Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.
Alhamdulillah. Badan makin sihat. Walaupun kepala masih stim je. Macam baru lepas telan ubat batuk. Selsema memang suatu yang menyiksakan.
Dek kerana selsema Kursus Jom Kurus tak dapat saya join. Maaf PuanBee. Nak update blog untuk kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun tak diupdate.
Bila search keyword Eyriqazz vs Denaihati tiada pun blog daddydee.net yang naik. Dan blog no 1 untuk keyword Eyriqazz vs Denaihati silih berganti. Makin rancak nampaknya kontest Eyriqazz vs Denaihati ni serancak mood nak sambut bulan Ramadhan. Bagi yang belum habis ganti puasa, cepatlah ganti.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu Tips Bila Keluar Denagan Kawan. Saya walaupun dah kahwin selalu juga keluar minum dengan kawan-kawan (lelaki saja), lepak sampai awal malam, sampai pukul 11 hingga 12 malam. Kalau zaman bujang biasalah sampai 3 pagi. Semenjak dah berkahwin ni, control lah sikit ya tingkah laku.
Biasanya lepak dengan kawan-kawan lama ini buatkan kita tak sedar masa berlalu, dan kekadang boleh terlajak masa dek kerana rancak bersembang. Terlupa sekejap isteri di rumah.
Sesetengah Isteri akan selalu call. Bukan sebab jealous. Tapi sebab sayangkan suami. Takut apa-apa jadi pada suami. Ya lah, malam hari, macam-macam boleh terjadi.
Jadi dalam situasi begini ada tips nya, supaya kita ingat dan supaya tak bergaduh dengan bini. Merana kalau gaduh dengan bini ni. Hehehe
Tipsnya adalah :
- Letakkan handphone kita ditempat yang mudah di lihat dan kita sedar. Seperti atas meja. Walaupun pakai 3310 mahupun Samsung Galaxy S3, letak je atas meja, bukan mahu menunjuk tapi senang, dan mudahkan kita terperasan apabila ada call atau SMS dari bini masuk.
- Kuatkan volume bunyi handphone. Kuatkan bunyi handphone supaya kita boleh sedar akan bunyi handphone kita apabila call atau SMS dari bini masuk.
- Tukar bunyi ringtone. Tukar bunyi ringtone kepada bunyi yang unik, seperti suara kerbau ke, bunyi belalang mengawan ke, bunyi bas brek emergency ke atau mana-mana bunyi yang unik. Janji bila ringtone itu berbunyi kita boleh sedar.
- Kuncikan jam. Kuncikan jam bukan untuk kita nak bangun tidur saja. Tapi nak bangunkan kita supaya sedar kita dah janji dengan isteri untuk balik pada sekian waktu. Bersembang dengan kawan ni memang syok. Ralik bak kata orang Kelate.
Itu antara tips bila keluar dengan kawan yang boleh diguna pakai ketika kita keluar bersama kawan tanpa membawa bini. Bila bawa bini lain pula tipsnya, nanti saya kongsikan.
Tips ini bukan tunjukkan kita takut bini. Tapi sayangkan bini. Bukan senang nak pujuk bini / isteri merajuk ni. Dan susah orang lelaki kalau isteri merajuk.
Bukan cam lirik lagu ‘Madu Tiga’:
Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga
Bukan semua orang mampu nak kahwin tiga. Kalau mampu dan berani, apa salahnya. Baik halal dari yang haram.
Sekian, terima kasih.
eh bro ada trick cma biasa buat jer?
suri recently posted..My Birthday Giveaway 2012
biasa juga…hehehe
jenis saya pula akn bgi sama masa berapa jam mau sy klr..pastu baklik cma biasa..slu tak akan bwa hp..sb dah awal bg thu kt kwn2 jumpa port biasa hee
suri recently posted..Terima Kasih Cikgu..
saya pun biasa gi jumpa tempat biasa…orang perempuan biasalah sesekali buat spot check sebabkan sayang…
best sangat seminar Jom Kurus tu..
Good luck.. 😉
saya tak dapat nak join sebab badan tak berapa sihat sangat…
memang kena guna tips ni. utk mengelakkan rumahtangga berantakan.. takut bini salah faham je
boni kacak recently posted..Jangan Lupa Lirik Musim Ke Tiga
betul tu…elakkan salah faham…
rumah tangga bahagia impian semua orang…
wah tips buat suami @ bakal suami..hehe
boleh CikTom gunakan…hehehe
hehehe biasa la tu ro aku pun selalu terlajak…tapi lama dia faham la, jgn menyimpang ke lain sudah hahaha
budak felda recently posted..uncleseekers.blogspot.com kini hidup kembali.
menyimpang itu tidak lah…cuma terlajak tu memang selalu sangat…hahaha
mana cukup tiga. mesti cukupkan empat jua maa..
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7
Tuan Titan dah berapa?? hahaha
bila keluar dengan kawan, isteri aku selalu call selepas jam 12
sebabnya, risau kalau2 aku jatuh parit 😀
tehr recently posted..Siapa Apekesh Andrawalaskeprr
tu sindir secara halus tu…hahaha
itulah indahnya rumah tangga…saling ingat mengingatkan..
oh ya sy masih single lagik..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Exploitasi Kanak-Kanak Dalam Iklan Cegah Merokok
jejaka idaman malaya yang masih single…hahaha
Hati kawan, juga hati isteri.. dua-dua kena jaga.. tapi isteri / suami kenalah bertimbang rasa, maklumlah, jumpa kawan lama…
samdaddycool recently posted..Bayaran pertama Jobdirumah
Betul tu tuan..Dua-dua kita kena jaga.
Dua-dua penting. Tapi bini lagi penting.
hahahaha..stress jugak bila kawin tak dapat bebas mcm zaman bujang..mcm sy sekarang duduk rumah jer habiskan masa dgn keluarga..kadang2 jer keluar..tu pun boleh bilang brapa kali dlm sebulan..adusss…
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang Kampung
saya pun sesekali je dapat greenlight untuk keluar…hahaha
belalang mengawan ada bunyi ke?
ada kot tuan…Tapi tak pernah dengar juga…
Tips yg bagus.. pernah try ka? heheh.. tp tadak bini..
Blog Asyraf recently posted..Wordless Wednesday #1
haha..tpi bila dah call tak juga angkat2…alamatnya tidur aje di gerai mamak tu..haha
farahaznil recently posted..UPU – Semakan Keputusan UPU online sesi 2012/2013
Kebiasaan sebagian pria, kalau sudah berkumpul dengan teman jadi lupa buat hubungi orang di rumah kalau pulang telat atau apalah. Sebelum pergi, harus kasih tahu orang rumah juga tu..
Nice tips 🙂
Rina recently posted..How To Create A Simple Flat Calendar Table Using CSS And HTML