Bersopanlah Sikit

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berurusan dengan salah satu agensi kerajaan pada semalam dan dua minggu sudah. Satu agensi yang sama, dua tempat berbeza dengan layanan yang berbeza amat sangat.

kaunter

Kaunter adalah frontliner…. (sumber : mstar)

Dua Minggu Sudah

Di pejabat cawangan, saya duduk sementara menunggu no giliran saya di panggil. Masih ramai yang menunggu giliran, ya lah di Pusat Bandar memang menjadi tumpuan. Apabila no giliran saya di panggil saya terus ke kaunter berkenaan dan saya di sambut oleh seorang kakak dengan senyuman.

Saya terus memberi salam pada kakak tersebut, duduk dan menyuarakan masalah saya pada dia. Lalu dia menyemak data saya dalam komputer beliau. Beliau menerangkan saya perlu menjelaskan RM xxx untuk menyelesaikan hal ini. Saya bertanya sekiranya boleh dikurangkan amaun tersebut dan menceritakan kejadian tersebut. Beliau menjawab dengan tenang bahawa rayuan hanya boleh di buat di ibu pejabat.

Saya turut bertanyakan beberapa pekara lain kepada beliau dan alhamdullillah semua pertanyaan saya dilayan dan dijawab sebaik mungkin. Saya amat berpuas hati. Lalu, saya menghulurkan RM xxx untuk menjelaskannya.

Kakak tersebut yang baik hati. Memulangkan wang saya dan menyuruh saya ke Ibu Pejabat. Katanya ‘Di sana, saya boleh berbincang kerana ada pegawai dan mungkin boleh lakukan pengurangan bayaran’. Saya ucapkan terima kasih pada kakak tersebut dan berlalu.

Berani saya katakan servis yang kakak itu berikan pada saya pada tahap 4.5/5 bintang. Memang terbaik.

Semalam

Saya telah pergi ke Ibu Pejabat seperti mana yang disarankan oleh kakak yang baikhati itu.

Saya pergi ke kaunter utama, untuk mengambil no giliran. Saya terus menerangkan sebab saya datang, dan bertanyakan no giliran pada kakak jaga kaunter berkenaan. Tanpa memandang saya (sibuk sms) lalu dia berkata sila ke Pintu lain dibelakang sana.

Saya terus mencari pintu yang dimaksudkan. Dan saya menemui nya. Dari pintu masuk saya nampak ‘Sila Ambil No Giliran Anda’. Saya terus ke tempat  berkenaan untuk mengambil no giliran. Ada 8 orang di dalam tempat berkenaan. Dan saya rasa semua perasan saya disitu kerana kesemua mereka mengadap saya tanpa komputer atau laptop di meja. Tapi tiada seorang pun melayan saya walaupun beberapa kali saya memberi salam tiada sahutan. Bila tercari-cari baru saya terperasan satu notis kecil tulisan tangan supaya terus ke kaunter.

Saya terus ke kaunter, dan memberi salam serta menerangkan tujuan saya datang. Lalu dia menyemak data dalam komputernya, dan berkata ‘Kena bayar RM xxx. Nak bayar ke?’. Lalu saya jawab ‘Ya saya nak bayar. Tak boleh kurang atau….’. Belum pun sempat saya menghabiskan ayat saya dia berkata ‘Ke kaunter sebelah untuk bayaran’

Di kaunter sebelah, seorang perempuan India melayan saya. Beliau terus meminta saya RM xxx sekiranya ingin membuat bayaran. Saya bertanya ‘Tidak boleh buat rayuan ke, yang cawangan kata boleh?’. Terus bercakap kalau nak rayuan ‘Pandai lah diorang tu. Nak rayuan ke mahkamah lah’. Dengan nada yang agak sinis jawapan itu. Lalu saya mengeluarkan RM xxx dan terus membuat bayaran.

Selesai dan saya terus balik. Di sini, sebarang pertanyaan saya langsung tidak dilayan. Jawapan yang saya terima amatlah sinis. Apa diorang ingat saya tidak mampu membayar denda tersebut ke? Sengkek sangat ke orang yang datang berurusan dengan mereka?

Senyum, manis senyum, senyuman menawan,

Senyum tanpa kata apa-apa

Pandangan Saya

Saya sendiri sebenarnya berkhidmat untuk pelanggan walaupun tidak di kaunter utama. Saya juga mesti melayan perlbagai kerenah penyewa dan pelanggan yang memeningkan kepala. Tapi saya tetap cuba menghormati setiap mereka yang datang kepada saya.

Bagi saya, mereka yang berkhidmat di kaunter (swasta/kerajaan) perlu lebih bersopan dan berhemah. Berkomunikasilah secara berkesan, lakukan eye contact, setiap persoalan dijawab dengan baik. Jangan emosi. Apapun masalah yang sedang kita hadapi cuba lah bertindak secara profesional.

Dan yang paling penting, Hormatilah Setiap Pelanggan yang Datang. Tanpa mengira darjat, pangkat, pakaian dan sebagainya. Layan sama rata. Tidak rugipun sekiranya kita hormat pada orang lain. Hormat pada orang lain tidak bermakna kita lemah atau kerdil. Malah sekiranya kita hormat pada orang lain, orang lain pastinya akan hormat pada kita juga.

Selamat berkhidmat dengan ikhlas dan ceria.

 

17 thoughts on “Bersopanlah Sikit

    1. DaddyDee Post author

      Kalau swasta tak kisah sangat…ni agensi kerajaan….cam la agensi tu nenek diorang yang punya…

      Bagi sayalah, sikap masing-masing kena berubah…Bekerja bukan untuk gaji dan pujian semata-mata…Tapi satu jihad…

      Reply
  1. shraqs

    Ramai yang masih lupa tanggungjawab sebenar sebagai kakitangan kerajaan, tapi bukan semua. Dengan memegang jawatan di dlm kerajaan bukan bermaksud diorang boleh berbangga & mendabik dada, sebaliknya mereka perlu lebih merendah diri dan hormat kepada masyarakat aka rakyat. Tugas mereka ialah memudahkan urusan rakyat… IMHO
    shraqs recently posted..Tutorial Memasang Favicon Pada Genesis ThemeMy Profile

    Reply
    1. DaddyDee Post author

      Tak tahu lah tuan. Mungkin mereka terlalu lapar atau letih sampai tak dengar kot.

      Tak bayar, dia kejar pula nanti.. Hahaah

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      betul dua-dua kena sopan…tapi kalau pelanggan je sopan, pekerja cam haram, rasa juga nak pelempang…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge