Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi…

Juara Masterchef Selebriti Malaysia
Tadi menyempat menonton Buletin Utama seketika sebelum menonton kemenangan Dato’ Fazley sebagai 1st Malaysia’s MasterChef Celebriti. Tahniah Dato’ Fazley. Tahniah juga buat Angah Raja Lawak. Saya tak nak ambil port sangat perihal perhimpunan oren ke, hijau ke, pink ke, merah ke, biru ke, kelabu ke, atau berwarna-warna suram sekalipun sebab bagi saya itu tidak seberapa menarik perhatian saya. Saya lebih suka kalau warta berita di Malaysia memaparkan realiti sebenar kehidupan rakyat kita dari fantasi yang dikejar bagai menembak bulan dengan lastik. Belum tentu akan kena. Sekadar membuang masa kami yang menonton.
Walau apa pun cara yang digunakan untuk menyembunyikan fakta. Lama-lama semua akan ketahuan jua. Kerana rakyat kini lebih banyak pilihan, bukan bergantung 100% surat khabar atau media massa arus perdana semata-mata. Fikir-fikirkan lah. Rakyat sekarang sudah bijak menilai.
Maaf, terpanjang pula pengenalan dan terpesong pula dari tajuk. Berbalik kepada tajuk asal, tadi saya terlihat ada satu usul untuk membenarkan pelajar sekolah membawa handphone ke sekolah.
Wow, ini sudah hebat. Kalau zaman saya belajar dulu, handphone tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar yang membawa handphone, boleh dirampas handphone nya dan hanya akan dikembalikan kepada ibu bapa pelajar. Tapi sekarang, pelajar dibenarkan membawa handphone. Mungkin zaman sudah berubah.
Ini memang bagus sekali. Kenapa saya kata bagus :
- Memudahkan ibu bapa, girlfriend dan boyfriend untuk menghubungi pelajar. Cikgu mengajar didepan, pelajar dibelakang akan sibuk lah berfesbuk atau ber’YM’. Dan mungkin juga ber’viber’. Hehehe
- Memudahkan pelajar untuk mencari maklumat yang diperlukan di alam maya. Silap hari bulan budak lelaki layan ‘redtube’ dibelakang.
- Memudahkan pelajar merakam apa jua gambar atau video yang diperlukan. (Pasti lebih banyak 3gp pelajar akan boleh didapati di pasaran gelap)
- Memudahkan pelajar untuk lebih berlagak dengan cikgu-cikgu kerana mereka pakai iPhone5 manakala cikgu hanya pakai Nokia 3310.
- Memberi tekanan moral kepada pelajar yang tidak mampu memiliki handphone canggih. (Jarang pelajar mampu mengambil tekanan menjadi pendorong untuk lebih maju)
- Menambahkan bebanan kepada cikgu dan pengawas untuk mencari handphone yang hilang.
Itu saja yang saya mampu senaraikan setakat ini.
Secara peribadinya, memang saya tak setuju dengan usul ini. Kerana saya tak rasa ianya membantu proses pembelajaran pun. Saya rasa ianya akan lebih kepada mengganggu kosentrasi pelajar itu sendiri untuk belajar. Ada baiknya kalau larangan membawa handphone di kekalkan. Ini kerana pelajar ke sekolah adalah untuk belajar bukan untuk bergaya. Untuk akses internet rasanya semua sekolah sekarang sudah dilengkapi dengan makmal komputer yang canggih dan boleh digunakan oleh pelajar. Malah sesetengah sekolah juga ada komputer di dalam perpustakaan.
Budak sekarang pun sudah tak kenal akan BUKU SIFIR.
tak setuju gak..akan menimbulkan byk kesan buruk dari baik..antara nya spt yg daddydee nyatakan di atas…
nnt cikgu di depan mengajar..anak murid di belakang dok main sms..x pun layan fesbuk..da x boleh nak fokus da
chii recently posted..Wanita dan Masakan
tu la…kang cikgu mengajar kat depan kat belakang budak sibuk dok main sms…
100% tak setuju dengan cadangan ni
boni kacak recently posted..Tragedi Kaki Kebas
ramai yang tak setuju dan rasa janggal ngan cadangan ni…
aku dengar berita ni kat tv tadi macam tergelak je hahaha aku tak nampak lagi apa relevan dia boleh bawak handphone ke sekolah.. kalau asrama tu boleh dipertimbangkan jugak la sikit sebab aku dulu pon seludup masuk henfon dalam asrama hahaa
topo recently posted..6 Tips Mengembalikan Semangat untuk Menulis Blog
saya pun sama nak tergelak..apakah rahsia disebalik semua ini..
