Rumah Tangga : Tinggal Bersama Mertua

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua.

Tinggal bersama mertua selepas berkahwin?? Pasti ramai akan berkata ‘Apa barang tinggal dengan mertua?’,  ‘Tak berdikarilah tinggal dengan mertua’, ‘Tak bebas apabila tinggal dengan mertua’ dan banyak lagilah.

Semua kata-kata diatas adalah tidak salah, dan adalah benar. Tak percaya tanyalah semua pasangan yang tinggal dengan mertua, jangan ditanya pada anak, tanya pada menantunya. Hehehe….

Jujur, daddydee katakan, daddydee tinggal bersama mertua di rumah mertua. Dari mula berkahwin sampailah sekarang ini, dari berdua hingga bertiga, Daddydee tinggal bersama mak mertua. Bapa mertua daddydee telah kembali ke rahmatullah.

Hari ini, daddydee nak kongsikan sedikit kelebihan dan kekurangan tinggal bersama mertua.

Kekurangan Tinggal bersama mertua

  1. Tidak bebas untuk bergerak kemana-mana.
  2. Banyak pantang larang. Terpaksa ikut kadangkala merasakan segalanya terbatas.
  3. Tak boleh nak buat suka hati kita.
  4. Kena membebel…. Pekara biasa. Memang panas telinga.
  5. Tak boleh keluar sampai lewat malam dan tak boleh nak lepak sesuka hati dengan kawan.

 

Kebaikan Tinggal bersama mertua

  1. Berbakti pada orang tua. Mertua sama je dengan mak ayah kita.
  2. Sewa rumah tak perlu nak bayar. Tapi bil utiliti dan belanja dapur keluarkan lah duit poket kita walaupun tidak diminta. Jangan jadi tangkai jering sangat.
  3. Kena membebel…. Anggap saja satu nasihat. Fikir positif je. Nanti kita pun tua juga nanti.
  4. Perabut rumah dan kelengkapan rumah tak perlu lah nak fikir. Kalau menyewa rumah baru, pasti kena beli perabut dan kelengkapan. Duit juga tu.
  5. Sesekali dapat hadiah. Best dapat barang free….
  6. Berpeluang jadi menantu kesayangan. Best, kekadang dilayan bagai anak raja. Hehehe…
  7. Boleh belajar macam-macam pekara. Orang tua yang makan garam dulu dari kita, pasti banyak ilmu yang akan di kongsikan.
  8. Kekadang tak payah susah nak masak. Sebab biasanya orang tua suka masak dan tak suka sangat nak makan kedai.

Itu sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan.

Tak teringin ke nak hidup berdikari?? Pasti teringin. Dan memang saya teringin nak berdikari. Suatu hari nanti sememangnya pasti.

Sebenarnya bukan tak ingin berdikari, dan bukan tak ingin duduk rumah sendiri (walaupun sewa), teringin sebenarnya. Tapi mengenangkan mertua sudah berumur, dan wife saya bongsu, tak sampai hati untuk meninggalkan mertua bersendirian. Bila kami tinggal bersama, senang juga, sakit demam makan minum dia ada orang tengokkan. Dan kalau saya nak outstation pun tidak lah risau sangat.

Memang pernah beberapa kali saya hilang sabar, dan nekad nak pindah. Tapi bila difikir balik, tertalu kejam untuk tinggalkan mertua bersendirian.

Teringat, ada ustaz pernah cakap ‘Apa yang kita lakukan kita akan dapat. Kalau kita baik pada orang tua, insyallah anak kita akan baik pada kita apabila tua nanti’. 

PS: Bila selsema menyerang nak update blog pun tak selesa.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hari kekasih adalah hari untuk kita terapkan rasa
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Alhamdulillah. Badan makin sihat. Walaupun kepala masih stim
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
(Visited 69 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

30 thoughts on “Rumah Tangga : Tinggal Bersama Mertua”

  1. untuk bro punya kes mungkin special sikit, niat nak jaga mak mertua yg tinggal sorang2. dalam keadaan biasa, ibu n bapa mertua sihat memang kurang sesuai untuk tinggal sekali, bila dah ada keluarga sendiri, semestinya ada hala tuju dan privacy sendiri
    Denaihati recently posted..Kelajuan Mengorbankan Orang LainMy Profile

  2. Tahniah! anda memang menantu yang banyak pahala. Mmg kene banyak sabar kadang tu tapi semua tu pasti ada ganjaran kan! Teruskan menjaga mertua hingga akhir usianya. InsyaAllah ada rezeki kdg2 kita tak perasan dan benda baik berlaku pada kita. 😉

    1. Saya sentiasa berdoa agar saya diberikan kesabaran untuk terus menjaga mak mertua, dan kedua ibu bapa saya….

      tp saya bukan baik sangat kak..

  3. ada kes begini gak dlm fail2 saya heee…tpi klu depa tggal sorng mmg tak tergamak kita buat demikian.melainkan depa mash ada bapa mertua..ibu mertua masig ada kita blh duduk luar..tapi hati anak mana tergamak tgok mrka tggal sendri..

    takut2 nnti perkara yg tak elok berlaku..
    suri recently posted..Terima Kasih Cikgu..My Profile

  4. sebenarnya saat inilah kita perlu membalas jasa2 mereka..walau kita kene sedikit berkorban akan kehendak diri kita sendiri tapi buatlah kerana dia ibu bapa kita dan kerana kita anak dia. kita harus galas tanggungjwb itu dgn sebaiknya..
    suri recently posted..My Birthday Giveaway 2012My Profile

    1. pengorbanan kita tidak terbanding dengan jasa mereka. terlalu kecil pengorbanan kita.

      apalah sangat korbankan keseronokan dunia demi keseronokan akhirat..

  5. aku ni menantu perempuan tinggal dengan mak ngn bapak mertua. Adalah kekurangan dan kelebihan..yang sakit dan pening kepala ialah mmg aku rasa tk besh tinggal dgn keluarga mertua ni..sebab mak mertua aku tu asyik puji besan aku je..’si tut rajin, si tut tu pandai itu ini dan macam2 lagi la, si tut tu pulak pergh kemain naik tocang, maklumla laki dia lawyer, laki aku keja pun tidak, baru baik sakit..yg aku paling tak tahan ialah apabila laki aku ni relaks je macam orang tk de function..yang paling sakitkan hati, aku yang tinggal dgn diorang. bukan besan aku tu..tp yang dipuji si tut yg perasan muda..dan gedik..bukan nk mengata..memang kegedikan terserlah..then husben aku leh lak masuk sebelah diorang..then kutuk aku pulak tk boleh go gather dgn femli dia…pergh mmg langsung tk menghargai..penat siang malam aku menjaga dia kat hospital..teruklah..

  6. Sy dh 6 thn ddk dgn mak sy..kbtln mmg sy anak bongsu..sy yg ajak suami ddk bsama sbb mak ayah dh tua..lps setahun perkahwinan ayah dh mninggal tinggal la mak sorang..ada kebaikan n keburukan tinggal sebumbung ni..adik beradik blk dorang akan memerhati n ckp blkg2…tp mmg sabar la…buat pekak telinga je aku nie…ckup 6 thn kbtln suami pon dpt tem keje lain jauh dr umah mak..aku tpakse kene pindah..aku bincang gan adik beradik aku..abg aku yg menggantikan tem utk jaga mak…berkat duduk dgn org tua nie..tp ada keburukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.