irsah recently posted..Skandal Janda Ibu Tunggal Kasanova Masalah Moral Sosial
Kan bagus kalau semua peniaga buat gini. Best kan?
Tapi tak semua orang boleh terima kritikan. ramai yang akan melenting bila di kritik.
Lauk dekat bazar Ramadan ni kalau salah pilih, memang boleh mendatangkan kemarahan. Memang kena beli dengan orang yang dah biasa kalau nak selamat lah. Biasa la bazar Ramadan ni memang dah terkenal dengan tempat orang nak cari duit lebih.
Hazmin Hamudin recently posted..Kereta Proton Satria Neo WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan?
Saya pun beli di kedai yang saya biasa je. Yang sudah saya yakin dengan masakannya.
Tu la, ramai yang berniaga bazar Ramdhan untuk kaut untung.
setuju tu.. bila tak buat eksperimen dulu tu yang banyaknya makanan2 yang dijual kat bazar ramadhan tak sedap
boni kacak recently posted..Lebih Banyak Yang Pahit Daripada Yang Manis
Beli banyak banyak, last-last semua masuk tong sampah pasal tak sedap. Heheeheh
betul tu, yang penting bagi yang terbaik kepada pelanggan
sharinginfoz recently posted..Juada Berbuka di MZ Darulnaim @Kampung Baru
Pelanggan di utamakan…
haha.. kalau aku, dah kena caci dgn abang aku awal lagi.. haha
Oh! budu recently posted..contest brought to you by sunlight : detik bersama sunlight
saba je la…kita pula tu yang kena ….hahahha
Biasa kena jugak macam bro..hari puasa kedua haritu, beli bihun sup, balik nak makan waktu berbuka tengok kuah sup dah macam basi. huhu.. apa pun tak boleh la..
Blog Asyraf recently posted..Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar Kepada Logo 1Malaysia
sabar je la tuan…jenis peniaga tak perihatin…itulah jadinya..
jadilah peniaga yg berhemah~
Blog Asyraf recently posted..Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar Kepada Logo 1Malaysia
ramai yg meniaga sesuka hati je..xfikir dah sedap ke tak..tau untung je..
itu nyebabkan pelanggan lari…
Mmg betul kata daddydee.. kena pastikan betul-betul sedap pada lidah org ramai sebelum jual… Kalo tak,org sekali beli je la…

Hairul Hissam recently posted..Idea Perniagaan Paling Mudah Setakat Ini Dari Pembaca Blog Hairul.com
memang orang akan beli sekali je pastu terus menjauh dari kedai tu…heeheheh
biasanya peniaga hanya berniaga bulan ramdhan dan setahun sekali je bukak kedai/gerai. sedih betul kalau terkena.
Denaihati recently posted..Olimpik London 2012 update terkini
boleh menimbulkan amarah kalau terkena…hehehehe
itu mmg rezki dpt tak berkat jadinya… pelanggan tak hpy
suri recently posted..Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom
sllu akan tgok org ramai sy akan ke situ tpi terkadnag bila ramai pelangan pun tak sedp gak hee
suri recently posted..Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom
hemm..aku jarang gi. kalau ada yang mengajak..barulah pegi..
titan recently posted..Pakcik Alexa dah benci aku.
kene eksperimentasi diri sehingga berjaya..nnt bru org suka..

Jebeng Otai™ recently posted..Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13
Rasanya ramai yg tak buat apa yg bro sarankan ni. Nampak luaran jer macam sedap, bila mkan, byk yg menghampakan.
Masaklah dgn kasih sayng…terbaik!
hafizmd recently posted..Kisah Cermin Mata dan Laptop
Tu sebab saya jarang ke bazar Ramadhan…lebih suka ke gerai yang sudah biasa saya beli…