10 entri terbaik Denaihati

Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian…

denaihati.com
denaihati.com

Denahati.com satu blog yang sememangnya tidak asing lagi bagi saya sendiri. Sebelum blog ini wujud (blog lama saya heykawan.com) saya sudah mula membaca blog denaihati.com ini. Apa yang menariknya adalah pendekatan berbeza yang digunakan oleh Tuan Denaihati ini iaitu dengan taglinenya ‘Hidup Untuk Memberi’, Tuan Denaihati sekali lagi telah bermurah hati untuk memberikan Bonus Raya Aidilfitri 2012.

Gaya penulisan Tuan Denaihati sememangnya mempunyai identitinya yang tersendiri yang telah berjaya menarik minat saya untuk membaca setiap entri beliau. Berikut adalah 10 entri terbaik Denaihati pada pandangan saya:

1. Marah Ayah dan Ibu setakat mana

Entri ini agak menyentuh hati saya ketika membacanya kerana saya juga pernah suatu sama amat bencikan Abah saya sendiri. Saya anggapkan abah saya adalah seperti musuh saya. Bagi saya, abah saya tidak adil, kejam dan tidak sayangkan saya. Abah saya juga selalu marahkan saya. Tapi itu dulu, ketika umur saya belasan, kini saya menganggap abah sebagai teman rapat saya. Kini baru saya faham marah abah kerana sayang.

Tapi saya tetap kesal dengan beberapa orang kawan saya yang masih tidak dapat memaafkan ibu bapa mereka. Merajuk, saya doakan mereka sedar yang bahawa ibu bapa adalah segalanya sebelum terlambat.

2. Mengejar Matawang di Alam Akhirat

Dalam kesibukan kita mengejar wang ringgit untuk kemewahan dunia kita sering lupa untuk menabung untuk bekalan Akhirat. Entri ini memberikan suatu peringatan yang amat bermakna dalam hidup saya yang sering lupa dan alpa, dalam mengejar kekayaan dan kebahgiaan dunia jangan sekali dilupakan akhirat.

3. Merotani anak tanda sayang

Mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak saya. Rotan adalah makanan saya kalau membuat salah. Abah memang garang dulu dan rotan adalah upah bagi anak nya yang degil dan buat salah. Kalau tidak kerana abah yang garang dan rotan nya, saya yakin saya mungkin tidak berada di sini. Jika dulu saya marah kerana di rotan. Tapi kini, ucapan Terima Kasih dari saya buat abah yang telah merotan saya. Sememangnya, benar merotani anak tanda sayang.

4. Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Entri wajib saya baca, apabila saya goyang dan lemah. Baca entri ini dapat menguatkan kembali diri saya, bangkit dari lena. Adalah suatu nikmat sebenarnya kerana saya dilahirkan sebagai ISLAM.

5. Ayah dan Ibu jambatan ke Syurga tetapi ramai yang lupa

Mungkin kita merasakan kita sudah menjalankan tugas kita sebaik mungkin. Mungkin kita adalah pekerja terbaik, menjalankan tugas sebaiknya dengan penuh integriti. Tapi sudahkah kita melaksanakan tugas kita sebagai anak? Pernahkah kita mencalarkan jiwa ayah ibu? Tugas kita adalah menjadi anak yang cemerlang, yang tidak pernah melupakan tanggungjawab kita sebagai anak.

6. Hijrah dari baik kepada yang lebih baik

Sekiranya kita masih gagal melaksanakan tugas kita sebagai anak yang cemerlang, cepat-cepatlah kita berhijrah. Sekiranya kita sudah cemerlang, tetap jua kita berhijrah untuk menjadi anak yang terbilang. Menjadi anak yang soleh. Hijrah untuk menjadi yang lebih baik tidak pernah merugikan.

Fadhilat amal : Firman Allah Surah Al-Nisaa ayat 100 : “Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya. Kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

7. TAKUT untuk BERJAYA!!!

Tidak mahu berhijrah, kerana kita sudah selesa dengan kedudukan kita sekarang. Kita tidak mahu lebih, kita tidak tamak. SALAH. Sebenarnya kita adalah manusia yang rugi kerana Tidak Mahu Berhijrah Menjadi yang Lebih Baik. Orang sebegini adalah orang yang TAKUT UNTUK BERJAYA. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.

8. Matlamat Hidup

Jangan kita pernah takut untuk berjaya. Tetapkan matlamat hidup kita. Apakah matlamat hidup anda? Saya, matlamat hidup saya adalah untuk bahagia dan berjaya dunia dan akhirat. Anda?

Tidak rugi menanam cita-cita yang tinggi. Dan jangan pernah menyesal sekiranya kita gagal mencapainya tapi menyesallah kalau kita tiada matlamat hidup atau tidak pernah berusaha untuk mencapai matlamat hidup kita.

9. Gagal Merancang Untuk Berjaya

Pernah dengar akan kata-kata pujangga, gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Jadi rencanakanlah jalan kejayaan yang ingin kita capai dalam hidup ini.

10. Masalah Hidup Insya Allah ada jalannya

Jangan pernah merungut akan kesusahan atau kesulitan yang kita hadapi hari ini. Pasti masih ada hikmah yang tersembunyi dalam setiap yang terjadi. Tiada kesenangan yang dapat kita capai tanpa perlu bersusah. Tiada masalah dalam dunia ini yang tiada penyelesaianya. Kesulitan yang datang pada kita adalah kerana ujian Allah swt. Allah swt tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu. Jangan mengeluh tapi berusahalah insyallah ada jalan nya dan ada hikmahnya disebalik semua yang terjadi.

Itu adalah antara entri menarik dalam blog denaihati.com yang telah memikat jiwa raga saya. Sebenarnya, banyak ilmu yang saya kaut dari blog Tuan Denaihati ini. Yang banyak membuka minda dan hati saya setiap kali membacanya.

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
(Visited 14 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “10 entri terbaik Denaihati”

  1. wahhhh bagus2…dah publisg pun entri ni..hehe..menarik sgt..sama mcm PK pilih kehidupan juga sebab blog PK menjurus kearah kehidupan..pasal blogging pun ada jugak ceduk dari blog denaihati..tapi sukar nak adaptasikan sebab ilmu masih kurang dan takut untuk mencuba…bukan takut tp masih belum bersedia…hahahahaha..gud luck bro…
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #21 – Tenaga Batin Cap AyamMy Profile

  2. Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai “Bonus Raya Aidilfitri 2012” dgn entri bertajuk “10 entri terbaik Denaihati”dan semoga berjaya. InsyaAllah keputusan akan diumumkan dlm masa 7hari. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.

    1. Insyallah…Terima kasih tuan.

      Lagi satu, tuan juga pemenang giveaway daddydee.net. Harap dapat beri maklum balas. Saya sudah emel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge