Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…
Saudara semua sudah habis bershopping ke? Ke bershopping last minute?
Petang tadi, saya, wife dan tuan kecik keluar mengambil biskut yang ditempah dengan kawan my wife. Balik dari mengambil tempahan kami pergi ke satu mall terkemuka di bandar Kuala Lumpur. Khabarnya, mall tersebut di miliki oleh pak Arab.
Niatnya hanya mahu membeli hadiah untuk my wife. Tapi biasalah, ada saja yang terlencong, saya bukan saja beli hadiah untuk my wife tapi turut beli baju untuk tuan kecik dan adik di kampung.
My wife kata mall tu biasa dikunjungi oleh anak-anak orang kaya. Memang pun apa yang saya lihat mereka semua dengan pakaian yang berjenama. Saya pun pakai baju berjenama juga, baju M7 yang dimenangi dalam Giveaway JebengOtai.
Apa yang cukup buat saya rasa kaget dan tergamam adalah bila kami menyinggah ke KFC untuk beli dan suapkan Tuan Kecik, Kentang Putar KFC. Masuk saja KFC saya lihat penuh beberapa meja dengan remaja Melayu. Tempat mereka berkumpul agaknya.

Kuburan Band.
Pakaian mereka membuatkan saya tertanya pada diri saya apakah yang mereka banggakan sebenarnya? Dengan lelaki yang hanya bersinglet (badan bukan sasa pun), seluar koyak, bersubang sebelah, bertindik di mulut dan rambut berwarna warni. Perempuan pula dengan seluar pendek, make up ala gothic, rambut cam pelangi, bersinglet dan bertindik di hidung dan mulut. Berjumpa lelaki perempuan bebas bersalam peluk siap cium pipi lagi. Mungkin int trend mereka dan fesyen mereka sekarang.
Dan yang paling membuatkan kami terasa malu adalah remaja lelaki terbabit tanpa segan silu nya membeli KFC dan makan dalam premis terbabit di sudut tersembunyi. Mata saya tak rasa mereka itu John, Rajamuthu atau Ah Chong tapi saya yakin mereka semua ada nama yang cukup indah yang tertera perkataan ‘Bin’ antara nama mereka dan bapa mereka bukannya ‘Anak Lelaki’. Dan saya yakin juga dalam Kad Pengenalan berwarna biru mereka ada tertulis ‘Islam’ sama seperti saya.
Apakah tiada terdetik di hati mereka untuk berpuasa? Atau mereka tidak dididik untuk berpuasa? Sedangkan bangsa lain pun tahu di bulan Ramadhan semua umat Islam sedang berpuasa, inikan pula kita umat Islam takkan kita lupa sekarang adalah Ramadhan.
Bakal peneraju negara di masa depan sudah makin alpha dan hanyut dalam arus kemodenan. Minda mereka terus dijajah oleh manisfesto Barat yang dicanang dalam hiburan mereka. Dalam Pemimpin kita sibuk mencanang pembentukan 1Malaysia dan bulan Kemerdekaan, anak remaja Melayu kita masih lagi di jajah. Di jajah minda nya walaupun dari segi zahir kita bagaikan sudah merdeka. Tapi minda remaja kita terus di jajah oleh pengaruh barat.
Sudah 55 tahun negara kita merdeka tetapi bilakah minda orang Melayu kita terutamanya akan Merdeka? Merdeka dari segala aspek dan sudut.
Saya doakan agar mereka semua akan Merdeka.
Posted with WordPress for BlackBerry.
fesyen yg dipengaruhi budaya kuning…
byk lagi fesyen yg x kena langsung dgn budaya dan agama kita.. tp itu yg menjadi ikutan..
skrg agak kurang juga berbanding dulu sbb pengaruh kpoh (lebih kemas)
kalau ke KLCC mmh byk gaya boleh tgk.. hehehe
Sop recently posted..Auni sudah pandai pegang dan masuk mulut
Itu lah orang kita mudah sangat terikut dengan budaya yang tak elok…
Semoga mereka diberikan hidayah.. Amin.
anif recently posted..Persiapan Hari Raya 2012 #1
Begitulah harapnya…
Budaya kuning lebih mudah diikuti.

akubiomed recently posted..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom
itulah yang jadi pada anak bangsa kita sekarang ini…
mereka2 ni tak tau adab menghormati orang lain ke??
itu lah terlalu biadap dan tak malu langsung….
panggil je pejabat agama, biar kena tangkap & bagi kaunseling sikit.. sebab xtau nk menghormati bulan ramadhan yg sgt mulia ni..
(tu pun kalau depa insaf, kalau idak xtau la nak cakap pe kan)
~erk baby terjah sini dr laman sop
Rasanya jabatan agama pun dah tak larat nak kaunseling depa semua ni…
Biasa sangat dah kejadian macam ni. Kalau remaja boleh tahan lagi, ini bapak remaja pun perangai sama. Saya terjumpa kat bazar ramadhan, peniaga yg dah agak nak masuk kubur juga la selamba je makan. Bila ada org tegur katanya orang beniaga mana wajib puasa.. Tak larattttt…
Cikgu Hairul recently posted..Ramainya blogger guna theme thesis
lagi teruk…mana hadis atau fatwa orang tua tu pakai?? memang minta seligi tu CIkgu…
huh lagi zalim….patutnya dialah yg tunjuk cyh yg baik2…
budakfelda recently posted..Video highlights : Liverpool FC vs Bayer Leverkusen 3-1
bukan outdated bro.. depa salah masuk time machine… kurangnya didikan dan pemantaun mampu kearah kejahilan.. nauzubillah…
irsah recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Olimpik Google
itulah..risau juga zaman anak-anak saya nanti. Kalau sekarang sudah begini, nanti tak tergambar bagaimana pula…
menakutkan la tirah tgk…
tirahzairi recently posted..TirahZairi terima tawaran photoshoot
cma ni mudah nak beli tak sesak.. heeee
suri recently posted..Bandwidth Limit Exceeded
aku cuma kesian aje dengan budak-budak sekarang ni..biarlah. lum sampai akalnya lagi..
titan recently posted..Komisen Pertama dari HzTours
Masa umur belasan & awal 20an dulu saya sendiri pun peminat aliran heavy, black metal, grunge & underground scene ni semua (sampai sekarang masih dengar jugak sekali sekala).
Tapi takdela sampai nak menggayakan fesyen ni semua. Apa yg sedihnya diorang ni hanya ikut fesyen je, bukan tau apa pun pasal aliran music tu semua. Kalau ditanya mesti ke longkang punyalah. IMHO
shraqs recently posted..Cara – Cara Root Samsung Galaxy Note ICS 4.0.4 DXLR5
Kekeke… Betul tu, kalau tanya pasal knowledge aliran yg diorang gayakan mesti terkencing nak menjawab.. Hahahah
Tak dinafikan kita dulu pun seperti mereka. Tapi time solat dan puasa masih lagi kita buat dan tidak pernah lupa.
Hehe..kat kampung sy tak pernah tgok lagi manusia mcm ni..harap diorang cepat sedar la sebelum terlambat..hehe..tuan kecik mesti suka makan kentang putar tu..huhu
Hafizul recently posted..Dapat Kad Raya
dunia yg penuh dg sosoial tnpa penghujung mmg bgtu bro huu
suri recently posted..Bandwidth Limit Exceeded