Khalwat Dengan Mat Karpet : Cinta ke?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku…

Khalwat Dengan Mat Karpet begitulah salah satu tajuk dalam Harian Metro semalam.

Seorang janda muda telah ditangkap khalwat bersama dengan Mat Karpet di sebuah hotel. Pasangan tersebut ditangkap dalam keadaan yang agak mengaibkan. Untuk maklumat lanjut bolehlah baca Harian Metro, 8 Julai 2012.

Persoalannya, mengapa gadis/wanita di negara kita mudah percayakan cinta warga asing? Ada yang cintakan Mat Bangla, Mat Indon, Mat Pakistan dan ada juga cintakan Awang Hitam.

Tiadakah lagi lelaki sejati, jati di Malaysia lagi? Mungkin juga, pengalaman lalu menyebabkan mereka serik dengan lelaki ataupun desakan hidup yang memaksa mereka.

Dari pengamatan dan pengalaman, saya sendiri, selama beberapa tahun bergaul dengan warga asing di tapak bina terutamanya. PATI dan PADI mereka sanggup berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu mereka.

Mengeluarkan ribuan ringgit sebulan bukan masalah besar bagi mereka. Ya, mereka sanggup tabur gaji sebulan mereka untuk perempuan. Seorang pekerja saya sendiri pernah mengaku bahawa duit gaji dia habis untuk perempuan, sampaikan tiada nafkah yang dihantar untuk anak isteri di negara asal.

Asalkan mereka dapat melempiaskan nafsu mereka. Mereka sanggup buat apa saja. Kekadang duit mereka berikan dalam bentuk top up. Selain berikan cash.

Wanita/Perempuan akan gelap mata dek ayat-ayat manis dan wang ringgit mereka berikan sehinggakan ada yang sanggup ke ranjang. Berani saya katakan ada segelintir perempuan sekarang tidak kisah dengan semua itu janji mereka dapat wang dan cinta. Ada juga yang berkata ‘Bukan luak pun’

Apapun, celik lah mata. Mereka hanya mahu memuaskan nafsu mereka. Mahukan seks semata. Tiada lain. Tiada istilah CINTA pun.

Kembalilah ke pangkal jalan. Kembali pada jalan diredhai. Kalau pun, cintakan warga asing pun, berkahwinlah. Halalkan hubungan itu.

Tapi, nasihat saya baik janganlah khalwat dengan mat karpet. Cari yang halal.

Sekian, terima kasih bebanyak.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ramai kawan-kawan sekeliling saya mengeluh kini. Mengeluh dan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Berita gembira untuk Penjawat Awam, Jadual Gaji 2015
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Siang malam bekerja memerah keringat demi sekeping kertas.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
(Visited 75 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

22 thoughts on “Khalwat Dengan Mat Karpet : Cinta ke?”

  1. zina yang semakin berleluasa.. alangkah bagus kalau ada hukuman yang boleh membantutkan hasrat bakal penzina lain. selamat juga bayi yang tidak berdosa dari dibuang akibat perbuatan keji
    Nazri recently posted..HepatitisMy Profile

  2. tataw nak cakap kena theyols suka warga asing….sebab tak pernah lalui situasi mcm tue….but ai pernah kena ngorat ngan org afrika mcm nak mall 9 yeras ago…giler ..but ayat thyeols mmg power!!

    1. rasanya mat karpet dan mat bangla lagi pandai mengayat…lagi satu diorang tak kedekut duit. tak cam mat lombok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.