saya juga turut tak setuju..alat komunikasi lain menggangu komunikasi guru dgn pelajar dlm kelas.. siapalah yg bijak sgt usulkan benda ni ek..aiyoo
Bobo recently posted..Kedai Handphone di The Mines Penipu
mesti cikgu sekolah pening kepala lepas ni…heheheh
saya juga x setuju, apakah tujuan dan matlamat dengan membawa henpon ke sekolah? apakah pembelajaran ada kaitan dengan phone? tgh belajar jawab sms? adakah tanpa henpon disekolah akan menimbulkan masalah lain?
Juan recently posted..Juara MasterChef Selebriti Malaysia Yang Pertama Adalah Dato Fazley
itu lah yang menjadi persoalannya sekarang..apakah motif disebaliknya??
ciktom xsetuju sbb lg byk penyalahgunaan hp oleh pelajar dr kebaikan…makin kesian la cikgu…
budak-budak….larang bawa pun dibawanya…dha disuruh bawa apa lagi…silap-silap semua pakat dok bawak handphone mahal…
mengarut betul, ntah sape punya idea ntah. sebab2 Daddy dee dah tulis kat atas tu. mmg betul semua tu! nak ckp jugak ni idea bengong. kihkih..
tak tau la kak asmara sape la punye idea yang lebih kreatif ni…
memang ada kebaikan dan keburukan. sangat perlu peraturan, kawalan dan pemantauan yg lebih supaya takde salah guna. kita ibubapa juga kena pantau.
Denaihati recently posted..Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012
setuju…memang ada kebaikan dan ada keburukan nya..
bertambah la skit lagi kerja cikgu…ibu bapa jangan pula lepas tangan…
Tak setuju juge!!..
nak kena wat himpunaan pink ni…hahhaha
lihat keadaan sekarang dan semua penilaian la.. merasakan tidak ada keperluan yang penting untuk membawa telefon ke tmpat beljar..even skolah asrama pun kami dulu xperlu.. dulu ada je seledup..tapi mesej dgan pakwe je banyak..(pengalam)..hehehehe
misz domu recently posted..I’m back…!
bagus…satu pengakuan yang jujur…rasanya pun itu juga yang akan berlaku…
game/fb antara cabaran utama. pelajar yang nak mengulat berpeluang curi-curi update status tanpa perlu loncat pagar.
Lagi bagus rasanya kalau bawa notebook dilengkapi broadband untuk tujuan pembelajaran, senang nk pantau dan membantu.
Nazri recently posted..Bersua Ust Pahrol
tak tahu lla tuan…apa motif disebalik semua ini…
saya berangan menjadi menteri pelajaran membenarkan anda membawa handphone yang hanya ada fungsi sms dan voice call sahaja, segala telepon pintar yang anda bawa akan dirampas dan akan diberi kepada anda semua setalah tiba cuti hari raya, hehe
serius bhai tak terfikir masa zaman aku nak bawa hp kesekolah, zaman hp boto air dengan harga melebihi iphone5 hehe
onlajer recently posted..Ramadhan Datang
zaman kita pakai public phone je…hahahha
hanphone kita bawa sebagai betol air je…
Hahaha…semua 6 perkara tu memang bagus..yang ke lima tu amat bagus..hahaha
Hafizul recently posted..Rakan Blogger Baca Ni
sinis skit skit…kawan-kawan saya yang cikgu dah pakat pening…
tak setuju jugak budak2 bwk hp kat sekolah. banyak keburukannya nanti.
eiela recently posted..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit Perut
kita tengok lah nanti apa yang akan jadi…
Tak tau macam mana mereka boleh buat keputusan membenarkan perkara ini. Agaknya anak menteri berkenaan minta bapanya untuk membolahkan perkara ni kot. Sayang anak lah katakan …. ops!!!
Razif recently posted..Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom