Yang Lalu Biarkan Berlalu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat saudaraku

‘Yang lalu biarlah berlalu. Biarkan ia pergi bersama angin semalam.’

Pasti akan ada yang cakap. ‘Daddydee cakap je senang lah. Daddydee tak melalui apa yang kami lalui.

Ya betul, bercakap memang senang tapi hati yang menanggung siapa tahu. Daddydee tak nafikan semua itu. Dan Daddydee juga pernah lalui nya. Kerana Daddydee juga manusia sama seperti saudara semua.

Hidup dalam masa lalu adalah suatu yang bodoh. Kerana ia akan membantutkan segala usaha kita. Pepatah Melayu juga ada berkata Yang baik jadikan tauladan, Yang buruk jadikan sempadan maknanya ambil pegajaran dari setiap yang kita lalui agar mematangkan kita bukannya Hidup dalam masa lalu.

Setiap yang kita lalui pasti ada sebab disebaliknya. Cuma antara kita mahu berfikir ataupun tidak untuk menilai kembali setiap yang berlaku itu.

Allah swt menguji hambanya kerana Allah swt tahu kita mampu menghadapinya.

Yang lalu, biarkan lah ia pergi,
Tinggallah daku dengan sebuah memori,
Terpahat abadi di jiwa nan sepi,
Tersemat mati dalam hati yang suci.

Yang lalu, biarkan lah ia pergi,
Tinggallah daku terus di sini,
Pergi dikau terbanglah tinggi,
Doaku bahgialah dikau nanti.

Yang lalu, biarkan lah ia pergi,
Hanya disini aku terus berdiri,
Bukan mengharap pada pengganti,
Kerna Allah swt sentiasa di hati.

Sekian. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kita semua redha dan yang lalu biarkan berlalu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga
PSY Gangnam Style suatu fenomena yang amat mengejutkan apabila berjaya menarik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku... Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda
(Visited 12 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Yang Lalu Biarkan Berlalu”

    1. Terkenang tak pe. Sebab ia untuk di kenang tapi bukan buatkan kita terus terbantut selamanya kerana dihantui sejarah silam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge