Asslamualaikum dan salam satu inspirasi buat saudaraku…
Sambungan kepada Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati ep. 1 . Izinkan saya untuk merapu, meraban, buat seketika sempena dengan Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati.
‘Pusingan pertama akan dimulakan. Dalam pusingan pertama ini Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati hendaklah berbalas pantun. Tuan Eyriqazz hendaklah menjual dan Tuan Denaihati harus membeli’ Arahan MC DD pada kedua-dua perserta bagi pertandingan Eyriqazz vs Denaihati.
Kedua-dua peserta mula kelihatan tergamam. Begitu juga para penonton. Ramai yang tertanya-tanya ‘Kenapa pertandingan perebutan kuasa menjadi pertandingan pantun pula??’
Jawapannya adalah ‘Saya punya cerita suka hati saya lah’
Tuan Eyriqazz mula menarik nafas panjang-panjang. Mengumpul segala kudrat dan akal fikirnya. Aura biru tadi mula beransur hilang, buat apa nak pakai aura ini bukan beradu tenaga tapi beradu minda. Lalu Tuan Eyriqazz memulakan :
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama sikucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama Eyriqazz sorang.
Semua penonton mula bersorakkan. Kini giliran tuan Denaihati pula menarik nafas panjang. Seminit suasana menjadi tegang dan diam. Lalu Tuan Denaihati menjawab :
Hendak dulang diberi dulang,
Dulang berisi sagu mentah,
Pulang lah tuan segera pulang,
Jangan termalu kerana kalah.
Tuan Eyriqazz, terasa amt tercabar. Mukanya mula kemerahan dan misai mula melentik keatas.
‘Cisss………………’ Laung Tuan Eyriqazz yang kemarahan. Lalu membalas dengan satu lagi pantung hebat.
Lancang Kuning Lancang Pusaka,
Nampak dari Tanjung Soya,
Kalau Tuan tiada ilmu di dada,
Jangan hendak mencabar saya.
Keadaan makin panas. Makin teganga. Peyokong kedua-dua belah pihak bersorak nama yang mereka suka.
‘Eyriqazz…..Eyriqazz….Eyriqazz….’
Ada juga yang bersorak
‘Denaihati…. Denaihati…. Denaihati….’
Gamat sungguh suasana dipadang sekarang. Juri mula pening mahu memilih siapa yang terbaik.
‘Dengar sini, Tuan Eyriqazz’ kata Tuan Denaihati.
Asam Kandir Mari Dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Memang saya tidaklah manis,
Tapi penuh budi di dada.
Di tepi padang, kelihatan penyokong kedua-dua pihak mula bergaduh. Tak kurang ada yang mula main pancaran lampu leser berwarna hijau. Kelihatan suasana sudah semakin sukar dikawal.
‘Baiklah, tuan-tuan. Sekalian. Pusingan kali ini telah tamat. Kita akan mulakan pusingan kedua sebentar saja lagi. Tuan Eyriqazz dan Tuan Denaihati dijemput untuk makan karipap dan berehat seberntar.’ Ujar MC DD.
‘Para penonton boleh membeli makanan yang dijual oleh amoi-amoi cantik ditepi padang ya. Jangan gaduh-gaduh. Kita kawan ma….’ Sambung MC DD lagi.
Bersambung lagi………
Insyallah akan bersambung lagi. Tengah mencari idea untuk pusingan / episod seterusnya seterusnya.
berbalas pantun!! (>.<)
tips recently posted..Tutorial Melipat Seluar Kecil
hahaha…sesekali berpantun… walaupun tak pandai
hehe..perebutan kuasa antara sifoo dan anak murid..

Jebeng Otai™ recently posted..Butik M7 Dilancarkan
haha…betul tu…dua-dua sama hebat…
all the best bro
sharinginfoz recently posted..Tambah Ilmu Pengetahuan dengan Baca Buku
haha..dah macam tengok cerita p.ramlee plakk..
titan recently posted..Amri Yahyah vs Mario Balotelli
sesekali jadi p ramlee ok apa…hahahah
hehe..macam2…(buat2 paham sambil menggaru kepala)….hhu
hanya dongengan tuan…tak perlu faham…. hanya sekadar gurau senda…
hahah..kreatif!
dh jd cerita bersiri plk ye..
cik tom recently posted..Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry
deongengan semata-mata ciktom…hehehehe