Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku…
Popular? Ramai yang mahu popular. Mahu menjadi seorang popular pasti cita-cita ramai orang. Apa pentingnya populariti?
Saudaraku sekalian bagaimana? Mahu jadi popular ke? Saya tak mahu popular. Begini sudah cukup.
Memang ramai yang mendapat durian runtuh hasil populariti. Sebagai contoh ramai blogger yang mendapat pendapatan yang tinggi dari blog dek kerana populariti seperti penmerah, benashaari, eyriqazz, redmummy dan ramai lagi.

Lebih menyerlah dari biasa
Ya lah, mana tahu kot rezeki saudaraku sekalian seperti blogger cantik Hanis Zulaikha yang telah berjaya menjadi pelakon. Ya tak?
Memang populariti penting dalam dunia sekarang tidak dapat dinafikan. Populariti memainkan peranan dalam pengaruh seseorang.
Kekadang bila sudah popular ada juga yang mula menggunakan populariti yang mereka ada dijalan yang salah. Sampaikan ada yang menganggap kita semua perlu hormat kepada mereka kerana mereka lebih popular.
Saya sendiri menjadi mangsa dalam keadaan seperti ini, yang mana saya perlu melayan aduan yang bukan-bukan dari penyewa yang berstatus ‘Dato dan Datin’. Bila bercakap dengan kita insan biasa bagai langsung tiada rasa hormat? Cara minta bantuan bagaikan satu arahan? Pening mahu melayan permintaan yang bukan-bukan dari mereka. Dan paling memanaskan hati bila terselit kata-kata penghinaan dan cacian di situ.
Sebenarnya saya hanya yang menurut perintah. Saya tiada kuasa membuat keputusan. Saya hanya mengikut arahan pihak atasan.
Tidak kurang juga yang menjaja populariti mereka untuk mendapatkan projek. Sampai kekadang sanggup mencantas rezeki orang lain. Menabur pasir dalam periuk nasi orang. Keji bukan?
Itulah yang terjadi bila populariti tidak digunakan pada jalan yang betul.
Jika popular adalah wawasan saudara semua, teruskanlah. Terus mengejar wawasan hidup saudara itu. Sekiranya sudah popular, jadilah insan popular yang berjasa yang dikenang disebut seluruh ceruk dunia kerana kebaikannya. Jadilah hebat seperti Ustaz Don atau Ustaz Azhar Idrus yang popular kerana pendekatan yang digunakan untuk mendidik seluruh umat Islam di Malaysia.
Tapi, jangan kesal kalau tidak popular, dan jangan terdesak untuk popular sampai gadai maruah diri. Tidak popular tidak apa, biarlah orang lain kenal kita kerana kebaikan kita.
Sekian, terima kasih.
Posted with WordPress for BlackBerry.
kadang-kala ada yang memerlukan populariti dalam memenuhi periuk nasi masing2..tapi harap2 mencari populariti jgn terkeluar dripada apa yang telah ditetap oleh agama…;)
budak felda recently posted..Bukti Cik Tom suka Budak Felda
Setuju tuan…Biarlah tetap dilandasan yang betul…
Niat itu yang penting sebenarnya. Sebab bila dari awal-awal lagi niat dah salah, pendirian tidak akan tetap, then jadilah popular yang menyongsang.
Tak pernah teringin nak jadi popular. Rasa lemas je bila tengok orang-orang popular ni nak kena jaga hati semua orang.
Fadzmie recently posted..Cara budak zaman sekarang merajuk
Saya pun lebih selesa begini saja…jadi diri sendiri selamanya…
jadi diri yang sbnar. buat mana yg termmpu bukan kerna ikut2an atau desakan..
suri recently posted..Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom
Betul tu suri…jadi diri sendiri yang terbaik…
Populariti…Hmm…
Tapi bila baca ni mcm lawak pulak. Segala Ustaz yang femes semua keluar.. Hahaha
Mummy Akmar recently posted..Happy 2nd Birthday to El Qashrin Qaisara
sape yang wat ko terasa ni. bagitau aku. aku panggila geng-geng Maikel serang diorang kang..
titan recently posted..Pakcik Alexa dah benci aku.
jgn titan teruk nnt org tu kene gigit..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13
Tak pe bro…Geng Kamen Rider dah ready tunggu roger je…Kalau perlu bantuan tambahan gua roger tokey Maikel…heheheh
populariti itu penting, akan tetapi biarlah ada pengisisan barulah populariti itu berkekalan
Juan recently posted..Ramadhan Buffet – Evergreen Laurel Hotel Penang
setuju tuan…biar popular yang kena pada caranya…hehehe
Bila sudah popular boleh juga terdedah kepada spammer dan hacker.
akubiomed recently posted..Contest Broframestone – reka dialog
itu yang bahaya dan kita tak mahu…
popular ni sebenarnya hanyalah satu bonus… apa yang penting, kita ikhlas dalam membuat atau menghasilkan sesuatu.. dan paling penting, orang suka apa yang kita persembahkan. itu pun sudah cukup memadai.. itu pun sudah cukup menggembirakan kita setelah penat memikirkan apa yang terbaik…
boni kacak recently posted..Cerita Lawak : Kisah Di Bazar Ramadhan
betul betul… dengan ikhlas, mesti byk good things akan datang… n x kesah la walaupun bende tu menjadikan ssorg tu popular, tp kalau mmg dia ikhlas, msti masih humble… smoge sy sentiase humble n sedar yg ramai lg org lg hebat dr kite & semuanye pun dari DIA..

Nadot recently posted..OPIN 2.0
setuju kata tuan boni…
Adat tu bro, diorang ingat popular itu satu kelebihan. Ia sekadar peringatan yang ramai orang kenal dia daripada kita itu sahaja.
Darah kita still warna merah bro, ingat tu. Kena tikam mati jugak.
faizul recently posted..Jiran yang tak prihatin
tu la…kekadang manusia selalu tidak bersyukur…
biarlah xterkenal di dunia asalkan Allah kenal kita.. betul tak bro?
stuju dengna pendapat ummi itu..
best sangat ke popular ni??
ohcikgu recently posted..Om nom nom nom – Mat Luthfi
saya tak popular….rasanya tak best pun popular…
sebenarnya memang penting untuk upkan blog tapi kalau popular dengan cara salah atau menjatuhkan orang lain, itu yg tak best. tapi, nama2 blogger yg terkenal macam dekat atas ni diorang bermula dari bawah

Lizz recently posted..Koleksi Eksklusif Terbaik Dari Ladang. Shopping Raya!!
betul tu lizz…semuanya bermula dari bawah…
rasanya tak penting sangat kot..cukupla menjadi diri sendiri

puteri kasih recently posted..Bercuti Sementara
kalau da popular..susah gak..segala perilaku kita akan diperhatikan..da x menarik..silap sikit je..org akan bnggg…biar la jadi insan yg sederhana sahaja..eheh
chii recently posted..Wordless Wednesday #28 – Miss Little Cinderella
Jadi diri sendiri itu yang terbaik…ye tak?
ingin juga jadi blogger ygpopular…tapi susah juga..itu bakat semulajadi..kalau tak semula jadi..maka mcm2 usaha harus dipertingkatkan..ho ho
farahaznil recently posted..Memujuk Mr.N
Mungkin belum rezeki…Suatu hari nanti siapa tahu??
betul 2,kalau ada populariti memang senang nak naik dalam dunia blog nie…
terpaksa akui la jugak sebab blog aku popular
topijerami recently posted..Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olimpik London
Tahniah tuan