Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat saudaraku…
Pagi ini, belek-belek HMetro jumpa tajuk ini..DERA HINGGA PECAH USUS antara petikannya adalah:
KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.
Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.
“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya.
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.(Sumber : HMetro)

Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia
Kenapa kejam sangat manusia hari ini? Tiadakah perasaan perikemanusian dalam diri mereka walaupun secebis? Mengapakah sanggup mereka mengorbankan dan mencederakan insan kecil yang masih tidak mengerti? Salah apakah mereka?
Sedangkan Harimau pun sanggup melawan sang Buaya untuk mempertahankan nyawa anaknya.

Keluarga harimau

Harimau vs Buaya

Harimau terkam Buaya

Serangan Sang Harimau

Selamat keluarga harimau
Inikan pula kita manusia yang dikurniakan akal fikiran. Dan merupakan sebaik-baik ciptaan Allah swt. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah di bumi Allah bukan untuk membuat kehancuran.
Tidakkah kita mampu berfikir sejenak sebelum melakukan satu-satu tindakan? Kita semua ada akal fikiran.
Semoga kes sebegini tidak lagi berulang. Pukul untuk mengajar tidak mengapa tapi janganlah sampai memudaratkan. Dalam Islam pun menyarankan merotan anak yang berusia 7 tahun yang masih enggan solat.
Kasihilah anak-anak kita sebagaimana kita dikasihi oleh ibu bapa dan masyarakat semasa kita kecil. Kalau kita tidak dikasihi tidak mungkin kita akan membesar sampai ke usia sekarang. Tidak gitu ke?
Sekian, terima kasih.
jantan bengong…semoga bayi tu cepat sembuh
Sama kita berdoa agar baby itu cepat sembuh…
aku tak kan bagi muka kalau berlaku macam tu di depan mata.
hatiputera recently posted..Eyriqazz vs Denaihati Top 5 ww
memang tak patut dibagi muka…
binatang kadang2 lebih berhati perut dari manusia. kan? sedihnya
Lizz recently posted..Diet Tips Rahsia Sistem Diet Kamikaze
sedih memang sedih…tapi itulah kenyataan dunia hari ini…
manusia xde hati pertu..masyaallah..
pengumpul lirik lagu recently posted..Lirik Lagu Wujud – Roman Feat Mira Tilu & Amylea Azizan
memang kejam…
Nauzubillah…takde perasaan langsung buat sampai macam tu sekali
Shahrul recently posted..Kelebihan Logo Hari Kebangsaan ke-55 2012
manusia memang macam tu. kejam. bila dah susah..dah menderita, baru nak bersatu.
titan recently posted..Mari bercinta
Ikat jantan tu, kita tinju dia ramai-ramai.
samdaddycool recently posted..Video penuh @ full video Debat: PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?
haa…sabar jlah tu cam kes dera lagi namanya
suri recently posted..Doa Ketika Marah
bila pandai otak tka blh nak pakai dg baik..
suri recently posted..Doa Ketika Marah
Dan apabila otak letak dikepala lutut.. itu jadinya.. nauzubillah..
merotan utk mendidik mmg lain dari merotan utk mendera..
Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway JebengOtai : Hadiah Sudah Sampai
kelantan kurang. sebab isteri yang kena dera. ada tgk kat mana ntah, kalo kes isteri kelantan tinggi juga, atau kes penceraian.. hehe.. lupa yg mana satu..
Oh! budu recently posted..(gambar) upacara pembukaan sukan olimpik london 2012
ya Allah mmg lelaki tu kejam… smpi pecah usus? ptt dikenakan hukuman yg berat..bg pengajaran..