Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat Semua…
Syukur. Syukur Alhamdulillah. Dengan nikmat dan kurnianya masih lagi mampu menggerakkan tulang empat kerat dan masih mampu menghirup udara segar di pagi ini. Suatu nikmat yang tidak tenghingga kerana usia kita masih ada hari ini.
Bulan Ramadhan kali ini juga amat bermakna bagi saya. Syukur yang amat sangat.
Menang Giveaway JebengOtai
Keputusan telah 5hari diumumkan iaitu 1Ogos lepas. Dan ini keputusan penuhnya :

Alhamdulillah buat pertama kalinya menang tempat pertama tu. Rasa seperti menang pingat emas olympic pun ada. Heheheh…
Jawabnya Raya tahun ni boleh lah bergaya sakan dengan baju M7. Biar jeles budak sekampung. Walaupun, saya bukanlah drifter ataupun racer saya juga peminat sukan permotoran, jadi kira boleh la tu kan untuk bergaya dengan T-Shirt M7 yang dimenangi nanti.
Selain itu, dapat juga satu pakej Deluxe Hosting Serverfreak, yang ni memang buat saya blur sangat. Blog daddydee.net ni pun baru saja nak bernafas. Sekrang ni dah dapat lagi satu hosting baru. Wah….sakan ni. Tambah lagi satu bini la lepas ni, jadi bini no 3, harap bini paling tua tidak merajuk. Kepada mam besar juga jangan lah merajuk kalau laki mu lepas ini busy berblogging. Heheheeh…
Sudah rezeki. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Sekarang ini tengah memikirkan apakah domain yang mahu digunakan dan apakah niche yang nak ditekankan dalam blog baru itu nanti. Mungkin juga akan gunakan domain asal yang dirancang untuk daddydee.net iaitu haiqal.net. Mungkin….Dan Insyallah blog baru akan saya hadiahkan buat Isteri yang tersayang. Kasi Isteri tersayang surprise melalui blog. Ok tak??
Apapun terima kasih saya ucapkan buat JebengOtai dan semua penaja iaitu Earncent.com, Sjiehan, Puan Bee, Nurmisnan,Kartikel, Akhiyy, Budak Felda, Cik Tom, Hati Putera, Shaharil,PapaMifz, Bumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net
Giveaway Pertama dari Daddydee.net
Saya juga telah membuat satu giveaway. Walaupun hadiahnya tidaklah segempak Giveaway dari JebengOtai dan Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati, saya harapkan akan ada yang sudi untuk menyertainya.
Syarat utamanya adalah membuat satu entri review ringkas tentang blog daddydee.net. Review yang ringkas dan membina kalau boleh. Bukan pujian saja, saudara juga boleh mengkritik. Review tidak bermakna pujian akan mendapat markah tambah dan krtitikan akan ditolak markah. Tidak sama sekali. Keduanya akan saya nilai sebaiknya.
Tujuan utama saya membuat Giveaway ini tidak lain tidak bukan iaitu untuk meningkatkan lagi kualiti blog saya dan menambahkan lagi ilmu berblogging. Selain dari menambah kenalan alam maya juga.
Sekian terima kasih.
PS: Menunggu mam besar untuk ke Chow Kit.
Tahniah 1st prize. mewah juga kan GA JO. cadangan blog buat isteri tersayang larrr… hadiah ramadhan + hari raya (saveee) heee
GA DD akan diusahakan. inysa-allah akan menyusul.
irsah recently posted..Duit Baju Raya Designer Dengan Kerja Di Rumah
Memang nak buat untuk wife… Insyallah tengah diusahakan…
pasti lebih meriah nanti…terbaik bro!
tahniah jugak atas rezki bergande ni…
hafizmd recently posted..Olimpik:Memang Tiada Semangat Kesukanan!
tahniah atas kemenangan bro!
KiD recently posted..Pre-Shopping Raya
Terima kasih tuan.
tahniah bro.. Memang terbaik! haha..
Blog Asyraf recently posted..Tahniah Lee Chong Wei Hadiah Pingat Perak Buat Malaysia
tahniah bro..haha..insyaAllah akan join
farahaznil recently posted..Chong wei tetap EMAS di hati peminat.
Terima kasih
Tahniah! Yang layak dijalani anda!Berharap untuk melihat anda menang dalam pertandingan yang akan datang!
chanikacha recently posted..שולחן עגול
Selamat ya,,semoga sukses selalu.
listya recently posted..Privacy Policy
salam kenal, sukses selalu untuk kedepannya.