Duit Raya : Apakah Patut Kita Buat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku…

Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan semua sihat sejahtera semuanya. Saya pun alhamdulillah sihat, cuma mood bekerja belum memuncak, mood lebih pada rindukan kampung halaman lagi.

Duit raya bagaimana? Banyak tak dapat? Saya tak dapat duit raya. Tuan Kecik saya banyak la dapat duit raya. Almaklumlah orang pertama kali beraya.

Tuan Kecik, duit raya,
Tuan Kecik nak beraya.

Saya dulu pun zaman sekolah dulu selalu juga dapat duit raya, banyaklah juga iaitu RM30. Tak banyak? Saya dapat RM30 dah cukup banyak. Kalau dapat RM50 dah terasa kaya. Kenapa? Saya nak dapat RM2 pun susah dulu. Tapi sekarang RM2 terlalu kecil.

Saya dulu duit raya saya akan simpan dalam tabung. Dan akan saya korek bila dah terdesak nak pakai duit. Simpan dalam bank, sekali setahun belum tentu saya simpan. Kekadang cemburu juga tengok kawan-kawan beli baju baru, kasut baru guna duit tabung. Tapi apakan daya saya perlu berjimat untuk kepentingan diri saya kelak.

Dulu saya agak cemburu bila kawan-kawan sibuk bercerita yang ayah mereka bukakan mereka akaun ASB, akaun Tabung Haji dan macam-macam akaun lagi. Saya pula, hanya ada tabung anak gajah dan akaun Giro. Sebab itu saja yang senang didapati dibandar tempat saya dahulu.

Sekarang, bila sudah menjadi seorang ayah, pemikiran saya tetap sama. Sama seperti zaman saya sekolah dulu. Duit raya adalah untuk disimpan untuk kegunaan pada masa depan. Jadi, duit raya Tuan Kecik saya simpan dalam akaun bank beliau. Untuk kegunaan beliau juga.

Kenapa saya berbuat demikian? Kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada zaman Tuan Kecik kelak. Saya tak tahu berapakan kadar Inflasi pada tahun 2040. Saya tak tahu berapa yuran Universiti tahun 2040. Saya tak tahu berapa harga sebungkus nasi pada tahun 2040.

Tuan Puan bagaimana? Duit raya buat apa? Menabung atau berbelanja?

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum... Hari ni daddydee.net ingin berkongsi pengalaman tentang ASB Loan yang telah lama dilancarkan oleh
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Kalau dulu saya pernah berbicara tentang 'loan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

15 thoughts on “Duit Raya : Apakah Patut Kita Buat?”

  1. lebih baik kita menabung dan menyimpan untuk masa akan datang.. dalam sepuluh tahun akan datang, kita sendiri akan jangka harga barang akan naik lebih daripada sekarang ni.. silap2 hb, akan naik sekali ganda mahupun dua kali ganda.. tapi rasanya lebih daripada tu
    boni kacak recently posted..Pop Quiz Tergempar Artis WanitaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge